Pegawai Tadbir dan Diplomatik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Di Malaysia, Pegawai Tadbir dan Diplomatik merupakan pegawai-pegawai berkelulusan ijazah universiti yang dilatih di INTAN. Biasanya lulusan INTAN menjadi pegawai barisan hadapan di Malaysia seperti pegawai daerah, pegawai kedutaan, duta dan sebagainya.

Tugas sebagai pegawai Tadbir diplomatik sebagaimana dirujuk dalam laman web SPA adalah;


Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.

Syarat lantikan untuk kemasukan ke pegawai Tadbir Diplomatik;

  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,253.00 ] atau
  • Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,564.14 ] atau
  • Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,875.48 ] dan
  • lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan;
  • hadir dan lulus kursus Diploma Pengurusan Awam anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN); dan
  • memiliki Diploma Pascasiswazah Pentadbiran Awam daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Untuk mereka yang mahu menjawat jawatan ini, perlu memohon dengan pihak SPA dan kemudian perlu hadir untuk jalani peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik.

Peperiksaan atas talian:

Bermula tahun 2014, pihak SPA telah pun memperkenal sistem peperiksaan atas talian untuk calon-calon Pegawai Tadbir Diplomatik. Dengan pengenalan sistem peperiksaan atas talian ini, lebih ramai calon berpeluang menduduki peperiksaan untuk mengisi jawatan ini.

Seragam dengan pengenalan sistem ini, pecahan seksyen soalan yang baru juga telah digubah seperti di bawah;

  1. Seksyen A: Pengetahuan Am
  2. Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah
  3. Seksyen C: Ujian Psikometrik

Calon diperuntukkan masa tertentu untuk menjawab ke semua seksyen. Selang masa rehat antara setiap seksyen ialah selama 15 minit.