Pekin Ibrahim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
“Pekin” dilencongkan di sini. Untuk spesies baka ayam katik, sila lihat Pekin (ayam).
Pekin Ibrahim
Pekin at FFM 28.jpg
Pekin semasa memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-28 pada 3 September 2016.
Kelahiran Mohd Iznan bin Ibrahim
(1981-10-25) 25 Oktober 1981 (umur 35)
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Warganegara Malaysia
Pusat pendidikan Universiti Utara Malaysia (UUM)
Pekerjaan Pelakon, pengarah, penari, model
Tahun aktif 2004–kini
Karya terkenal Bunohan
Villa Nabila
Rock Ooo
Mat Moto
Munafik

Mohd Iznan bin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Pekin Ibrahim (lahir 25 Oktober 1981)[Nota 1] merupakan seorang pelakon, pengarah dan penerbit filem Malaysia.[1][2] Beliau mula berkecimpung dalam bidang lakonan pada 2004 menerusi filem sulung lakonannya Di Ambang Misteri (2004), diikuti oleh beberapa filem berikut termasuk Cinta Terakhir (2009), Skrip 7707 (2009), Al-Hijab (2011), Bunohan (2012), Paku Pontianak (2013), Cerita Kita (2013), Coverina (2015), Kampung Drift (2016) dan Volkswagen Kuning (2016). Kredit filem beliau yang lain termasuk Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010), Rock Ooo (2013), Lagenda Budak Hostel (2013), Tokan (2013), drama fiksyen sains Apokalips X (2014), Ophilia (2014), Villa Nabila (2015),[3] Juvana 2 (2015), Mat Moto (2016)[4][5] dan filem seram Munafik (2016).

Beliau mencapai banyak kejayaan pada 2016 apabila beliau telah memenangi Festival Filem Malaysia ke-28 melalui filemnya, Mat Moto: Kami Bukan Mat Rempit bagi Pelakon Lelaki Terbaik, menewaskan calon lain seperti Shaheizy Sam, Zizan Razak dan Aaron Aziz.

Beliau juga berbakat dalam tarian dan muzik kerana pernah menganggotai kumpulan B-Boys dan Sevenwords.[6][7]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 25 Oktober 1981 di Kota Bharu, Kelantan dan merupakan anak bongsu daripada 6 beradik,[8] ibu bapanya ialah Che Jah Che Mat dan Allahyarham Ibrahim Awang,[8] bapanya meninggal dunia akibat serangan jantung pada 1991 ketika Pekin berusia 10 tahun.[8] Kehilangan arwah bapa memberikan tamparan hebat kepada Pekin kerana lelaki itulah tempat beliau bermanja. Gemar berangan dan berimaginasi sejak kecil, beliau meminati siri animasi adiwira Jepun seperti Satria Perkasa Hitam dan Ultraman,[8] kecenderungan Pekin mengikuti siri TV ini membuatkan beliau boleh 'menukar' dirinya kepada watak animasi yang diminati dalam sekelip mata. Beliau bersekolah di Maktab Pengajian Islam Kota Bharu.[8]

Beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang pekerja di restoran A&W, Subang Jaya[8] selepas meninggalkan kampung halamannya pada tahun 1998 untuk memulakan kehidupan baru di Kuala Lumpur.[8] Beliau berpindah ke Kuala Lumpur dengan kawan baiknya apabila beliau berusia 16 tahun untuk mencapai impian untuk menjadi seorang pelakon.[8] Walaupun bekerja di restoran, beliau menghadiri beberapa uji bakat untuk memainkan peranan dalam drama dan filem. Pada tahun awal kerjayanya, beliau bekerja keras untuk menguasai bahasa Inggeris dan mengeluarkan loghat Kelantan tebal.[8][9]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

2004–2009: Permulaan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pekin mengarahkan filem sulungnya, Mat Moto (2016)

Semasa tahun terawal penglibatannya dalam bidang lakonan, Pekin memulakan kerjayanya dalam industri filem hanya sebagai pelakon pembantu. Pekin memainkan peranan dalam filem pertamanya Di Ambang Misteri diarahkan oleh Silver Chung pada tahun 2004. Beliau kemudian memainkan peranan dalam filem Cinta Terakhir arahan Along Kamaludin juga sebagai watak pembantu. Pada tahun 2009, beliau menerima tawaran untuk memainkan peranan sebagai pelakon seram dalam filem seram Skrip 7707 arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen.

2010–2014: Kejayaan awal[sunting | sunting sumber]

Ketika menjayakan watak Bakar dalam Bunohan

Kerjaya Pekin mula meningkat selepas beliau ditawarkan untuk memegang peranan dalam sebuah filem seram komedi Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010) yang diarahkan oleh pengarah filem terkenal, Mamat Khalid. Pada tahun 2012, beliau memainkan peranan utama sebagai Bakar dalam Bunohan arahan Dain Said. Dalam filem ini, Pekin terpaksa bercakap dalam dialek Kelantan kerana ia bukanlah masalah besar baginya kerana beliau berasal dari Negeri Cik Siti Wan Kembang. Pada Jun 2012, Pekin melancarkan buku biografi pertama yang mula ditulis pada 2009, Memoir Bukan Memoir terbitan Merpati Jingga yang berkisarkan tentang pengalamannya sebagai artis.[10] Bagaimanapun, tidak lama selepas buku ini dikeluarkan, buku tersebut dirampas oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam satu serbuan pada 12 Jun kerana dikatakan menyebarkan kandungan yang merosakkan akidah umat Islam.[11] Pekin yang pada mulanya terkejut dengan rampasan bukunya berkata,[11] salah faham yang timbul itu bagaimanapun sudah diselesaikan dan kandungan bukunya tidak mempunyai sebarang masalah kerana ia mendapat kelulusan daripada Kementerian Dalam Negeri sebelum diterbitkan.[11][12]

Pekin kemudiannya terlibat dalam pementasan teater Tattoo Gestapo yang merupakan bentuk teater yang diimpikan selama ini.[13] Pekin memegang watak sebagai Mustafa, yang mengalami konflik bersama rakan sekerja dan akhirnya konflik itu berakhir dengan hukuman mati.[13] Pementasan kedua yang dilakonkan di bawah produksi Rumah Anak Teater selepas Ju&Meo yang berdasarkan adaptasi naskah karya William Shakespeare, Romeo dan Juliet dipentaskan pada 2011,[13] yang diarahkan dan dilakonkan bersama Mislina Mustaffa.[13] Di dalam Tattoo Gestapo, Pekin digandingkan dengan Benjy yang membuat kemunculan semula selepas ditahan selama dua tahun kerana disyaki terlibat dalam kes dadah.[13]

Pada tahun 2013, beliau telah ditawarkan sekali lagi oleh Mamat Khalid untuk membawakan peranan sebagai pelakon utama dalam filem komedi muzikal, Rock Ooo: Rimba Bara Kembali yang merupakan kesinambungan filem pertama, Pekin membawakan kembali watak Slash @ Wan Sulaiman. Beliau mengikat kontrak tiga filem bersama Metrowealth Pictures dan seterusnya muncul dengan filem pertama lakonnannya bersama syarikat itu, Cerita Kita arahan Pierre Andre lakonan bersama Yana Samsudin dan Fezrul Khan,[14] filem keduanya bersama Metrowealth ialah Paku Pontianak arahan Ismail "Bob" Hasim, lakonan bersama Uqasha Senrose yang melakonkan watak utama sebagai Melati,[15] diikuti oleh filem terakhirnya bersama Metrowealth, Lagenda Budak Hostel. Nama beliau terus meningkat dalam industri perfileman Malaysia apabila beliau melakonkan peranan dalam sebuah filem fiksyen sains Apokalips X yang juga arahan Mamat. Beliau kemudian membawakan peranan yang besar dalam filem Ophilia (2014) yang diarahkan oleh Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaluddin sebagai salah satu daripada ahli-ahli dalam kumpulan skinhead.[16]

2015–kini: Villa Nabila, kerjaya pengarahan dan kejayaan arus perdana[sunting | sunting sumber]

Memegang watak skinhead dalam Ophilia

Pada tahun 2015, beliau melakonkan peranan utama sebagai Asyraf dalam filem seram yang diarahkan oleh pengarah muda, Syafiq Yusof, Villa Nabila yang diinspirasikan oleh kisah benar tragedi banglo Villa Nabila.[17][18][19][20]

Pada 2016, Pekin telah ditawarkan oleh Syamsul Yusof untuk memegang peranan dalam Munafik sebagai pelakon utama. Filem ini merupakan satu kejayaan komersial, berjaya mencatat kutipan pecah panggung sebanyak RM 19 juta dalam masa 2 bulan.[21] Pekin telah mengambil langkah besar dalam mengarahkan kerjaya apabila beliau mula menduduki kerusi pengarah menerusi arahan sulungnya Mat Moto[22] dan Volkswagen Kuning.[23][24] 2016 merupakan tahun cemerlang untuk Pekin apabila filemnya berjaya membawa pulang tiga anugerah di Festival Filem Malaysia ke-28 termasuk Cerita Asal Terbaik, Pelakon Baru Terbaik untuk Falisha Crossley, dan Pelakon Lelaki Terbaik melalui Pekin sendiri.[25] Selepas kemenangannya di Festival Filem Malaysia 2016, beliau berkata:

Mat Moto bermakna kepada saya kerana ia dekat di hati saya dan ia adalah projek sutradara pertama saya. Juga, saya tidak menyangka bahawa watak saya boleh menang walaupun ia sukar untuk bermain, tetapi ia tidak begitu berat. Dari segi emosi, saya fikir terdapat watak-watak lain yang lebih berat di luar sana. Ini ialah kemenangan Festival Filem Malaysia pertama saya sejak berada di dalam industri ini selama lebih daripada 20 tahun. Ia juga pencalonan kedua saya sebagai pertama saya adalah pada tahun 2012 untuk Festival Filem Malaysia ke-25 untuk filem Bunohan.[26]

Pekin kembali membawakan semula watak Slash Haji Tapah dalam kesinambungan ketiga dan terakhir filem Rock, Rock Bro! yang ditayangkan pada Oktober.[27][28] Pada November 2016, Pekin bersama pelakon Idris Khan menubuhkan syarikat penerbitan Centro Pictures yang diasaskan dengan sokongan beberapa rakan kongsi lain,[29] syarikat itu menerbitkan filem sulung bertajuk KL Wangan yang kini menjalani penggambaran.[29] Pekin dan Idris kemungkinan akan menerbitkan filem kedua berjudul Anarki, pada pertengahan 2017.[29] Malah, Pekin juga memberitahu beliau akan mengasilkan kesinambungan filem Mat Moto.[29][30][31]

Pada Januari 2017, Pekin mengumumkan akan menerbitkan filem dokumentari petamanya yang bertajuk Madness of Borneo bagi mempromosikan keindahan negeri Sabah yang digelar "Negeri Di Bawah Bayu", yang mana beliau bekerjasama dengan Raja Mukhriz selaku pengarah.[32] Penggambaran filem ini yang dijangka akan dijalankan pada April, di mana krew KL Media House Production akan memulakan penggambaran.[33]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2013, Pekin dilaporkan bercinta dengan pelakon, Uqasha Senrose yang terkenal menerusi drama Tundukkan Playboy Itu. Pekin dan Uqasha merancang untuk berkahwin pada 2014, nampaknya hajat tersebut tidak kesampaian.[34] Uqasha memaklumkan yang percintaan mereka telah tamat 3 Februari 2014 atas permintaan Pekin sendiri. Pekin mengakui hubungannya dengan Uqasha sudah tamat dan dia mempunyai bukti bekas tunangnya itu menjalin hubungan sulit dengan Sharnaaz Ahmad.[35] Malah Pekin juga sudah menyampaikan pesanannya kepada Sharnaaz agar menjaga Uqasha elok-elok sekiranya memang benar mereka berdua bercinta.[36][37][38][39]

Pada Oktober 2015, Pekin menafikan mengenai berita bahawa beliau telah meninggal dunia seperti yang tersebar di laman mikro Twitter. Pekin yang ternyata terkejut dengan berita palsu tersebut memberitahu tweet mengenai berita kematiannya tersebar luas sehinggakan ada yang memuatnaik gambar untuk mengucapkan takziah.[40][41]

Pada Jun 2016, Pekin mengesahkan kini sedang hangat bercinta dengan seorang model antarabangsa yang kini menetap di London.[42] Menurutnya, wanita itu sudah pun memeluk agama Islam baru-baru ini dengan menggunakan nama Iman.[42] Bagaimanapun, mereka masih belum bersedia untuk mendedahkan hubungan istimewa berkenaan berikutan wanita itu terikat dengan beberapa kontrak.[42][43][44][45]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Pekin semasa sesi fotografi
Filem
Tahun Judul & Arahan Peranan Nota
2004 Di Ambang Misteri

Cosmos Discovery

Watak Pembantu

2009 Cinta Terakhir

KSG Pictures

Cat Farish

Watak Pembantu

Skrip 7707

Lineclear Motion Pictures, Primeworks Studios

Young Burn

Watak Pembantu

2010 Hantu Kak Limah Balik Rumah

Tayangan Unggul

Musalman

Watak Pembantu

2011 Al-Hijab

Empat Semudra Plantation

Pelakon Filem Seram

Watak Undangan

2012 Bunohan

Apparat Sdn Bhd

Bakar

Watak Utama

Pencalonan - Pelakon Lelaki Terbaik FFM 25

2013 Rock Ooo

Primeworks Studios

Slash@Wan Sulaiman

Watak Pembantu

Paku Pontianak
  • Ismail Bob Hashim

MIG Pictures

Adam

watak utama

Cerita Kita
  • Pierre Andre

MIG Pictures

Kamal

Watak Utama

Lagenda Budak Hostel
  • Ismail Bob Hashim

Metrowealth Movies Production

Aaron

Watak Pembantu

Tokan

Pensil Picture Sdn.Bhd

Yusof

Watak Utama

2014 Apokalips X

Naga VXS, Tayangan Unggul

Lipan

Watak Pembantu

Ophilia
  • Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaluddin

SPS Jaya & Film Frame Productions

Uji

Watak Utama

2015 Rumah Pusaka Disimpang Jalan Rashid/Datuk Semerah Setongkol Jagung

Watak Utama

Villa Nabila

Skop Production

Asyraf

Watak Utama

Coverina
  • Khalid Nadzri

SPS Jaya Sdn Bhd

Kamal

Watak Utama

  • Heroin: Siti Elizad
Juvana 2
  • Faisal Ishak

Filmscape

Tok ki

Watak Pembantu

Jejak Warriors[46]

U2 Media Sdn Bhd

Wan Hassan

Watak utama

2016 Mat Moto
  • Pekin Ibrahim

Skop Production & Viper Studios Sdn Bhd

Al

Watak Utama

  • Heroin : Falisha Crossley
Munafik

Skop Production

Johan

Watak Pembantu

Kampung Drift
  • Nevin Hiong
Acai

Watak Utama

Volkswagen Kuning
  • MIG Pictures
Fuad

Watak Utama

Juvana 3: Perhitungan Terakhir
  • Faisal Ishak

Filmscape

Tok ki

Watak Tambahan

Rock Bro!

Primework Studios

Slash @ Wan Sulaiman

Watak Utama

Desolasi

Skop Production

Zahid

Watak Pembantu

Telefilem dan drama[sunting | sunting sumber]

  • Balqis (TV3)
  • Kalau itu Jodoh Kita (TV Al-Hijrah)
  • Hitam (TV3)
  • Bejat (RTM)
  • Cerita sebenar mengenai Bibah (TV 9)
  • Mengejar Neraka (RTM 2)
  • Bercakap Dengan Jin (Astro Mustika HD)
  • Wau Kasih (Astro Citra & Astro Mustika HD)
  • Antologi Cinta Buat Rania (TV1)
  • Pintu Taubat (episod Ragutan Maut; Astro Oasis)
  • Tanah Kubur (episod Dosa Susu)

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan pencapaian[sunting | sunting sumber]

Festival Filem Malaysia[sunting | sunting sumber]

Festival Filem Malaysia merupakan kemuncak industri perfileman di Malaysia. Festival filem telah diadakan untuk menghargai dan menilai kualiti kerja filem sepanjang tahun.

Tahun Kategori Karya Keputusan
2012 Pelakon Lelaki Terbaik Bunohan Dicalonkan
2016 Mat Moto Menang
Pengarah Harapan Dicalonkan
Lakon Layar Terbaik Dicalonkan
Cerita Asal Terbaik Menang

Anugerah Skrin[sunting | sunting sumber]

Anugerah Skrin adalah acara tahunan yang memberi pengiktirafan kepada rancangan televisyen dan filem-filem yang dibuat di Malaysia.

Tahun Kategori Karya Keputusan
2014 Pelakon Terbaik (Drama) Balqis Dicalonkan

Men of the Year[sunting | sunting sumber]

Men Of The Year telah mengiktiraf sambutan tahunan karisma lelaki, kecerdasan, kebijaksanaan dan keberanian oleh majalah Man August (Malaysia).

Tahun Kategori Keputusan
2012 Filem Menang

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Beliau berkongsi tarikh lahir dengan Tiz Zaqyah yang 8 tahun lebih muda daripadanya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Amirul Haswendy Hassan (17 Julai 2016). "Pekin kini penerbit". Harian Metro. Dicapai pada 5 April 2017. 
  2. ^ Marina Shabudin (4 November 2014). "Pekin Ibrahim tawan pawagam". Sinar Harian. Dicapai pada 5 November 2014. 
  3. ^ Nina Farzuin Md. Sharom (11 Januari 2015). "Dem Villa Nabila, Pekin, Tisha gagahkan diri". Sinar Harian. Dicapai pada 5 April 2015. 
  4. ^ "Pekin Ibrahim: Bukan kerana duit". Sinar Harian. 11 Disember 2016. Dicapai pada 5 April 2017. 
  5. ^ Noor Ainulyakin Ishak (5 Disember 2015). "Mat Moto percubaan pertama Pekin Ibrahim". Sinar Harian. Dicapai pada 5 April 2016. 
  6. ^ Feride Hikmet Atak (23 Februari 2013). "Pekin tunggu reaksi bersama grup Sevenwords". mSTAR Online. Dicapai pada 3 April 2013. 
  7. ^ Abdul Aziz Itar (29 Oktober 2011). "Ahli sufi inspirasi lagu Pekin". Utusan Malaysia. Dicapai pada 3 April 2013. 
  8. ^ a b c d e f g h i Amirah Amaly Syafaat (13 November 2016). "Dunia fantasi Pekin Ibrahim". Utusan Malaysia. Dicapai pada 13 November 2016. 
  9. ^ "Pekin Dedah Rahsia Dibuang Sekolah". Cinema. 28 September 2016. Dicapai pada 26 September 2016. 
  10. ^ "Pekin Lancar Buku MEMOIR BUKAN MEMOIR". Sensasi Selebriti. 19 Jun 2012. Dicapai pada 5 April 2014. 
  11. ^ a b c Wahiduzzaman (24 Jun 2012). "Pekin Ibrahim Terkejut Buku Tulisannya Dirampas Jais". MSTAR Online. Dicapai pada 5 April 2014. 
  12. ^ Nizha Periaswamy (9 Julai 2012). "Pekin kongsi kisah hidup". Kosmo!. Dicapai pada 5 April 2014. 
  13. ^ a b c d e "Tattoo Gestapo Teater Saya Impikan Selama Ini – Pekin Ibrahim". Sensasi Selebriti. 13 November 2012. Dicapai pada 5 April 2014. 
  14. ^ "CERITA KITA BUKAN FILEM KLISE, PUNYAI KEKUATAN SENDIRI". WordPress. Metrowealth. 7 Mac 2013. Dicapai pada 3 Januari 2015. 
  15. ^ Mustaza, Nurezzatul Aqmar (24 Ogos 2013). "Debaran Paku Pontianak". Sinar Harian. Dicapai pada 3 Januari 2015. 
  16. ^ "Ophilia (2014)". imdb. 28 September 2016. Dicapai pada 26 September 2016. 
  17. ^ Akmaliah Razak (13 Januari 2015). "Villa Nabila rungkai misteri sebenar". Sinar Harian. Dicapai pada 3 April 2015. 
  18. ^ "KISAH SERAM 'VILLA NABILA' KINI DI LAYAR LEBAR". Media Hiburan. 13 Januari 2015. Dicapai pada 3 April 2015. 
  19. ^ Rudy Imran Shamsuddin (30 November 2014). "Villa Nabila penuh mistik". Harian Metro. Dicapai pada 3 April 2015. 
  20. ^ Raizatul Hanum A. Rajak (10 Januari 2015). "Villa Nabila : Dari kisah sebenar ke layar perak". Sinar Harian. Dicapai pada 3 April 2015. 
  21. ^ Mohd Tahir, Sudirman (14 April 2016). "Munafik paling laris". Harian Metro. Dicapai pada 16 April 2016. 
  22. ^ Angelin Yeoh (28 January 2016 2016). "Pekin Ibrahim is making bank with Mat Moto". Star2. Dicapai pada 16 April 2016. 
  23. ^ Abdul Rahman, Shakilawati (3 Mei 2015). "Pekin dalami ilmu sutradara". Harian Metro. Dicapai pada 13 Januari 2016. 
  24. ^ Kemalia Othman (1 Oktober 2016). "Volkswagen Kuning rungkai kisah misteri popular". mSTAR Online. Dicapai pada 5 April 2017. 
  25. ^ "Pekin Ibrahim is Grateful To The Late Azwan Annuar". Cinema. 28 September 2016. Dicapai pada 26 September 2016. 
  26. ^ "Pekin Ibrahim Rangkul Dua Anugerah Di Festival Filem Malaysia Ke-28". Universiti Utara Malaysia. Dicapai pada 3 April 2017. 
  27. ^ "Pekin Ibrahim Menangis Kerana 'Rock Bro'". Utara News. 28 Oktober 2016. Dicapai pada 3 Januari 2017. 
  28. ^ "Pekin Ibrahim sebak 'Rock Bro' imbau perjuangan dalam industri". Perak Today. 23 Oktober 2016. Dicapai pada 5 April 2017. 
  29. ^ a b c d Zaidi Mohamad (1 November 2016). "Idris, Pekin kongsi syarikat terbitkan filem". Berita Harian. Dicapai pada 1 November 2016. 
  30. ^ Feride Hikmet Atak (28 Februari 2017). "Pekin utama kebajikan pekerja di set KL Wangan". Berita Harian. Dicapai pada 3 April 2017. 
  31. ^ Ashraf Nasser (18 Julai 2016). "Pekin Ibrahim bakal arah filem kedua "KL Wangan"". Cinema.com.my. Dicapai pada 3 April 2017. 
  32. ^ Farhana Ab Rahman (1 Jun 2016). "Pekin teruja tunggu 'anak sulung'". Berita Harian. Dicapai pada 3 April 2017. 
  33. ^ "'Madness of Borneo' to promote Sabah's beauty". Fandango. 1 April 2017. Dicapai pada 3 April 2017. 
  34. ^ Pekin, Uqasha tak jadi kahwin? Sinar Harian. 16 Februari 2014.
  35. ^ Roni Hidayat Riduwan (24 Oktober 2013) Saya ada bukti Uqasha curang - Pekin Kosmo!. Diperoleh pada 12 Februari 2017.
  36. ^ Pekin Ibrahim Masih Sayangkan Uqasha Senrose Mohd Al Qayum Azizi. mStar Online. 26 Mei 2014.
  37. ^ "Pekin Ibrahim Malas Bercakap Tentang Uqasha Senrose, Sibuk Bekerja". Rotikaya. 8 Jun 2014. Dicapai pada 6 April 2017. 
  38. ^ "Pekin Ibrahim: Saya Ada Bukti Uqasha Senrose Curang". Rotikaya. 24 Oktober 2013. Dicapai pada 6 April 2017. 
  39. ^ "Pekin Ibrahim nekad putus tunang dengan Uqasha Senrose". Berita Sini. 24 Oktober 2013. Dicapai pada 6 April 2017. 
  40. ^ Berita Pekin Ibrahim meninggal dunia palsu Sinar Harian. 9 Oktober 2015.
  41. ^ Kemalia Othman (9 Oktober 2015). "Pekin Ibrahim terkejut berita sudah meninggal dunia". Rotikaya. Dicapai pada 2017-04-05. 
  42. ^ a b c Kemalia Othman (29 Julai 2016). "Pekin Ibrahim Sahkan Bercinta Dengan Model Antarabangsa". mSTAR Online. Dicapai pada 2017-04-05. 
  43. ^ "Pekin Ibrahim Sedia Kahwin Model Antarabangsa Tetapi Tak Mahu Bersanding". Astro Gempak. 12 Januari 2017. Dicapai pada 2017-04-05. 
  44. ^ Ifqdar Rahman (12 Januari 2017). "Pekin Ibrahim enggan bersanding, rahsia tarikh nikah". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2017-04-05. 
  45. ^ "Pekin Ibrahim kini serius bercinta dengan Model cantik di London.". Utara News. 30 Julai 2016. Dicapai pada 2017-04-05. 
  46. ^ Pekin menangis kerana Jejak Warriors Sinar Harian.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai: