Pejabat Daerah & Tanah Seremban

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pejabat Daerah dan Tanah Seremban
ڤجابت دايره دان تانه سرمبن
Intisari agensi
Dibentuk1896 (128 tahun yang lalu) (1896)
JenisAgensi kerajaan
Bidang kuasa
 Negeri Sembilan
Ibu pejabatPejabat Daerah & Tanah Seremban, Kompleks Pentadbiran Daerah Seremban, Persiaran S2 A2, Seremban 2,70300 Seremban, Negeri Sembilan
 Malaysia
Eksekutif Agensi kerajaan
  • Pegawai Daerah
Agensi induk
Kerajaan Negeri Sembilan
Laman sesawang
seremban.ns.gov.my

Daerah Seremban terletak di Bahagian Utara Negeri Sembilan dan merupakan daerah keempat terbesar dengan keluasan 95,360.71 hektar. Terdapat 8 buah mukim dengan mempunyai 90 buah MPKK.

Pengwujudan & Pentadbiran Pejabat Daerah dan Tanah Seremban ditubuhkan semasa Tanah Melayu di bawah pemerintahan British iaitu selepas Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896. Pelaksanaan Pentadbiran Pejabat Daerah dan Tana Seremban berkaitan dengan Waran Pejawatan Bil 1 Tahun 2007 yang diluluskan oleh YB Pegawai Kewangan Negeri, Negeri Sembilan dan operasinya mengikut fungsi-fungsi yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia.

Struktur organisasi Pejabat Daerah dan Tanah Seremban terdiri daripada 3 sektor utama iaitu Bahagian Pengurusan Tanah, Bahagian Pembangunan Daerah dan Bahagian Khidmat Pengurusan, dan Kewangan

Objektif[sunting | sunting sumber]

  1. Menyediakan tadbir urus khidmat sokongan dalam segala urusan pentadbiran daerah yang berkaitan dengan urusan pentadbiran, pengurusan kewangan, majlis rasmi, keselamatan dan pelanggan serta berusaha memaksimumkan kepuasan pelanggan dengan reningkatkan pengurusan sistem penyampaian maklumat secara efektif
  2. Merancang, melaksana dan memastikan maklumat Dasar Pembangunan Nasional (DPN) tercapai dengan menyediakan dan melengkapkan prasarana serta projek-projek kecil infrastruktur di kawasan luar bandar
  3. Pengurusan Pentadbiran Tanah berdasarkan Kanun Tanah Negara dan menepati dasar-dasar Kerajaan Negeri khususnya bersabit pelupusan seta perancangan kegunaan tanah untk pembangunan Wilayah
  4. Memastikan hasil Negeri dari tanah dikutip serta merancang meningkatkan lagi hasil neger dari sumber-sumber tanah dan menguatkuasakan undang-undang tanah yang sedia ada disamping memastikan tada berlaku penyalahgunaan tanah

Strategi[sunting | sunting sumber]

Bagi mencapai objektif, Pejabat Daerah dan Tanah Seremban (PDTS) mempunyai beberapa cara bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat dicapai melalui strategi berikut:-

  1. Mencari sumber-sumber baru kutipan hasil Kerajaan Negeri terutama yang berasaskan tanah dan pembangunan tanah
  2. Memberikan perkhidmatan yang baik kepada semua lapisan masyarakat dengan memperkemaskan jentera pentadbiran agar lebih cekap dan berkesan
  3. Memaksimakan penggunaan sumber-sumber ekonomi yang ada dalam usaha mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih luas.
  4. Meningkatkan rangkaian sistem perhubungan yang sempurna dalam usaha memesatkan pembangunan terutama di pusat-pusat pertumbuhan ekonomi yang baru dan kawasan pelancongan
  5. Meningkatkan usaha pembangunan sosio-ekonomi luar bandar ke tahap yang maksimum bagi mewujudkan kehidupan rakyat yang selesa
  6. Perancangan dan pelaksanaan projek-projek pembangunan sosio-ekonomi berjalan lancar dengan mengambil kira unsur-unsur pengawalan dan pemeliharaan alam sekitar
  7. Merancang, mengurus dan membelanjakan peruntukan jabatan ke tahap yang optimum dan berkesan
  8. Melaksanakan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam dalam usaha meningkatkan produktiviti dan kualiti jabatan

[1]