Pejabat Tanah dan Jajahan Kuala Krai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pejabat Tanah dan Jajahan Kuala Krai merupakan salah satu daripada pejabat tanah dan jajahan di negeri Kelantan. Jajahan ini merupakan antara jajahan yang tertua dan kedua terbesar di Kelantan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Jajahan Kuala Krai merupakan jajahan kedua terbesar di Negeri Kelantan selepas Jajahan Gua Musang[1]. Jajahan ini juga adalah salah satu daripada jajahan yang tertua yang telah diwujudkan oleh pemerintah British pada tahun 1909.

Sebelum Jajahan Kuala Krai dikenali dengan nama rasminya pada 01 September 1977, ia sebelumnya dikenali dengan nama Jajahan Ulu Kelantan yang merangkumi seluruh Jajahan Gua Musang dan Daerah Kuala Balah di Jajahan Jeli.

Pusat Pentadbiran Jajahan pada mulanya terletak di Kg. Mengkebang, Jalan Batu Lada dan kemudian berpindah berhampiran Tangga Krai (Tangga Bradley) pada tahun 1927. Kini pusat pentadbiran jajahan telah berpindah ke bangunan baru yang berpusat di kawasan Guchil pada 22 April 1985.

Kedudukan Geografi[sunting | sunting sumber]

Jajahan Kuala Krai mempunyai keluasan 2,329 km persegi atau 910 batu persegi bersempadanan dengan Jajahan Machang di utara dan Jajahan Gua Musang di selatan. Manakala di sebelah timur ia bersempadanan dengan negeri Terengganu dan di Baratnya ialah Jajahan Jeli.

Keluasan Jajahan Kuala Krai berbanding dengan negeri Kelantan adalah sebagaimana berikut :-

Keluasan
Kelantan 1,492,200Hek/14,922km2
Kuala Krai 222,500Hek/2,329km2

Sumber: UPEN

Bentuk muka bumi jajahan ini berbukit bukau di sebelah timur, barat dan selatan serta pamah di sebelah utara. Kedudukan tanah tinggi daripada aras laut kebanyakannya antara 153m - 305m. Manakala aras yang tertinggi ialah melebihi 915m iaitu sebelah bersempadan Jajahan Jeli.

Ketinggian mengikut keluasan adalah seperti jadual di bawah:

Ketinggian Keluasan (Hektar)
Kurang 150 192,189
151 - 130 14,250
306 - 915 23,250
Lebih 916 6,000

Sumber: Laporan Pelan Struktur.

Daerah Penggawa[sunting | sunting sumber]

Jajahan Kuala Krai mengandungi 3 buah daerah iaitu Daerah Olak Jeram, Daerah Batu Mengkebang dan Daerah Dabong. Terdapat 35 buah mukim penghulu dan 216 buah kampung. Ringkasan maklumat seperti jadual di bawah:

Bilangan Daerah Luas(KM2) % Keluasan Bilangan Mukim Bilangan Kampung
1 Dabong 844.5 36.3 5 27
2 Olak Jeraam 757.6 32.5 10 67
3 Batu Mengkebang 726.9 31.2 20 122
JUMLAH 2329.0 100.0 35 216


Terdapat dua Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Daerah Kuala Krai Utara mentadbir kawasan seluas 12,494 hektar manakala Majlis Daerah Kuala Krai Selatan merangkumi 162,128 hektar. Manakala bakinya ialah 60,611 hektar adalah di luar Pihak Berkuasa Tempatan.

Pentadbiran Jajahan ditadbirkan melalui pecahan 3 Daerah dan Mukim Penghulu. Mukim Penghulu mengikut daerah adalah seperti berikut :-

Daerah Batu Mengkebang Olak Jeram Dabong
  1. Mukim Batu Balai
  2. Mukim Batu Jong
  3. Mukim Batu Lada
  4. Mukim Bedal
  5. Mukim Chenulang
  6. Mukim Enggong
  7. Mukim Guchil
  8. Mukim Kenor
  9. Mukim Sungai Durian
  10. Mukim Keroh
  11. Mukim Mengkebang
  12. Mukim Kuala Nal
  13. Mukim Kuala Pertang
  14. Mukim Mambong
  15. Mukim Pahi Barat
  16. Mukim Pasir Kelang
  17. Mukim Sri Kenangan
  18. Mukim Telekong
  19. Mukim Temalir
  20. Mukim Tualang
  1. Mukim Chuchoh Puteri
  2. Mukim Gajah Barat
  3. Mukim Gajah Timur
  4. Mukim Lata Rek
  5. Mukim Manek Urai Selatan
  6. Mukim Manek Urai Utara
  7. Mukim Manjor Selatan
  8. Mukim Manjor Utara
  9. Mukim Peria
  10. Mukim Sungai Sam
  1. Mukim Kandek
  2. Mukim Kuala Gris
  3. Mukim Pergau
  4. Mukim Kuala Stong
  5. Mukim Serasa

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]