Pergi ke kandungan

Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Pejabat Tanah Dan Jajahan Kota Bharu)
Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu
Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu
ڤيجابت تانَه دان ججهن كوت بهارو
Jenis
Jenis
Sejarah
Diasaskan1904
Kepimpinan
Ketua Jajahan
YABrs Tuan Haji Rusydee bin Abdullah[1]
Tempat persidangan
18200 Dabong, Kelantan Darul Naim.
ptjkb.kelantan.gov.my
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu (PTJKB) merupakan sebuah jabatan Kerajaan Negeri yang terletak di bawah pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.

Lokasi Jajahan Kota Bharu disempadani oleh Jajahan Pasir Mas di sebelah barat, Jajahan Tumpat di sebelah utara, Jajahan Bachok di sebelah timur, dan Jajahan Machang di sebelah selatan.

Pentadbiran Jajahan Kota Bharu merangkumi 14 buah daerah (Penggawa), 131 buah mukim (Penghulu), dan 601 buah kampung. 14 Daerah Penggawa tersebut adalah:

Keluasan Jajahan Kota Bharu meliputi kawasan seluas 409 kilometer persegi. Daripada jumlah tersebut, 115 kilometer persegi meliputi kawasan Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandaraya Islam, manakala 158 kilometer persegi terletak dalam kawasan Majlis Daerah Ketereh - Perbandaran Islam (dulu dikenali sebagai Majlis Daerah Kota Bharu).[2]

PTJKB mula beroperasi sejak tahun 1904 hasil daripada keputusan persidangan pertama Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang mendapat perkenan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Raja Kelantan (Sultan Muhammad ke-IV).

Pejabat ini diketuai oleh seorang Ketua Jajahan yang juga memangku sebagai Majistret dan Pentadbir Tanah dan Jajahan. Pada keseluruhannya, PTJKB mempunyai seramai 143 orang kakitangan.

Lokasi PTJKB terletak di pusat bandar Kota Bharu yang juga merupakan nadi pusat pentadbiran Negeri Kelantan.[2]

Senarai Ketua-Ketua Jajahan

[sunting | sunting sumber]

Tersenarai adalah ketua-ketua Jajahan Kota Bharu dari tahun 1962 hingga sekarang.[3]

No. Nama Tempoh Perkhidmatan
1 Dato' Hj. Mohd Yusoff bin Hassan 1.1.1962 - 15.9.1970
2 Dato' Nik Sulaiman bin Dato' Hj. Nik Daud 7.10.1970 - 17.8.1971
3 Tengku Ab. Rahim bin Tengku Zainal Abidin 23.10.1971 - 31.12.1972
4 Dato' Hj. Nik Mustapha bin Nik Abdullah 1.1.1973 - 6.11.1974
5 Dato' Mohd Arifin bin Ab. Ghani 1.1.1975 - 31.12.1979
6 Dato' Ahmad Nordin bin Abdul Wahab 1.1.1980 - 7.8.1980
7 Hj. Ghazali bin Ahmad 1.9.1980 - 30.10.1985
8 Hj. Mohd Yusoff bin Hj. Muhammad 1.11.1985 - 18.6.1986
9 Hj. Hassan bin Hj. Hussin 20.7.1986 - 15.12.1988
10 Hj. Ismail bin Hj. Hassan 16.12.1988 - 31.12.1989
11 Hj. Nik Yusoff bin Nik Ali 1.1.1990 - 15.6.1991
12 Tengku Elias bin Tengku Mahmood 16.5.1991 - 31.10.1993
13 Hj. Nik Mohd Yusoff bin Nik Ali 1.11.1993 - 30.6.1995
14 Hj. Hashim Bani bin Hj. Ab. Hamid 1.7.1995 - 31.12.1996
15 Hj. Ibrahim bin Hj. Ismail 1.1.1997 - 20.3.1999
16 Hj. Ismail bin Latiff 21.3.1999 - 31.12.1999
17 Hj. Mohd Aiseri bin Hj. Alias 2.1.2000 - 6.3.2003
18 Dato' Hj. Fuad bin Hj. Hassan 16.3.2003 - 9.6.2004
19 Hj. Shkori bin Mohamed 22.6.2004 - 9.8.2004
20 Dato' Hj. Kamaruddin bin Hj. Mohd Zin 16.8.2004 - 15.4.2006
21 Hj. Zainuddin bin Hj. Ibrahim 16.4.2006 - 15.7.2007
22 Dato' Hj. Ismail bin Ghani 16.7.2007 - 28.5.2009
23 Tengku Azmi bin Tengku Jaafar 16.6.2009 - 23.6.2011
24 Hj. Adnan bin Hussin 26.6.2011 - 1.7.2013
25 Hj. Serpudin bin Mohamad 1.7.2013 - 16.2.2014
26 Dato Nik Abdullah bin Nik Daud 16.4.2014 - 16.4.2015
27 Ahmad Robert bin Abd Rahim 1.6.2015 - 16.5.2018
28 Dato Hj. Tengku Azmi bin Hj. Tengku Jaafar 17.5.2018 - 28.8.2019
29 Rosnazli bin Hj Amin 3.9.2019 - 14.4.2022
30 Hj. Mohd Anis bin Hussein 18.4.2022 - 17.8.2023
31 YM Hj. Tengku Ab Rahman bin Tuan Yunus 20.8.2023 - 26.7.2024
32 Hj. Azi Rahimee bin Hj. Mohamed 28.7.2024 - 12.12.2024
33 Hj Nik Raisnan bin Hj Daud 12.6.2025 - 15.4.2025
34 Hj. Rusydee bin Abdullah 16.4.2025 - Sekarang

Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu
Jalan Hospital,
15000 Kota Bharu,
Kelantan.
Tel : +609 748 1814, +609 748 1778
Faks : +609 744 0688
Email : ptjkb@kelantan.gov.my

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar

[sunting | sunting sumber]
  1. "Pengurusan Tertinggi". Portal Rasmi Jabatan Tanah dan Jajahan Kota Bharu.
  2. 1 2 "Latar Belakang Jajahan". Portal Rasmi Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu.
  3. "Senarai Ketua Jajahan Kota Bharu Kelantan". Portal Rasmi Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu.