Pawang Nong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Haji Nong Taib Bin Santan @ Pawang Nong

Pawang Nong atau nama sebenar beliau ialah Haji Nong Taib Bin Santan[1] adalah merupakan Pawang Diraja Negeri Pahang suatu masa dahulu. Beliau juga adalah pengikut serta dikatakan pernah menuntut dengan pahlawan pahang yang terkenal iaitu Mat Kilau yang berjuang menentang penjajah suatu ketika dahulu di sebelah Kampung Hulu Cheka @ Ulu Cheka, Jerantut, Pahang. [2]

Asal-Usul[sunting | sunting sumber]

Beliau telah dilahirkan di Kampung Sempiat,Tanjung Besar, Benta Kuala Lipis pada tahun 1874 dan beliau telah meninggal dunia pada 10 November 1977 di Kampung Ulu Cheka. Makam beliau boleh dilawati di perkarangan masjid Kampung Ulu Cheka, Jerantut, Pahang. Beliau mempunyai dua orang isteri serta dikurniakan 11 orang anak hasil perkahwinan beliau iaitu isteri pertama bernama Patam Mat Sama yang dikurniakan 8 orang anak (4 orang lelaki dan 4 orang perempuan) dan dengan isteri kedua yang bernama Hajah Halimat Binti Mak Long dan dikurniakan 3 orang anak (1 lelaki dan 2 perempuan).

Jasa[sunting | sunting sumber]

Sebuah sekolah rendah di Kampung Ulu Cheka, Sekolah Kebangsaan Pawang Nong, dinamakan dengan nama beliau sempena menghargai dan memperingati jasa beliau.

Beliau merupakan pengasas atau pembuka Kampung Ulu Cheka bersama 7 orang kawannya pada 7 Julai 1907. Dan beliau dilantik sebagai ketua kampung pertama sehingga tahun 1966. Selain itu beliau merupakan pengasas masjid Kampung Ulu Cheka serta merupakan Pawang Utama di kampung ini serta menjadi Pawang Diraja.

Beliau juga merupakan pengasas seni silat cekap di kampung Ulu Cheka serta merupakan Pahlawan Melayu Pahang yang menentang penjajahan komunis dan tentera Jepun[3] di daerah ini.Di kalangan penduduk setempat yang rapat memanggilnya dengan gelaran Aki We atau Moyang We.

Adiknya iaitu Abu bin Santan, dikenali sebagai Bilal Abu juga membuka Ulu Cheka bersama beliau, dan dijadikan bilal di Ulu Cheka.

Pingat Dan Anugerah[sunting | sunting sumber]

  1. Mendapat penganugerahan pingat daripada British iaitu dari Sir Gerald Templer dengan British Empayar Medal (B.E.M)
  2. Kerajaan Persekutuan pula mengenang jasanya dengan memberi pingat AMN, manakala kerajaan Pahang menganugerahkan pingat PJK dan PKT.
  3. Menjadi ketua Kampung pertama di kampong Ulu Cheka, sejak mula pembukaan sehingga 1966.
  4. Merupakan Sahabat dan anak murid kepada Pahlawan Mat Kilau.
  5. Pernah menjadi Pawang Di Raja semasa zaman kegemilangnya. – sinar harian

Kehebatan[sunting | sunting sumber]

Fail:Image519.jpg
Plak Peringatan Pawang Nong di makam beliau berhampiran masjid Kampung Ulu Cheka

Selain dari kebolehan beliau mengubati pelbagai jenis penyakit dengan menggunakan kaedah perubatan tradisional beliau juga merupakan seorang pendekar silat cekap dan diceritakan mempunyai ilmu kebal serta ilmu kalis besi. Dari sumber lisan orang tua dahulukala pernah menceritakan bahawa Pawang Nong pernah ditangkap komunis lalu dirantai tangan beliau dengan besi namun dengan kehebatan ilmu yang beliau ada dengan mudah sahaja melepaskan rantaian atau ikatan besi tersebut serta beliau pernah ditembak namun pelurunya hanya memasuki poket baju yang beliau pakai sahaja tanpa dapat mencederakan beliau. Dan dikatakan beliau jugalah yang berjaya menangkap orang minyak yang berleluasa di sekitar perkampungan Ulu Cheka dan Kampung Damak suatu masa dahulu.[perlu rujukan]

Dikhabarkan juga melalui cerita lisan orang tua-tua dahulukala[perlu rujukan] bahawa ketika zaman penjajahan tentera Jepun, beliau berjaya memagari dari dilihat atau dicerobohi oleh tentera Jepun untuk memasuki kawasan perkampungan dari Kampung Damak sehinggalah ke kampung Ulu Cheka. Oleh kerana kemasyuran nama beliau ketika itu ramai yang datang untuk belajar dan berguru dengan beliau khususnya dalam bidang perubatan tradisional.

Makam beliau boleh dilawati di masjid Kampung Ulu Cheka, Jerantut, Pahang. Atas jasa-jasa beliau ini sebuah sekolah rendah kebangsaan dinamakan sebagai Sekolah Rendah Kebangsaan Pawang Nong Ulu Cheka bagi mengingati atau mengenang jasa beliau dalam mempertahankan dan memperjuangkan orang-orang Melayu suatu masa dahulu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Plak Peringatan Pawang Nong
  • Majalah Realiti (Keluaran Jun 2010)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • ^ Tradisi lisan di Malaysia, Mohd. Taib Osman, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Malaysia, 1975 - Folklore - 190 pages
  • ^ Concept of a Hero in Malay Society, Shaharuddin b. Maaruf, Eastern Universities Press, 1984 - Elite (Social sciences) - 140 pages
  • ^ Concept of a Hero in Malay Society, Shaharuddin b. Maaruf, Eastern Universities Press, 1984 - Elite (Social sciences) - 140 pages