Pergi ke kandungan

Pekin (ayam)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ayam Pekin
Seekor ayam Pekin betina
Nama lainAyam Pekin
Negara asalChina
Ciri-ciri
BeratJantan: 680 gram
 Betina: 570 gram
Klasifikasi

Pekin adalah sejenis baka ayam katik. Ia lebih pendek daripada ayam katik biasa, dengan panjangnya antara 20-30 sentimeter tinggi (dengan kepala mendongak). Keseluruhan kaki dan betisnya ditutupi dengan bulu.

Ayam katik Pekin dipercayai telah dicuri dari koleksi peribadi Maharaja China di Peking (nama lama Beijing) semasa akhir Perang Candu sekitar tahun 1860. Walaubagimanapun, beberapa sumber mencadangkan satu hantaran burung-burung dari China pada sekitar tahun 1835 telah diberi kepada Ratu Victoria, dipercayai bernama 'Shanghai' dan burung-burung ini dibiakkan dengan lanjut dengan baka-baka import dan dikembangkan sebagai baka yang pada hari ini dikenali sebagai ayam katik Pekin. Baka ini juga dikenali di Amerika dan Kanada sebagai Cochin. Perkara ini menjadi perdebatan di antara komuniti pembiak baka pekin/cochin.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]