Pergi ke kandungan

Pekida

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia
Kerangka
KependekanPEKIDA MALAYSIA
Jenis/bentuk sahpertubuhan bukan kerajaan
No. pendaftaran146/83
Keanggotaan (2024)lebih 350,000
Sejarah
Ditubuhkan10 Mei 1983
Pengurusan
PresidenMohd Foad Mat Isa
Lokasi
Lokasi
  • Malaysia
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

PEKIDA adalah singkatan kepada Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia yang ditubuh dan didaftarkan pada 10 Mei 1983. Ia merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berteraskan Islam, kebajikan, dan dakwah, serta turut memainkan peranan dalam memperkasakan jati diri bangsa Melayu dan mempertahankan kedaulatan Islam di Malaysia

Tiga aspek

[sunting | sunting sumber]

1. Kebajikan – Menjaga kebajikan ahli dan masyarakat, termasuk membantu golongan kurang berkemampuan, anak yatim, dan warga emas.

2. Dakwah dan Agama – Menganjurkan ceramah, kelas pengajian, dan program berbentuk kerohanian bagi memperkukuh akidah umat Islam.

3. Patriotisme dan Perjuangan Bangsa – Mempunyai latar belakang perjuangan mempertahankan maruah Islam dan Melayu.

SEJARAH TERSIRAT:

PEKIDA juga mempunyai akar sejarah jihad dan perjuangan kemerdekaan yang bermula dari mesyuarat rahsia di Gunung Jerai pada Oktober 1948, dipengerusikan oleh Almarhum Dato’ Bahaman, yang menerima sanad bai‘ah daripada Almarhum Tokku Paloh, Sheikhul Islam Alam Melayu yang dilantik oleh Khalifah Uthmaniyyah, Sultan Abdul Hamid II.

Daripada peristiwa ini lahirlah Jemaah 30 dan kemudian berkembang menjadi rangkaian perjuangan sehingga ke hari ini yang dikenali sebagai PEKIDA. Sejarah tersirat yang disampaikan dari sanad ke sanad, hanya diketahui oleh orang-orang tertentu yang mewarisi bai‘ah jihad dan sanad perjuangan.

Tarikh penting: Oktober 1948

Tempat: Gunung Jerai, Kedah

Pemimpin utama: Dato’ Bahaman (Panglima Besar Alam Melayu)

Dato’ Bahaman menerima sanad bai‘ah jihad daripada Tokku Paloh (Sheikhul Islam Alam Melayu), yang pada gilirannya menerima mandat dari Sultan Abdul Hamid II, khalifah terakhir Uthmaniyyah. Maka, seluruh gerakan ini berpaksikan Khilafah Islamiah — bukan nasionalisme semata-mata.

PENUBUHAN JEMAAH 30:

30 orang tokoh dari 4 wilayah diangkat sebagai Ahli Majlis Syura 4 Wilayah:

- Tanah Melayu

- Acheh/Jawa

- Pattani

- Mindanao

Mereka dibaiah untuk menjalankan perjuangan membebaskan umat Islam dari penjajahan dan membangkitkan semula kuasa Islam di Nusantara. Susur Galur Sanad Bai‘ah Sabil:

1. Sultan Abdul Hamid II (Khilafah Uthmaniyyah)

2. Tokku Paloh (Sheikhul Islam Alam Melayu)

3. Dato’ Bahaman (Amirul Jihad Alam Melayu)

4. Ahli Syura 4 Wilayah (Jemaah 30)

5. Haji Khamis Megat Dewa

6. Bung Isa (Ketua Tentera Sabil pertama Tanah Melayu)

7. Ustaz Yusuf (Presiden Pertama PEKIDA)

Misi Rahsia:

- Menjaga agama dan bangsa dalam sistem tertutup.

- Mendidik anak bangsa melalui jalan dakwah, silat, akhlak, serta perang saraf terhadap penjajah dan musuh Islam.

- Meletakkan kesetiaan pada Allah, Rasul dan Bai‘ah perjuangan lebih tinggi daripada politik dan material.