Pecah panggung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Peminat[pautan mati kekal] berpusu-pusu semasa pembukaan filem The Avengers (2012) di luar panggung wayang El Capitan, Hollywood.

Sesuatu karya hiburan seperti filem cetera yang "pecah panggung" (bahasa Inggeris: blockbuster) menjadi sangat masyhur sambil mengutip keuntungan tinggi melebihi perbelanjaan menerbit serta memasarkan filem ini; keadaan ini adakala boleh menjadi filem "pecah panggung" ini sumber pendapatan utama studio filem yang menghasilkan ia berbanding filem atau karya lain pada waktu sama.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Fenomena ini mula digambarkan dalam media Amerika Syarikat pada awal 1940-an[1] dengan istilah blockbuster, perkataan tersebut pada awalnya merujuk kepada suatu bom direka khas pada Perang Dunia Kedua berkemampuan memusnahkan (bust) suatu kawasan jalanan atau bangunan (block).[2] Kemusnahan yang diketahui dalam kempen-kempen perang Pihak Berikat menjadikan bom ini disinonimkan dengan perkara yang mengejutkan.[3] Istilah ini pertama kali digunakan dalam iklan-iklan majalah hiburan untuk filem perang RKO berjudul Bombardier yang tayang Mei 1943, filem Mission to Moscow. turut digambarkan sebegini pada waktu sama oleh majalah Time.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Google Ngram Viewer". books.google.com. Dicapai pada 2018-01-09.
  2. ^ "blockbuster | Definition of blockbuster in English by Oxford Dictionaries". Oxford Dictionaries | English. Dicapai pada 2018-01-09.
  3. ^ a b Waxman, Olivia B. (7 Februari 2020). "Why Hit Movies Are Called Blockbusters". Time. Dicapai pada 19 Oktober 2020.