Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Kerangka
Jenis/bentuk sahAgensi
Status undang-undangAktif
Tapak webwww.ohchr.org
Facebook: UNrightsSeoul Twitter: UNHumanRights Youtube: UNOHCHR Sunting ini di Wikidata
Sejarah
Ditubuhkan20 Disember 1993 Sunting ini di Wikidata
Pengurusan
PengerusiMichelle Bachelet, Prince Zeid bin Ra'ad, Navanethem Pillay, Louise Arbour, Bertrand Ramcharan, Sérgio Vieira de Mello, Mary Robinson, José Ayala Lasso, Volker Türk Sunting ini di Wikidata
Anugerah
Grand Cross of the Order of the Sun of Peru‎ Sunting ini di Wikidata
Lokasi
Map
Ibu pejabatGeneva, Switzerland
New York City, Amerika Syarikat
Koordinat46°12′53.64″N 6°9′3.24″E Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, biasanya dikenali sebagai Pejabat Pesuruhjaya Tinggi untuk Hak Asasi Manusia (OHCHR) atau Pejabat Hak Asasi Manusia PBB, ialah jabatan Sekretariat PBB yang berfungsi untuk mempromosikan dan melindungi hak asasi manusia yang dijamin berdasarkan undang-undang antarabangsa dan termaktub dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948. Pejabat ini ditubuhkan oleh Majlis Umum PBB pada 20 Disember 1993[1] selepas Persidangan Dunia Hak Asasi Manusia 1993.

Pejabat ini diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi untuk Hak Asasi Manusia, yang menyelaraskan kegiatan hak asasi manusia di seluruh Sistem PBB dan bertindak sebagai sekretariat Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva, Switzerland. Pesuruhjaya Tinggi sekarang ialah Michelle Bachelet dari Chile, yang menggantikan Zeid Raad Al Hussein dari Jordan pada 1 September 2018.

Pada 2018-2019, jabatan itu mempunyai anggaran AS$ 201.6 juta (3.7% daripada anggaran PBB biasa),[2] dan kira-kira 1.300 pekerja berpusat di Geneva dan New York City.[3] Ia merupakan anggota ex officio Jawatankuasa Kumpulan Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Brief history". Dicapai pada 5 September 2018.
  2. ^ "OHCHR | Funding and Budget". Dicapai pada 5 September 2018.
  3. ^ "OHCHR | Who we are". Dicapai pada 5 September 2018.
  4. ^ "UNDG Members". Undg.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 May 2011. Dicapai pada 10 December 2012.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Ramcharan, Bertrand G. (2004). "The United Nations High Commissioner for Human Rights – The Challenges of International Protection". International Studies in Human Rights. Kluwer Publishers. 71.
  • Hobbins, A.J. (2001). "Humphrey and the High Commissioner: the Genesis of the Office of the UN High Commissioner for Human Rights". Journal of the History of International Law (III): 38–74.
  • de Zayas, Alfred (2002). "Human Rights, United Nations High Commissioner for". Dalam Helmut Volger (penyunting). Concise Encyclopedia of the United Nations. Kluwer. m/s. 217–223.
  • de Zayas, Alfred (2000). "United Nations High Commissioner for Human Rights". Dalam Rudolf Bernhardt (penyunting). Encyclopaedia of Public International Law. IV. Amsterdam: Elsevier. m/s. 1129–1132.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]