Subang, Petaling

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Pekan Subang)
Pekan Subang
Geografi
StatusMukim
Asal namaN/A
Negara Malaysia
Negeri Selangor
DaerahDaerah Petaling
MukimPekan Subang
KeluasanN/A

Subang (Jawi: سوبڠ) ialah bandar kecil di daerah Petaling, Selangor, Malaysia. Ia terletak ke utara Subang Jaya, bersebelahan Kelana Jaya. Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, yang dulu merupakan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, terletak di Subang. Subang adalah bandar yang terletak di antara Subang Jaya dan Shah Alam, Selangor, Malaysia. Ia terdiri daripada Kampung Melayu Subang dan Kampung Baru Subang.Subang terletak hanya dalam jarak 5 hingga 10 minit ke bandar-bandar utama dan bandar-bandar seperti Subang Jaya, Kelana Jaya, Sungai Buloh, Ara Damansara, Kota Damansara, Mutiara Damansara dan bahagian lain di Petaling Jaya.

Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, yang juga merupakan bekas lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur terletak di Subang. Ia kini merupakan hab utama bagi penerbangan komersial Fireflyz dan Malindo Air menggunakan pesata turbo-prop ATR72 500/600 , Penerbangn korporat dan swasta di Asia Tenggara.

Subang adalah sejenis perhiasan wanita yang digantung di telinga kiri dan telinga kanan. Nama lain bagi 'subang' ialah 'sunting'. Biasanya telinga kanak-kanak perempuan akan ditindik sejak kecil .

Antara lokasi berhampiran dengan Subang ialah Subang Bestari U5, Subang Delima U4 Jalan Tasik Raja Lumu, Kota Damansara, Taman Tun Dr Ismail, Denai Alam , Bukit Subang, Elmina , Tropicana, Alam Budiman U10, Damansara Utama, Bukit Damansara, Ara Damansara, Bukit Jelutong, Alam Nusantara, Setia Eco-Park, Bandar Nusa Rhu, Setia Alam, Setia Damai, Petaling Jaya dan lain-lain.

Terdapat juga sebuah pangkalan tentera udara di Subang Pangkalan Udara TUDM Subang adalah sebuah pangkalan udara milik Tentera Udara Diraja Malaysia. TUDM Subang menempatkan:

No. 2 Squadron Fokker F-28 Fellowship, Dassault Falcon 90, Bombardier Global Express, BBJ737-700

No. 16 Squadron Beech 200T

No. 20 Squadron Lockheed C-130H Hercules, C-130H-MP, C-130T

Fakta menarik[sunting | sunting sumber]

Subang adalah tempat yang paling banyak berlaku ribut petir di Malaysia.[1] Menurut Jabatan Kajicuaca Malaysia:-

  • Subang mencatatkan bilangan hari tertinggi dalam setahun yang ada kilat iaitu 362 hari pada tahun 1987.
  • Subang mencatatkan purata tahunan tertinggi bilangan hari yang mengalami ribut petir iaitu 212 hari.
  • Subang mencatatkan bilangan hari tertinggi dalam setahun yang ada ribut petir iaitu 269 hari pada tahun 1969.