Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan
ڤجابت ستياءوسها كراجأن نڬري سمبيلن
Intisari agensi
Dibentuk1948 (76 tahun yang lalu) (1948)
JenisPentadbiran kerajaan negeri
Bidang kuasa
 Negeri Sembilan
Ibu pejabatTingkat 5, Blok A, Wisma Negeri, 70503 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
2°43′35″N 101°56′32″E / 2.726327°N 101.942225°E / 2.726327; 101.942225
MotoTransformasi Perkhidmatan Teras Kecemerlangan
Eksekutif Pentadbiran kerajaan negeri
  • Y.B. Dato’ Mohd Zafir bin Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan
  • Dato' Muhamad Nahar bin Haji Mohd Sidek[1], Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan)
  • Dato' Rozitta binti Sulaiman[2], Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan)
Agensi induk
Kerajaan Negeri Sembilan
Laman sesawang
www.ns.gov.my
Peta
Map

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan atau PSUKNS ialah sebuah agensi kerajaan negeri Negeri Sembilan yang menjadi badan induk dalam pembangunan, pentadbiran dan perkhidmatan kerajaan negeri Negeri Sembilan. Ia diketuai oleh seorang pegawai kanan kerajaan yang dikenali sabagai Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan.

Penubuhan[sunting | sunting sumber]

Pejabat ini ditubuhkan bersempena penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 yang diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri pertama, Encik Othman bin Mohamed[3]. Pada waktu itu bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan terletak berhampiran Taman Bunga Bandar Seremban dan berhadapan dengan Istana Hinggap, Seremban. Pada 16 April 1987, keseluruhan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan telah berpindah ke bangunan baharu yang berhampiran. Bangunan baharu ini yang dikenali sebagai Wisma Negeri, Negeri Sembilan telah dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Almarhum Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman[4] pada 26 September 1987.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Pentadbiran PSUKNS terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu Bahagian Pembangunan dan Bahagian Pengurusan. Bahagian Pembangunan terdiri daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri, Badan kawal Selia Air Negeri Sembilan, Bahagian Perumahan, Bahagian Kerajaan Tempatan dan Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan. Bahagian Pengurusan pula terdiri daripada Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan, Unit Integriti, Unit Pengurusan Teknologi Maklumat, Bahagian Dewan Undangan Negeri, Majlis Sukan Negeri, Unit Korporat, Inovasi dn Kualiti, Unit Pengurusan Majlis Rasmi dan Protokol, Unit Audit Dalam dan Unit Pengaduan Awam Negeri Sembilan.

Hal ehwal pentadbiran dan pengurusan berkaitan perkhidmatan awam diuruskan dan diselaraskan oleh PSUKNS. Ia juga berperanan sebagai pakar runding dalam hal berkaitan pembangunan ekonomi serta merupakan perancang utama pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi sektor awam di Negeri Sembilan. Selain itu, PSUKNS turut menjadi penyelaras dan penghubung kepada agensi lain yang terdiri daripada jabatan Negeri dan Kerajaan Persekutuan, Badan Berkanun serta Pihak Berkuasa Tempatan.[5]

Peranan[sunting | sunting sumber]

Secara umumnya, sebagai agensi pusat bagi urusan pembangunan dan pentadbiran serta penyampaian perkhidmatan awam negeri, PSUKNS melaksanakan lima peranan utama seperti berikut:

  1. Peneraju pentadbiran dan pengurusan bagi perkhidmatan awam di Negeri Sembilan;
  2. Pakar runding pengurusan pembangunan ekonomi di Negeri Sembilan;
  3. Perancang bagi pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sektor awam di Negeri Sembilan;
  4. Penyelaras dan pakar rujuk bagi pelbagai bidang pengurusan negeri; dan
  5. Penghubung kepada agensi lain di Negeri Sembilan, Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Senarai Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan[sunting | sunting sumber]

  1. Encik Othman bin Mohamed (1 Februari 1948)
  2. Encik Mohamed Salleh bin Haji Sulaiman (27 Jun 1949)
  3. Y.M Tunku Mohamed bin Tunku Besar Burhanuddin (11 Ogos 1950)
  4. Encik Mohamed Salleh bin Haji Sulaiman (1 Januari 1951)
  5. Encik Lokman bin Yusof (15 April 1952)
  6. Encik Abdul Aziz bin Haji Abdul Majid (1 Oktober 1952)
  7. Y.Bhg. Dato' Shamsudin bin Naim (1 Mac 1953)
  8. Encik Lokman bin Yusof (1 Oktober 1953)
  9. Encik Mohamed Sharif bin Abd. Samad (1 Disember 1955)
  10. Encik Mohamed Sharif bin Abdul Samad (1 Disember 1956)
  11. Encik Mohamed Sharif bin Abdul Samad (1 Ogos1958)
  12. Encik Mohamed Sharif bin Abdul Samad (21 Jun 1959)
  13. Y.M. Raja Azam bin Kamrulzaman (11 Januari 1960)
  14. Tuan Haji Anjang Saith bin Haji Abbas (5 Februari 1962)
  15. Encik Mansoor bin Zainal (16 Jun 1965)
  16. Encik Kamarudin bin Abdul Rahman (1 Ogos 1970)
  17. Y.Bhg. Dato Wan Salaidin bin Wan Ismail (1 Mac 1972)
  18. Encik Mohd Saffian bin Haji Abdul Majid (18 Oktober 1973)
  19. Encik Mohd. Yusof bin Haji Lasim (7 Jun 1975)
  20. Y.Bhg. Dato' Ismail bin Mansor (1 November 1978)
  21. Y.Bhg. Dato' Amiruddin bin Kaharudin (1 April 1985)
  22. Y.Bhg. Dato' Shamsudin bin Md. Dubi (16 Mac 1990)
  23. Y.Bhg. Dato' Haji Ahmad Tajuddin bin Haji Ujang (17 Mac 1993)
  24. Y.Bhg. Dato' Haji Mohmad Shaid bin Mohd Taufek (1 April 1996)
  25. Y.Bhg. Dato' Haji Mohd Ali bin Abd Samad (16 Mei 1999)
  26. Y.Bhg. Dato' Hamzah bin Haji Ghazalli (9 Oktober 2003)
  27. Y.Bhg. Dato Abdullah Sani bin Ab. Hamid (22 April 2005)
  28. Y.Bhg. Dato' Kamarudin bin Siaraf (28 Disember 2006)
  29. Y.Bhg. Dato' Haji Norzam bin Mohd. Nor (20 Ogos 2007)
  30. Y.B. Dato' Seri Haji Mat Ali bin Hassan (1 Januari 2009)
  31. Y.B. Dato' Seri Dr. Razali bin Ab Malik (11 Jun 2018)[6]
  32. Y.B. Dato’ Mohd Zafir bin Ibrahim (6 Jun 2023)[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Pertukaran JUSA: Julai 2018". Portal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam. JPA. 2018. Dicapai pada 15 April 2022.
  2. ^ "Pertukaran JUSA: Julai 2021". Portal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam. JPA. 2021. Dicapai pada 15 April 2022.
  3. ^ "Mentri Besars, State Secretaries Named". Malaya Tribune. 24 Januari 1948. m/s. 1. Dicapai pada 1 Mei 2022 – melalui NewspaperSG.
  4. ^ "Besar Tengku Jaafar Yg di-Pertuan Dari Duta Menjadi Raja". Berita Harian. 19 April 1967. m/s. 1. Dicapai pada 20 Mei 2022 – melalui NewspaperSG.
  5. ^ "Mengenai PSUKNS, Visi, Misi, Dasar & Objektif". Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan. PSUKNS. 2022. Dicapai pada 15 April 2022.
  6. ^ "Pertukaran JUSA: Jun 2018". Portal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam. JPA. 2018. Dicapai pada 15 April 2022.
  7. ^ "Pertukaran JUSA: Jun 2023". Portal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam. JPA. 2023. Dicapai pada 19 Julai 2023.