Mantin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Pekan Mantin)
Mantin
Pekan
Negara Malaysia
Negeri Negeri Sembilan
DaerahSeremban
MukimSetul
Pentadbiran
 • Menteri BesarAminuddin Harun
 • Datuk BandarMasri Razali
Poskod
71700 Mantin
Kod kawasan+606

Mantin (dahulu dikenali sebagai Setul) adalah sebuah pekan terletak kira-kira 15 kilometer di utara Seremban, Negeri Sembilan. Ia merupakan bandar keempat utama di Daerah Seremban dan berperanan sebagai Pusat Petempatan Utama di kawasan utara Daerah Seremban. Sejak Januari 2020, Mantin ditadbir di bawah Majlis Bandaraya Seremban, selepas penggabungan Majlis Perbandaran Seremban dan Majlis Perbandaran Nilai. Ia terletak di jalan utama yang menghubungkan Kajang, Selangor dan Seremban, Negeri Sembilan. Pekan ini menjadi simpang untuk ke Lenggeng di sebelah timur, ke Pajam di sebelah barat, ke Beranang di utara dan Bukit Mantin di sebelah selatan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Mantin pada satu ketika dahulu dikenali sebagai Setul. Ia dipercayai dibuka oleh orang Melayu yang berasal dari Pantai, Seremban. Penemuan bijih timah di kawasan ini telah menarik minat pihak British untuk membangunkan serta memajukan kawasan Setul. Oleh itu, pihak British menawarkan pampasan berupa tanah dan wang tunai kepada penduduk Setul sekiranya mereka berpindah ke kawasan lain. Kampung Setul kini terletak di Batu 8 Mantin. Walaupun nama Setul jarang didengari oleh penduduk, namun kumpulan mukim yang terdiri daripada Mantin, Nilai, Pajam dan Batang Benar dikenali sebagai Mukim Setul.

Menurut cerita orang-orang tua [1] di kawasan Pekan Mantin, asal nama pekan ini ialah ‘Many Tin’. Nama ini diberi oleh orang British berikutan banyaknya bijih timah di kawasan ini. Ketika itu, ramai imigran dari negara China telah berhijrah ke sini untuk menjadi buruh di lombong bijih timah. Oleh sebab orang Cina ini susah untuk menyebut perkataan ‘Many Tin’, maka mereka memudahkan sebutan tersebut menjadi ‘Man Tin’. Akhirnya nama Mantin kekal digunakan sehingga kini.

Menurut sumber yang lain, nama Mantin sekarang adalah berasal dari lombong bijih timah yang dimiliki oleh seorang Taukeh Cina (ahli perniagaan Cina yang terkenal), Kong Sang (广 生 号, ia merupakan nama syarikat). Orang-orang British memanggil tempat ini sebagai 'Mine Tin' manakala kebanyakan masyarakat Melayu memanggilnya Mantin. Penduduk tempat itu tidak boleh mengatakan 'Mine Tin' dengan betul, maka mereka menyebut sebagai Mantin.

Catatan terawal tentang Mantin adalah berkaitan dengan Kapitan Seng Ming Lee (甲必单盛明利), seorang ketua berbangsa Cina yang telah terbunuh pada tahun 1860, dalam Perang antara dua kumpulan rahsia masyarakat Cina (Hai San (Masyarakat Cina beragama Islam) dan Ghee Hin (Masyarakat Cina beragama Buddha)) berhampiran Sungei Ujong (sekarang dikenali sebagai Seremban). Keturunan Kapitan Seng telah lari ke kawasan Mantin. Kini, Cicit dan keturunan Kapitan Seng masih menetap di Mantin.[2]

Kependudukan[sunting | sunting sumber]

Mantin mempunyai anggaran 25, 341 orang penduduk[3]. Etnik adalah Melayu, Cina dan India, seterusnya Sikh. Masyarakat Melayu kebanyakkannya menetap di kawasan Kampung Mantin Dalam, dan ada yang menetap di taman perumahan. Masyarakat Cina pula tinggal di Kampung Baharu Mantin, Kampung Hakka Mantin dan kawasan perumahan. Masyarakat India pula menetap di ladang Mantin, disebabkan pentadbiran British sebelum Tanah Melayu merdeka yang memaksa masyarakat India menetap di kawasan ladang. Kini, masyarakat India masih ada di ladang, dan kebanyakkan mereka kini menetap di taman-taman perumahan.

Perhubungan[sunting | sunting sumber]

Laluan Udara[sunting | sunting sumber]

Lapangan terbang terdekat ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur yang teretak 38km dari Mantin. Ia merupakan laluan keluar-masuk utama jalan udara ke Malaysia.

Laluan Darat - Kereta[sunting | sunting sumber]

  1. Dari KLIA, keluar dari kawasan lapangan terbang, melalui Salak Tinggi, Nilai, dan Pajam melalui Jalan Nilai-Pajam sepanjang 38km.
  2. Dari Bandar Seremban, memandu ke utara melalui Laluan Persekutuan Malaysia 1 sepanjang 17km.
  3. Dari Kajang, memandu ke selatan melalui Laluan Persekutuan Malaysia 1 sepanjang 28km.
  4. Dari Lebuhraya Utara-Selatan, keluar melalui Persimpangan Nilai dan ambil kiri, melalui Pajam sepanjang 16km.
  5. Dari Lebuhraya Kajang–Seremban, keluar melalui Persimpangan Mantin dan ambil kiri. Lebuh raya ini menghubungkan Mantin secara langsung dengan Kajang dan Seremban.

Laluan Darat - Kereta Api[sunting | sunting sumber]

  1. Stesen Kereta Api terdekat ialah Stesen KTM Seremban di mana ia terletak dalam Bandar Seremban. Ia merupakan destinasi terakhir dalam Laluan Rawang-Seremban menawarkan perkhidmatan KTM Komuter menuju Kuala Lumpur dan Rawang. Stesen ini dihubungkan dengan laluan pejalan kaki ke Terminal Bas Seremban.
  2. Sebagai alternatif, boleh berhenti di Stesen KTM Batang Benar dalam jarak 10km dari Mantin, tetapi ia hanya untuk perkhidmatan KTM sahaja.

Laluan Darat - Bas[sunting | sunting sumber]

myBAS kendalian CityLiner Laluan T50 (Seremban-Mantin-Nilai) menghubungkan antara Terminal One Seremban, Negeri Sembilan dan Terminal Bas dan Teksi di Pekan Nilai, Negeri Sembilan. Laluan 818 Seremban-Mantin-Kajang telah diberhentikan pada awal tahun 2018.

Tempat ibadah[sunting | sunting sumber]

Masjid (Islam)[sunting | sunting sumber]

Masjid Kariah Pekan Mantin pada waktu senja.

Sebanyak 4 kariah berada di Mantin[4] iaitu Pekan Mantin (Mantin Luar), Batang Benar, Kampung Gebok dan Kampung Mantin Dalam.

Masjid Kariah Pekan Mantin merupakan masjid utama bagi Pekan Mantin dan petempatan di sekitarnya. Masjid ini telah dibina pada tahun 1957[5]. Pengasasnya adalah penduduk kampung dengan diketuai oleh Tuan Haji Abdul Latif bin Haji Mohd Katib. Tapak Masjid ini telah diwakafkan oleh Tuan Haji Mohd Katib bin Aman, JP. Perbelanjaan membina masjid adalah hasil derma orang ramai serta bantuan Kerajaan Negeri. Masjid ini pernah dibaiki dan dinaik taraf pada tahun 1980 dan 1988. Semasa dibina ahli jemaah seramai 100 orang dan kini telah mencapai jumlah seramai 700 orang. Masjid ini mengurus dan mengawal selia empat buah kawasan tanah perkuburan dan empat buah surau.[6]

Masjid As-Sodiqin, Kariah Batang Benar Masjid ini telah dibina pada tahun 1977. Pengasasnya adalah AJK Masjid. Masjid ini telah dibesarkan dan dibaiki pada tahun 1992, 1993, 1995 dan 2008. Tapak Masjid ini telah diwakafkan oleh Kerajaan Negeri. Masjid ini didirikan sebagai ganti Masjid lama yang telah buruk. Semasa dibina, ahli jemaah adalah seramai 100 orang dan kini telah mencapai bilangan seramai 500 orang. Masjid ini mengurus dan mengawal selia sebuah kawasan tanah perkuburan dan tiga buah surau.[7]

Masjid Nurul Iman, Kariah Kampung Gebok Masjid ini telah dibina pada tahun 1977. Pengasasnya adalah penduduk setempat. Tapak masjid yang seluas 0.75 ekar ini telah diwakafkan oleh Hajah Siti binti Haji Ali. Pembinaan Masjid telah diketuai oleh Dato' Dagang Yahya bin Haji Abdullah. Masjid ini pernah dibaiki dan dibesarkan pada tahun 1982. Di atas keperihatinan Kerajaan Negeri, Masjid ini telah dibina semula di tapak yang bertentangan dengan Masjid lama kerana pertambahan ahli jemaah sehingga 1000 orang.[8]

Masjid Kariah Kampung Mantin Dalam terletak di Kampung Mantin Dalam Masjid ini telah dibina pada tahun 1966. Pengasasnya adalah Encik Shamsuddin bin Bacuk dan Tuan Imam Haji Alwi. Masjid ini telah dibaiki dan dibesarkan pada tahun 1982. Tapak masjid ini diwakafkan oleh Encik Yusof bin Yahya dan Hajah Kariah binti Haji Mohd Taib. Pembinaan masjid adalah ganti masjid lama yang telah buruk. Semasa dibina, ahli jemaah adalah seramai 150 orang dan kini mencapai bilangan seramai 300 orang. Masjid ini mengurus dan mengawal selia lima buah kawasan tanah perkuburan dan dua buah surau.[9]

Gurudwara (Sikh)[sunting | sunting sumber]

  1. Gurudwara Sahib Mantin[10]Gurdwara Sahib Mantin dipercayai dibina pada awal 1890-an dan merupakan Gurdwara Sikh tertua di Negeri Sembilan. Bangunan baharu Gurdwara dibina pada 1901 dan siap pada Mei 1902.

Gereja (Kristian)[sunting | sunting sumber]

  1. Gereja Kebangkitan Kristus, Kampung Belihoi (1950)[11]
  2. Church of St. Aloysius, Pekan Mantin (1901)[12]
  3. Mantin Chinese Methodist Church[13]

Kuil & Tokong (Hindu & Buddha)[sunting | sunting sumber]

  1. Sri Maha Mariamman Temple, Jalan Besar, Mantin
  2. Tan Gong Xian Sheng Miao-Mantin / 譚公仙聖廟-文丁 (Tokong Cina Tham Koong, Mantin)

Pusat pendidikan[sunting | sunting sumber]

Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI)[sunting | sunting sumber]

  1. PASTI As-Soff, Taman Mulia, Mantin
  2. PASTI Asy-Syams, Desa Pinggiran Bayu, Mantin

Sekolah Rendah[sunting | sunting sumber]

  1. Sekolah Kebangsaan Mantin
  2. Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chung Hua Mantin
  3. Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chi Chi Mantin
  4. Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Cairo

Sekolah Menengah[sunting | sunting sumber]

Hanya terdapat sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), iaitu SMK Mantin.

Kolej Tuanku Jaafar[sunting | sunting sumber]

Kolej Tuanku Jaafar dibuka pada tahun 1991. Para pelajarnya terdiri dari pelbagai negara seperti Indonesia, Taiwan, Korea, Jepun, Singapura dan pelbagai negara luar. Ia adalah sekolah swasta yang menawarkan pendidikan peringkat menengah rendah dan menengah atas dan pendidikan antarabangsa. Kolej ini terletak di jalan menghala ke arah Kajang, Selangor.

KTG Education Group[14][sunting | sunting sumber]

Pemandangan Bandar Universiti Teknologi Lagenda

Terdapat empat institusi pengajian tinggi di bawah KTG Education Group iaitu:

  1. Kolej Universiti Linton (Linton College University)
  2. Institut Teknologi Pertama (Pertama Institute of Technology)
  3. Institut Jati (Jati Institute)
  4. Institut Antarabangsa Sains Mantin

Keempat-empat institusi ini terletak di Bandar Universiti Teknologi Lagenda, Mantin.

Pusat Latihan Khidmat Negara[sunting | sunting sumber]

Terdapat sebuah Kem PLKN yang dibina di Mantin iaitu Kem Seri Perkasa, Mantin. Ia dibina pada tahun 2004. Setelah PLKN dimansuhkan pada Ogos 2018[15], premis ini kini menjadi Pusat Reintegrasi Penghuni (PRP) Mantin yang dikendalikan oleh Jabatan Penjara Malaysia.

Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Sembilan[sunting | sunting sumber]

Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Sembilan (NSSDC) adalah projek bersama yang dianjurkan oleh kerajaan negeri dan kumpulan industri pembuatan di Negeri Sembilan. Tujuan utama adalah untuk menyediakan satu penyelesaian pembelajaran untuk industri dan bertindak sebagai platform untuk memudahkan promosi kemahiran teknikal dan kemahiran pengurusan untuk kecekapan pekerjaan.

Kemudahan infrastruktur[sunting | sunting sumber]

Kesihatan[sunting | sunting sumber]

  1. Klinik Kesihatan Mantin
  2. Klinik Desa Mantin Dalam

Keselamatan[sunting | sunting sumber]

  1. Balai Polis Mantin
  2. Balai Bomba & Penyelamat Mantin

Stesen Minyak[sunting | sunting sumber]

  1. Stesen Shell Mantin (SYKT N S Utara)
  2. Stesen Caltex Mantin (Kwan Yik Service Station)
  3. Stesen Petronas Mantin (Adeenadia Enterprise)
  4. Stesen FIVE Mantin (terletak di laluan ke arah Kajang melalui Laluan Persekutuan Malaysia 1)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://telecentre.my/mantin[pautan mati kekal]
  2. ^ http://www.newera.edu.my/files/imrs/publication/MJ_2014_vol3_no1-3.pdf
  3. ^ https://issuu.com/uppjpbd/docs/jilid_1_bahagian_a
  4. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-05. Dicapai pada 2016-04-26.
  5. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-06-24. Dicapai pada 2016-04-28.
  6. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-31. Dicapai pada 2016-04-28.
  7. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-31. Dicapai pada 2016-04-28.
  8. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-31. Dicapai pada 2016-04-28.
  9. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-31. Dicapai pada 2016-04-28.
  10. ^ https://www.worldgurudwaras.com/world-gurudwaras/gurudwaras-in-far-east/malaysia/negeri-sembilan/gurudwara-sahib-mantin-negeri-sembilan
  11. ^ https://archkl.org/index.php/en/2-parishes/negeri-district/451-gereja-kebangkitan-kristus-1950[pautan mati kekal]
  12. ^ https://archkl.org/index.php/en/2-parishes/negeri-district/446-church-of-st-aloysius-mantin[pautan mati kekal]
  13. ^ http://www.methodistchurch.org.my/churches/church_display.cfm?&orgid=159
  14. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-04-06. Dicapai pada 2016-04-26.
  15. ^ https://www.astroawani.com/berita-malaysia/btn-plkn-dimansuhkan-sertamerta-182855

Pautan luar[sunting | sunting sumber]