Peak cap

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pelbagai topi peak cap dari beberapa angkatan laut dan maritim.

Peak cap, kep berpelindung, kep khidmat, topi visor atau topi pegawai ialah sejenis pakaian kepala yang dipakai oleh anggota angkatan tentera kebanyakan negara, serta banyak organisasi awam beruniform seperti agensi penguatkuasaan undang-undang dan jabatan bomba. Ia memperoleh nama daripada visor pendeknya, atau peak (pelindung dahi dan mata), yang mengikut sejarah diperbuat dari kulit yang digilap tetapi kini semakin banyak diperbuat dari pengganti sintetik yang lebih murah.

Istilah forage cap juga digunakan walaupun ia juga terpakai pada "field service cap" atau topi lipat.

Komponen utama yang lain adalah crown (bingkai), band (pita tepi) dan tanda kebesaran, biasanya lencana topi dan sulaman yang mengikut pangkat. Piping juga sering dibuat, lazimnya berlawanan dengan warna crown, biasanya warna putih untuk tentera laut, biru untuk tentera udara dan hijau untuk tentera darat. Band selalunya berwarna gelap, kontras, selalunya hitam, tetapi mungkin bercorak atau berjalur.

Dalam Tentera Darat British, setiap rejimen dan kor mempunyai lencana yang berbeza. Dalam Angkatan Tentera Amerika Syarikat, lencana topi adalah seragam di seluruh cabang perkhidmatan, walaupun varian berbeza digunakan oleh kelas pangkat yang berlainan.

Penggunaan tentera[sunting | sunting sumber]

Tentera Laut Diraja Malaysia[sunting | sunting sumber]

Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Haji Jaafar[1] memakai peak cap yang dihiasi dengan empat tangkai daun padi emas pada pelindungnya.

Peak cap atau kep berpelindung bagi pegawai berpangkat Laksamana Pertama dan ke atas terdiri daripada:

  • Bahan dan warna

i. Alas kain atas kep diperbuat daripada kapas berwarna putih
ii. bingkai kep diperbuat daripada dawai besi disaluti getah polimer berwarna hitam;
iii. pita tepi diperbuat daripada polyester anjal berwarna hitam:
iv. pelindung diperbuat getah polimer berwarna hitam;
v. alas pelindung diperbuat daripada bulu biri
vi. lencana topi - diperbuat daripada kain jenis baldu berwarna hitam disulam dengan benang emas
vii. bunga padi - diperbuat daripada fabrik benang emas yang ditenun;
viii. chin stay (pengikat dagu)- diperbuat daripada dua jalur yang disulam daripada benang emas:

  • Reka Bentuk

i. Kep berbentuk sfera dan leper di bahagian atas
ii. bingkai kep dengan pelindung;
iii. pita tepi dipasang di tengah dan mengelilingi kep;
iv. alas tangkai bunga padi dilekatkan pada bahagian atas pelindung
v. empat tangkai bunga padi pada bahagian atas pelindung;
vi. lencana topi dijahit pada bahagian hadapan dan di atas pita topi;
vii. lencana topi dan chin stay disusun di tengah daripada pelindung bahagian atas kep.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]