Pediatrik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Pemeriksaan terhadap bayi baru lahir oleh seorang pakar pediatrik.

Pediatrik (pediatrics, dari perkataan Yunani purba, παῖς (pais, "anak") dan ἰατρός (iatros, "doktor")) merupakan cabang perubatan yang berkaitan dengan bayi dan kanak-kanak. Ia merangkumi pelbagai aspek perkembangan termasuklah psikologi yang melibatkan kanak-kanak, kecacatan dan pelbagai penyakit lain.

Secara umumnya, pediatrik berbeza berbanding perubatan terhadap orang dewasa disebabkan oleh perbezaan fizikal dan kematangan serta pertubuhan kanak-kanak berbanding orang dewasa. Selain itu, bentuk badan kanak-kanak yang lebih kecil juga memiliki fisiologi yang berbeza. Aspek-aspek perubatan lain seperti onkologi dan imunologi juga berbeza dalam pediatrik berbanding perubatan biasa.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada zaman sebelum sehingga awal Masihi, Pediatrik ini amat baharu bagi doktor atau ahli perubatan yang merawat ketika itu. Pediatrik ini bermula di India dengan wujudnya Kumar Bharatiya. Sasruta Samitha merupakan sebuah buku Ayuverda mengenai perubatan pediatrik pada awal abad ke 6SM. Seorang pakar sakit puan pada zaman pemerintahan Yunani pada tahun dua Masihi dengan menulis sebuah manuskrip berkaitan dengan neonatologi

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Kategori berkenaan Pediatrik di Wikimedia Commons