PeKOMIK

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sejarah penubuhan[sunting | sunting sumber]

Persatuan Pengiat dan Pelukis Komik Malaysia (Pekomik) ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan di Malaysia yang dibentuk pada 2008 secara rasmi. Tujuannya ialah untuk merapatkan hubungan di antara penulis dan pelukis, penerbit dan pembaca komik di Malaysia.

  • PEKOMIK disertai oleh individu yg terlibat dalam profesional komik/kartun, pelukis amatur, kolektor dan peminat komik.
  • Objektif penubuhan untuk menggalakan, memperkembangkan dan memartabatkan persada seni komik malaysia.
  • Kini dianggotai oleh hampir 100 ahli dan semakin mendapat sambutan (bagi tahun 2018).
  • Pekomik telah memperkenalkan acara yang dikenali seperti Anugerah Pekomik, 24 hour comic challenge, Drink N Draw, Inktober Malaysia, Toon Walk, KL Toon, Pekan Kartun, Pekomikon, and banyak lagi.
  • Impak kehadiran PEKOMIK boleh dilihat di arena antarabangsa, apabila peserta-peserta komik berada di luar Negara sering digelar PEKOMIK biarpun mereka bukan ahli berdaftar PEKOMIK. PEKOMIK menjadi kataganti kepada pelukis komik dari Malaysia.

Presiden Pekomik[sunting | sunting sumber]

  • 2008 - 2012: Azhar Abdullah
  • 2013 - 2014: Faizal Mukhtar
  • 2015 - 2017: Adi Nazri
  • 2018 - 2019: Mior Azhar Meor Said
  • 2020 - hingga kini: Rani Ahmad

Era 2008 - 2012[sunting | sunting sumber]

Sepanjang pertubuhan persatuan ini, pelbagai aktiviti dianjurkan seperti ceramah, forum, bengkel, persidangan, dan pertandingan yang menyatukan pelukis-pelukis dan peminat seni genre komik. PeKOMIK turut bekerjasama dalam menganjurkan Anugerah PeKOMIK dengan studio Banshee Creative. Penganugerahan bermula sejak 2009 Diarkibkan 2017-04-23 di Wayback Machine dan terakhir adalah pada tahun 2012 dimana 16 kategori telah dicalonkan.

Era 2013 - 2017[sunting | sunting sumber]

Persatuan ini turut juga menerbitkan beberapa komik berbentuk fanzine dan kompilasi karya-karya ilustrasi dari pelukis komik tempatan antaranya Kompilasi PeKOMIK 'Menjangkau Alam Komik Tanah Air' yang diterbitkan pada tahun 2017.

Era 2018 - 2019[sunting | sunting sumber]

Senarai acara/aktiviti yang telah dijalankan oleh Pekomik Jan'18 - Dis'18 (Tidak termasuk aktiviti pembinaan pasukan, mesyuarat, perayaan dan diskusi dengan pemain industri);

  1. Pekomik Mascot Battle! | 12/1/18 - 25/1/18
  2. Pelancaran Laman Web Rasmi Pekomik | 13/1/18
  3. Pelancaran Semula Pekomik TV | 19/1/18
  4. Booth @ Serambi Karya House Warming, KL | 25/2/18
  5. Pekomik Classroom - Teknik Menghasikan Komik, Perbadanan Kotabuku, KL | 10/3/18
  6. Mini Kotakomik @ Aeon Falim,Ipoh | 11/3/18
  7. Mini Kotakomik @ SACC Mall, Shah Alam | 17-18/3/18
  8. Booth @ CTFKL: Collectors Toyfair Kuala Lumpur 2018, KL | 31/3/18
  9. Bengkel Dialogistrasi bersama Huzza TBG, Ipoh | 3/4/18
  10. Anugerah Pekomik 2018, KL | 1/5/18
  11. ACCOMIX @ Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018, KL | 27/4/18 - 6/5/18
  12. Booth @ Anifest 2018, USJ | 12-13/5/18
  13. Taklimat & Klinik Hakcipta @ Perbadanan Kotabuku, KL | 21/7/18
  14. Booth @ Festival Kesenian Perak, Ipoh | 3-5/8/18
  15. Booth @ Sama Sama Ria @ Cultural Street Art Fest, Ipoh | 25/8/18
  16. Drink N Draw bersama Mie @ Bagiruang, Ipoh | 9/9/18
  17. Battle KeluangMan @ CCX 2018. KL Gateway, KL | 29-30/9/18
  18. Inktober Malaysia 2018 | 1-30/10/18
  19. Booth @ FesKo, ASWARA, KL | 17-18/10/18
  20. Booth @ Karnival Mahabbah, Masjid Sultan Abdul Aziz, PJ | 13/10/18
  21. KL Toon! @ Quill City Mall, KL | 27-28/10/18
  22. Booth @ Kotakomik Kajang 2.0 @ Metropoint, Kajang | 9-11/11/18
  23. Booth @ Zoom Kartun CCX 2018 @ Summit USJ | 24-25/11/18
  24. Cabaran Komik 24 Jam @ Pekan Kartun Pangkor 2018, Pulau Pangkor | 1-2/12/18
  25. Bengkel Penulisan Komik Pekomik-DBP @ Dewan Bahasa & Pustaka, KL | 1-2/12/18
  26. Booth @ Bengkel Mega Komik Strip, Perpustakaan Negara Malaysia, KL | 23/12/18

Aktiviti-aktiviti Pekomik Jan’19 – Nov’19

  1. Booth @ LIKHA – Cartoon by Era, White Box, Publika | 5-6/1/19
  2. Booth @ Sama-sama POP Bazaar, Ipoh | 19-20/1/19
  3. Bengkel Terbitan Komik Sendiri bersama Ahm Ahmad, Balai Seni Negara | 26/1/19
  4. Battle Karikatur & Booth @ Zoom Kartun, Summit USJ | 9-10/3/19
  5. Doodle Tepi Air Terjun, Coswalk & Booth @ Creative Arts, Lata Kinjang, Perak | 30/3/19
  6. Booth Pekomik @ CTFKL Kampong 80s Geng Mainan “toy fair”, Dewan Perdana, Keramat Mall, KL | 13/4/19
  7. Booth Mini Pekan Kartun Ipoh @ POP Bazaar, Medan Dato Sagor Off Masjid Negeri Perak, Ipoh | 20/4/19
  8. Booth Pekomik @ INKtoheart, Tamarind shopping mall, Cyberjaya | 27/4/19
  9. Toon Walk! Wangsa Walk Mall, KL | 4-5/5/19
  10. Inkramadan 2019 / 1440h | Sepanjang bulan Ramadan
  11. Booth @ TAGCC (Toys Anime Games Comic Con) 2019, Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur | 22-23 Jun 2019.
  12. Taklimat Dan Klinik Hakcipta Bersama MyIPO (Edisi Perak), Bagiruang Ipoh, Perak – 30 Jun 2019.
  13. Forum Komik & Booth @ Pasar Komik Bandung 2019, Indonesia – 13-14 July 2019.
  14. Perak Cartoon Fest (PECAF), Port Ipoh, Perak – 17-18 Aug 2019
  15. AGM Pekomik 2019, Matic Kuala Lumpur- 30 Sep 2019.
  16. Inktober Malaysia 2019, online event.
  17. Workshop & Booth @ Festival Seni Kanak-Kanak, Perpustakaan Negara Malaysia | 5-6/10/19
  18. Spooky Toon, Kellie’s Castle, Batu Gajah 12-13/10/19
  19. KL TOON #2, Institut Latihan DBKL 12-13/10/19
  20. Delegasi ke Taiwan Comic Fest, Taipei 24-27/10/19
  21. Booth @ Kotakomik, Kajang 8-10/11/19
  22. Pekan Kartun D.I.Y, Tanjung Malim 30/11/19 – 1/12/19

Pautan luar[sunting | sunting sumber]