Pekan Papan, Perak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Pekan Papan terletak berhampiran dengan Ipoh, Perak, Malaysia. Pekan Papan terletak di antara Ipoh dengan Batu Gajah di selatan. Antara tempat yang berhampiran dengan pekan Papan ialah Menglembu, Pusing, Batu Gajah , Lahat , Bukit Merah dan lain-lain.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

  • Tahun 1875-1911 Raja Billah (Raja Biela) berasal dari Mandailing dari Sumatera pernah tinggal di Papan, Perak. Beliau merupakan anak kepada Raja Tedong Berani di Sumatera Barat yang melarikan diri pada 1860-an ke Semenanjung Tanah Melayu berikutan Perang Paderi (1816-1833). Penjajah Belanda mahu Sumatera terutama Acheh tunduk kepada kekuasaan mereka.
  • Raja Billah pernah dilantik mengutip cukai timah di sekitar Kinta (Ipoh) daripada pelombong bijih timah yang melalui Sungai Kinta. Beliau pernah menjadi penghulu di Papan (1882-1909).
  • Selain itu Raja Billah pernah mengusahakan lombong bijih timah di pekan Papan. Sungai Johan, Sungai Kinta dan Sungai Raya merupakan lokasi penting perlombongan bijih timah ketika itu. Antara kaedah perlombongan ketika itu ialah meludang, melereh, mencabik dan menabok. Kemudian Raja Billah membeli enjin pam dari England. Kemudian enjin kedua dibeli dari Uganda.
  • Lombong bijih timah di Papan asalnya dipunyai oleh Sultan Ismail, Perak. Apabila Perang Perak meletus pada tahun 1875 berikutan pembunuhan JWW Birch pada Hari Raya Aidilfitri 2 November 1875, Frank Swettenham telah menyerahkan lombong ini kepada Raja Asal. Raja Asal berasal dari Sumatera Barat dan bapa saudara kepada Raja Billah . Akhirnya lombong-lombong ini diserahkan kepada Raja Billah.
  • Pada tahun 1887 berlaku rusuhan para pelombong bijih timah di Papan, Perak.
  • Pada tahun 1894 Rumah Raja Bilah dibina di pekan lama Papan. Kini rumah Raja Bilah dijadikan muzium oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti. Datuk Dr Adi Taha selaku pengarah Jabatan Muzium dan Antikuiti menyatakan peruntukan penjagaan dan pembinaan semula menelan kos RM 1.1 juta. Rumah ini mempunyai seni bina Melayu dan mempunyai 6 bilik serta berusia 100 tahun. Rumah ini pernah digunakan sebagai lokasi pengambaran filem Anna and The King pada tahun 1999.
  • Pada tahun 1984 berlaku satu rusuhan oleh para penduduk di sekitar Papan kerana membantah cadangan kerajaan Malaysia yang mahu pedalaman Papan sebagai tempat pembuangan sisa-sisa radioaktif. Akhirnya cadangan itu dibatalkan.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]