Pautan telekomunikasi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Pautan titik-ke-titik)

Dalam telekomunikasi, pautan ialah saluran yang menyambungkan dua atau lebih peranti yang berhubung. Pautan ini mungkin ialah pautan fizikal sebenar atau mungkin pautan logik yang menggunakan satu atau lebih pautan fizikal sebenar. Jika pautan ialah pautan logik, jenis pautan fizikal mestilah sentiasa dinyatakan.

Pautan telekomunikasi secara amnya salah satu daripada beberapa jenis laluan penghantaran maklumat seperti yang disediakan oleh satelit komunikasi, prasarana komunikasi radio bumi dan rangkaian komputer untuk menyambungkan dua atau lebih titik.

Jenis-jenis pautan[sunting | sunting sumber]

Titik ke titik[sunting | sunting sumber]

Pautan titik ke titik ialah pautan khusus yang menyambungkan tepat dua kemudahan komunikasi (contohnya dua nod sesebuah rangkaian).

Siaran[sunting | sunting sumber]

Pautan siaran menyambungkan dua atau lebih nod dan menyokong penghantaran siaran, di mana satu nod boleh menghantar supaya semua nod-nod lain boleh menerima hantaran yang sama. Ethernet contohnya.

Multititik[sunting | sunting sumber]

Pautan multitik atau nama lainnya pautan "multidrop", ialah pautan yang menyambungkan dua atau lebih nod. Juga dikenali sebagai rangkaian topologi am, termasuklah ATM dan pautan Geganti Bingkai, di samping rangkaian X.25 apabila digunakan sebagai pautan untuk protokol lapisan rangkaian seperti IP

Tidak seperti pautan siaran, tiada mekanisme untuk menhantar pesanan tunggal dengan berkesan kepada kesemua nod lain tanpa menyalin dan menghantar semula pesanan itu.

Titik ke multititik[sunting | sunting sumber]

Pautan titik ke multititik ialah jenis pautan multititik khas yang teridiri daripada sebuah hujung sambungan (CE) pusat yang disambungkan kepada berbilang CE persisian. Sebarang penghantaran data yang berasal daripada CE pusat diterima oleh semua CE persisian manakala sebarang penghantaran data berasal daripada salah satu CE persisian hanya akan diterima oleh CE pusat.

Istilah ini juga selalu digunakan sebagai sinonim kepada multititik, seperti yang ditakrifkan di atas.

Persendirian dan Awam - Kebolehcapaian dan Pemilikan[sunting | sunting sumber]

Pautan selalu dirujuk mengikut istilah yang merujuk kepada milikan dan/atau kebolehcapaian pautan itu.

  • Pautan persendirian ialah pautan yang samada dimiliki oleh entiti tertentu atau pautan yang hanya boleh dicapai oleh entiti tertentu.
  • Pautan awam ialah pautan yang menggunakan rangkaian telefon bersuis awam mahupun utiliti atau entiti awam lain untuk menyediakan pautan yang mungkin boleh dicapai oleh sesiapa saja.