Pekan Dangi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dangi
Pekan
Transkripsi lain-lain
 • Jawiداڠي
Negara Malaysia
Negeri Negeri Sembilan
DaerahKuala Pilah
Luak Johol
Zon waktuUTC+8 (WPM)

Dangi (Jawi:داڠي) merupakan sebuah pekan kecil berhampiran Johol di selatan Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Malaysia. Pekan ini terletak di jalan utama yang menghubungkan Johol di selatan dan Bahau, Daerah Jempol di utara.

Dangi merupakan pekan persinggahan bagi pengguna-pengguna jalan raya yang menghala ke Bandar Kuala Pilah dan juga ke pantai timur melalui Laluan Persekutuan Malaysia 9 dari arah selatan.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Lokasi Pekan Dangi di Daerah Kuala Pilah

Dangi terletak di sempadan antara mukim-mukim Johol dan Kepis di dalam Daerah Kuala Pilah, iaitu salah satu daripada tujuh daerah yang terdapat dalam Negeri Sembilan. Dari segi pentadbiran adat, pekan ini berada di dalam Luak Johol yang ditadbir oleh Undang Luak Johol.

Dalam budaya popular[sunting | sunting sumber]

Nama pekan ini pernah disebutkan dalam bait-bait lirik pertama lagu Rambu Ramba dendangan Noorshila Amin, berbunyi seperti berikut:

Kalaulah pergi ke Kuala Pilah, singgah sebentar di pekan Dangi; Kalau di hati rasa gelisah, ingatlah aku ada di sini.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]