Majlis Daerah Beaufort

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Pejabat Daerah Beaufort)
Logo Majlis Daerah Beaufort

Majlis Daerah Beaufort (MDBFT) merupakan salah sebuah daripada 21 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang ada di negeri Sabah.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penubuhan Majlis Daerah Beaufort bermula pada 01 Januari, 1958 dibawah ‘Municipal and Urban Authorities Ordinance, 1954’ dan ketika itu dikenali sebagai Lembaga Daerah Beaufort yang dipengerusikan oleh seorang Pegawai yang bukan daripada Perkhidmatan Awam dan aktiviti-aktivitinya ditumpukan dalam kawasan pekan sahaja.

Memandangkan perkembangan pembangunan yang berlaku ketika itu menyebabkan struktur organisasi yang ada tidak dapat menampung beban kerja yang semakin bertambah dan permintaan untuk perkhidmatan yang lebih cekap oleh masyarakat setempat semakin bertambah, Lembaga Daerah Beaufort kemudiannya telah disusun semula mengikut Ordinan Kerajaan Tempatan, 1961 dan diberi pengiktirafan sebagai Majlis Daerah Beaufort di bawah Ordinan Kerajaan Tempatan, 1961 pada 01 Januari, 1962. Ordinan ini membolehkan penyatuan kuasa, tugas dan tanggungjawab dibuat secara terperinci dan ditetapkan di dalam satu Undang-undang yang boleh digunakan untuk semua peringkat PBT negeri Sabah.

Pusat pentadbiran Majlis Daerah Beaufort sejak diwujudkan hinggalah pada tahun 1971 adalah terletak di Bangunan Pejabat Resident iaitu bangunan lama Pejabat Daerah Beaufort. Pada tahun 1972 hingga tahun 1975 Majlis Daerah Beaufort beroperasi di bangunan baru Pejabat Urusetia Beaufort. Pada tahun 1976 hingga Februari, 1992 Majlis Daerah Beaufort berpindah ke bangunan Dewan Pa’ Musa Beaufort dan hanya berjaya pindah tetap ke Bangunan Pejabat Majlis Daerah sendiri pada bulan Mac, 1992.

Kawasan bidang kuasa Majlis Daerah Beaufort adalah meliputi keseluruhan Daerah Beaufort dengan keluasan 1,735 Km Persegi yang mana mempunyai sebuah pekan utama iaitu pekan Beaufort dan Lapan buah pekan kecil yang lain iaitu Membakut, Weston, Kota Klias, Gadong, Padas Damit, Limbawang, Bukau dan Lingkungan.

Slogan[sunting | sunting sumber]

”Berkhidmat Untuk Masyarakat”

Misi Dan Visi[sunting | sunting sumber]

  • Misi

Menyediakan tenaga kerja yang berkualiti, pengwujudan persekitaran yang bersih, kemudahan awam yang lengkap dan teratur serta pembangunan sosio-ekonomi yang lebih terancang.

  • Visi

Menjadikan Majlis Daerah Beaufort sebuah pihak berkuasa tempatan yang maju dan sejahtera menjelang 2014.

Objektif[sunting | sunting sumber]

Enam objektif strategik utama dikenal pasti bagi membantu warga kerja Majlis Daerah Beaufort melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan serta menangani cabaran-cabaran yang berbangkit dalam merealisasikan visi dan misi yang ditetapkan:-

Objektif Strategik 1

  • Mempertingkatkan keupayaan dan kapasiti Majlis bagi memantapkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan.

Objektif Strategik 2

  • Memperkasakan tadbir urus Majlis dan pembudayaan nilai-nilai murni ke arah kecermerlangan organisasi.

Objektif Strategik 3

  • Memperkukuh dan memantapkan sumber hasil Majlis bagi merancang pembangunan dan pelaksanaan program.

Objektif Strategik 4

  • Mempertingkatkan kualiti hidup komuniti untuk mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian.

Objektif Strategik 5

  • Memantapkan kolaborasi strategik bagi melicinkan pelaksanaan program.

Objektif Strategik 6

  • Mempergiat pembangunan bandar dan desa serta pengukuhan sosio ekonomi secara holistik untuk kesejahteraan masyarakat.

Piagam pelanggan[sunting | sunting sumber]

  • Komitmen kami adalah menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab jujur dan amanah setiap masa.
  • Memproses untuk pelan pengubahsuaian Bangunan/premis atau pelan Pembahagian Tanah dan tempoh tiga bulan selepas permohonan diterima.
  • Mengeluarkan Sijil Layak Menduduki (OC) bangunan/premis dalam tempoh 14 hari bekerja selepas permohonan diterima.
  • Memastikan bil-bil tuntutan Cukai Pintu dikeluarkan sekali dalam setiap tiga bulan.
  • Memproses untuk kelulusan Permohonan Lesen Operasi baru dalam tempoh tiga bulan dan Pembaharuan Lesen Operasi dalam tempoh 14 hari bekerja selepas permohonan diterima.
  • Mengambil tindakan ke atas setiap aduan pelanggan dalam masa 1 hari selepas aduan diterima.
  • Memastikan pembersihan dan pengangkutan sampah dilaksanakan pada setiap hari di kawasan kedai (perniagaan) dan pengangkutan sampah di kawasan perumahan atau kediaman dilaksanakan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

Fungsi[sunting | sunting sumber]

  • Mengawal serta memastikan semua aktiviti perniagaan dilesenkan.
  • Merancang dan mengawal pembangunan bagi mewujudkan pembangunan yang tersusun dan terancang serta selaras dengan perkembangan dan keperluan semasa.
  • Memastikan pengurusan aktiviti-aktiviti pembangunan infrastruktur dan perkhidmatan awam mengikut perancangan yang teratur.
  • Menyelenggara sistem saliran / perparitan supaya berada dalam keadaan sempurna agar tidak berlaku banjir kilat atau masalah-masalah lain yang berkaitan dengannya.
  • Menyelaras pembaikan dan penyelanggaraan sistem pembentungan najis Majlis.
  • Mempertingkatkan kemudahan-kemudahan asas dan infrastruktur perkampungan dan perumahan dalam kawasan Majlis.
  • Membina gerai / kedai bagi menggalakkan kegiatan ekonomi serta memenuhi permintaan meniaga kepada peniaga-peniaga kecil.
  • Pemeriksaan berjadual ke atas bangunan-bangunan Majlis
  • Menyediakan kemudahan-kemudahan awam seperti pasar, dewan, taman permainan, perhentian bas dan sebagainya untuk keperluan penduduk setempat.
  • Menyediakan landskap-landskap yang menarik / tanaman bunga-bungaan dan pokok peneduh bagi mewujudkan pemandangan yang cantik , selesa dan menarik.
  • Memastikan keadaan pekan-pekan dan premis-premis perniagaan sentiasa dalam keadaan bersih dan indah dan aktiviti-aktiviti perniagaan dijalankan dengan sihat serta berdasarkan Undang-undang Kecil dan peraturan kawalan yang dikuatkuasakan
  • Menyediakan kemudahan-kemudahan riadah / rekreasi kepada penduduk-penduduk tempatan dan pelancong
  • Mengawal sistem letak kereta di pekan Beaufort

Bahagian-bahagian Majlis Daerah Beaufort[sunting | sunting sumber]

Terdapat 5 bahagian iaitu :

  • Bahagian Pentadbiran
  • Bahagian Kewangan
  • Bahagian Kejuruteraan
  • Bahagian Merinyu dan Kesihatan
  • Bahagian Penguatkuasa

Kemudahan[sunting | sunting sumber]


Rujukan[sunting | sunting sumber]