Pekan Kabong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kabong
Pekan Kabong.
Pekan Kabong.
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Koordinat: 1°48′06″N 111°07′18″E / 1.8016459°N 111.1215521°E / 1.8016459; 111.1215521Koordinat: 1°48′06″N 111°07′18″E / 1.8016459°N 111.1215521°E / 1.8016459; 111.1215521
Negara Malaysia
Negeri Sarawak
BahagianBahagian Betong
Pentadbiran
 • Pihak berkuasa tempatanPejabat Daerah Kabong
Aras
5 m (16 ft)
Zon waktuUTC+8 (MST)
Poskod
94650

Pekan Kabong atau secara rasminya Kabong ialah pekan pentadbiran bagi Daerah Kabong di negeri Sarawak Bumi Kenyalang, Malaysia.[1] Poskod bagi Pekan Kabong ialah 94650 Kabong.[2] Keadaan Pekan Kabong seperti pekan koboi yang tua kerana umur pekan Kabong hampir mencecah usia lebih seratus tahun. Ia terletak berhampiran dengan Kuala Batang Krian.[3]

Kabong ditadbirkan sepenuhnya oleh Pejabat Daerah Kabong. Kabong terletak di bawah kawasan negeri Kabong (N40); parlimen Saratok. ADUN Kabong yang terkini ialah ialah Mohd Chee Kadir.[4] Keadaan pembangunan yang perlahan di Pekan Kabong merupakan tugas besar yang bakal dipikul oleh beliau.[3]

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Antara kemudahan yang disediakan di Pekan Kabong ialah Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chung Hua Kabong, Sekolah Kebangsaan Abang Leman dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kabong. Perkidmatan penghantaran pos juga disediakan di Pejabat Pos Kabong. Kabong dihubungkan dengan jalan darat dan jalan air. Pengangkutan utama penduduk adalah menggunakan bas, van atau kenderaan persendirian. Jarak ke Saratok ialah 63 kilometer.[5]

Pekan Kabong mempunyai tiga deretan bangunan kedai kayu. Ia tidak mempunyai bank kerana kebanyakan bangunan di Kabong terbuat daripada kayu.[3] Di kawasan pekan ini juga tidak terdapat gerai atau tamu untuk penjaja yang berniaga kecil-kecilan; yang akan menyebabkan peniaga berniaga secara berterabur. Kawasan tempat letak kereta juga sangat terhad dan menyebabkan banyak kereta diparkir sembarangan di tepi jalan raya.[3]

Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Pekan Kabong mempunyai sebuah klinik kesihatan kerajaan, Klinik Kesihatan Kabong. Pusat Pemberian Vaksin COVID-19 (PPV) di Kabong terletak Dewan Balai Polis Kabong yang sudah beroperasi sejak 14 Jun 2021.[6]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ M. Mohizah, S. Julia and W. K. Soh (2006). A Sarawak Gazetteer [Gazetir Sarawak] (PDF). Jabatan Hutan Sarawak dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia. ISBN 983-2181-86-0. OCLC 85818866. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 27 Julai 2011. Dicapai pada 18 Mei 2021.
  2. ^ "Kabong, Sarawak". postcode.my. Dicapai pada 1 Januari 2021.
  3. ^ a b c d Kay Urana (3 April 2016). "Pekan koboi tua Kabong menagih janji, dan kehausan pembangunan daripada bakal YB". sarawakvoice.com. Sarawak Voice. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-15. Dicapai pada 4 April 2016.
  4. ^ Adibasuf (23 Januari 2020). "Mohd Chee Kadir Terus Aktif Majukan Kawasan di DUN Kabong". sarawaknewsnetwork.com. Sarawak News Network (SNN). Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-15. Dicapai pada 15 Julai 2021.
  5. ^ "Daerah Kecil Kabong". sarawak.com.my. Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-06-06. Dicapai pada 12 Julai 2005.
  6. ^ "PPV Dewan Balai Polis Kabong beroperasi Isnin ini". utusanborneo.com.my. Utusan Borneo Sarawak. 12 Jun 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-15. Dicapai pada 2021-07-15.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]