Kinrara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Pekan Kinrara)

Bandar Kinrara adalah bandar terancang di Puchong, Selangor, Malaysia. Hutan Simpan Ayer Hitam terletak di selatan.

Pemaju hartanah Island & Peninsular Berhad memulakan pembangunan bandar di bawah syarikat Perumahan Kinrara Berhad pada tahun 1991. Ketika itu laluan utama ialah Jalan Puchong sebelum memasuki Kem Tentera Kinrara. Bk1 telah membina rumah teres kos rendah sebelum membina rumah teres dua tingkat. Pembinaan Lebuh raya Sungai Besi-Puchong (laluan Persekutuan 217) merancakkan pembangunan Bandar Kinrara di kiri kanan jalan.

Sejarah pembinaan[sunting | sunting sumber]

Sebelum pembinaan Bandar Kinrara, ia merupakan kawasan perlombongan bijih timah dan terdiri daripada sebahagian Puchong. Pada tahun 1985, lesen perlombongan bijih timah Puchong sudah tamat.[perlu rujukan]

Pembinaan Bandar Kinrara bermula pada tahun 1991 dan telah dibangunkan oleh syarikat Perumahan Kinrara Berhad (PKB). Tanah seluas 1,904 ekar.[1] Ia asalnya merupakan ladang getah Kinrara Estate. Ia dibangunkan bersama dengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Lembaga Tabung Haji, dan dibahagikan kepada BK 1-9. BK1-3 terletak di sebelah kanan Lebuh Raya Bukit Jalil menuju ke arah Puchong manakala BK4-9 terletak di sebelah kiri lebuh raya.

Pada tahun 2008, kompleks membeli-belah Giant dibuka kepada orang ramai. Kompleks ini memberikan lebih banyak kemudahan kepada penduduk di kawasan itu. Terdapat banyak kemudahan di sekitar bandar ini. Padang kriket antarabangsa , pusat belia yang terdiri daripada arena futsal, gelanggang badminton dan zon penampan semula jadi dalam bentuk hutan di selatan dipanggil Hutan Simpanan Ayer Hitam.

Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang beroperasi sepenuhnya dan terletak di Bandar Kinrara 5. Berdekatan ibu pejabat polis ada padang golf Kinrara 18 lubang.

Bandar Kinrara mempunyai sekolah seperti Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yak Chee, Sekolah Kebangsaan Seksyen 1 Bandar Kinrara, Sekolah Kebangsaan Seksyen 2 Bandar Kinrara, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 1 Bandar Kinrara, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 3 Bandar Kinrara dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 4 Bandar Kinrara.

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Bandar ini boleh diakses dari Damansara-Puchong Expressway (LDP), Kuala Lumpur Middle Ring Road 2 (MRR2), Baru Lembah Klang (NKVE) dan Lebuhraya Pantai Baru (NPE). Ia hanya 19km ke Pusat Bandaraya Kuala Lumpur dan 7-15 km ke Subang Jaya dan Petaling Jaya .Lebuhraya Kinrara-Damansara dan Putrajaya melalui Lebuhraya Serdang-Kinrara-Putrajaya sedang dalam pembinaan dan perancangan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]