Malim Nawar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Pekan Malim Nawar)
Pekan Malim Nawar
Geografi
StatusMukim
Asal namaN/A
Negara Malaysia
Negeri Perak
DaerahDaerah Kampar
MukimPekan Malim Nawar
KeluasanN/A

Pekan Malim Nawar terletak dalam Daerah Kampar, Perak Darul Ridzuan. Pekan ini boleh dihubungi melalui tiga jalan utama iaitu sama ada melalui Laluan Persekutuan 1 (masuk melalui simpang Kuala Dipang iaitu 6.0 km dari simpang itu) atau melalui Pekan Tanjung Tualang (jaraknya lebih kurang 5.0 km)dan satu lagi adalah dari jalan Kota Bharu, Gopeng (jaraknya juga lebih kurang 5.0 km).

Asal-usul nama Malim Nawar[sunting | sunting sumber]

Menurut cerita orang tua, nama Malim Nawar berasal daripada nama seorang mualim (ilmuan agama) yang terkenal.[perlu rujukan] Pada masa itu, sesiapa sahaja yang bermasalah samada sakit atau peribadi, maka mereka akan berjumpa dengan mualim tersebut bagi mendapat penawar atau nasihat yang dipercayai mujarab bagi menyembuhkan banyak penyakitnya atau menyelesaikan masalah mereka. Oleh yang demikian, mualim menjadi sebutan di daerah Kinta ini.

Orang ramai sering menyebut-nyebut tentang kebijaksanaan mualim dan penawarnya. Maka ramai orang mengunjungi kawasan ini untuk mendapatkan khidmatnya. Tempat atau kampung ini terletak diantara Sungai Kunyit dan Sungai Kampar. Disebabkan kawasan atau kampung tempat ini pada masa itu tidak mempunyai nama.Lama-kelamaan apabila orang menyebut tempat ini orang hanya merujuk kepada kepada Mualim yang terkenal dengan penawarnya.Lama kelamaan sebutan perkataan Mualim dan penawar kemudian disingkatkan menjadi perkataan Malim Nawar yang dikenali hingga sekarang.Iaitu Kampung Malim Nawar.Disebabkan aktiviti perlombongan yang pesat dan menjadi tumpuan orang ramai menjana kehidupan lama kelamaan wujud satu penempatan yang dipanggil pekan. Pekan Malim Nawar dinamakan bersempana nama Kampung Malim Nawar tersebut yang mengambil sebutan Mualim Nawar iaitu Malim Nawar.

Sungai Kunyit[sunting | sunting sumber]

Selain nama Malim Nawar, pekan ini juga dikenali sebagai Sungai Kunyit. Ini merujuk kepada nama sebatang sungai yang menjadi sumber pengangkutan dan kehidupan juga aktiviti perlombongan kawasan sekitar ini pada masa awal penempatan kawasan ini. Sungai ini hilirnya pada masa dahulu mengalir dari pekan Jeram dan Kuala Dipang iaitu pecahan daripada Sungai Kampar dan hulunya bertemu Sungai Kampar juga.Gelaran nama ini biasanya disebut-sebut oleh masyarakat Cina. Ia terkenal dengan hasil keluaran bijih timah pada suatu masa dahulu.

Dipercayai bahawa nama Sungai Kunyit disebabkan air sungai itu berwarna seperti warna air kunyit akibat kesan daripada aktiviti perlombongan Nama ini adalah panggilan awal penempatan kawasan sekitarn sungai ini.Panggilan ini lebih popular bagi masyarakat Cina iaitu sebatang sungai yang sekarang boleh ditemui terletak di tepi jalan besar dari pekan Malim Nawar menghala ke pekan Tanjung Tualang dipinggirnya terletak sebuah tokong Cina. Nama Sungai Kunyit juga digunakan sebagai nama terkenal bagi bangsa Cina untuk pekan Malim Nawar hingga kini. Ia bersempena sungai berfungsi sebagai nadi kehidupan, pengangkutan dan perlombongan.

Senarai masjid[sunting | sunting sumber]