Pelabuhan Johor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pelabuhan Johor
ڤلابوهن جوهر
Maklumat am
JenisPelabuhan Sunting ini di Wikidata
Dibina pada
1973
Dibuka pada
1977; 47 tahun yang lalu (1977)
Laman sesawang
www.johorport.com.my
Maklumat pentadbiran dan teknikal
PemilikJohor Port Berhad
Saiz1,000 ekar (4.0 km2)
Bil. himpitan
24
Maklumat lokasi
Pelabuhan Johor is located in Bumi
Pelabuhan Johor
Pelabuhan Johor (Bumi)
Map
NegaraMalaysia Sunting ini di Wikidata
LokasiPasir Gudang
Koordinat1°26′20″N 103°53′25″E / 1.438975°N 103.890297°E / 1.438975; 103.890297Koordinat: 1°26′20″N 103°53′25″E / 1.438975°N 103.890297°E / 1.438975; 103.890297
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pelabuhan Johor ialah pelabuhan pertama di Johor, Malaysia. Ia ditempatkan di Pasir Gudang yang terletaknya di tenggara negeri Johor. Dibina pada tahun 1977 oleh Lembaga Pelabuhan Johor sebagai sebuah pelabuhan serbaguna untuk hampir kesemua kargo, Pelabuhan Johor merupakan pelabuhan Malaysia yang pertama mempunyai kawasan perdagangan bebas yang mana gudang-gudangnya dikecualikan daripada duti kastam. Duti hanya dikenakan sekiranya kargo dilepaskan untuk jualan di pasaran tempatan. Kawasan operasinya di dalam kawasan zon perdagangan bebas menjadikannya sebagai sebuah pusat untuk meningkatkan aliran dagangan entrepot (import, eksport dan pemindahan) dan menggalakkan industri pengilangan di kawasan operasinya.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pelabuhan Johor dimiliki oleh Pelabuhan Johor Berhad. Pada Januari 1993, Pelabuhan Johor Sdn. Bhd, sebuah syarikat milik sepenuh kerajaan, mengambil alih Pelabuhan Johor daripada Lembaga Pelabuhan Johor yang ditubuh pada tahun 1973. Pelabuhan Johor diswastakan dengan sepenuhnya pada Ogos 1995 kepada Seaport Terminal (Johor) Sdn. Bhd., sebuah syarikat pemegangan Pelabuhan Johor Berhad. Pada April 2005, Seaport Terminal (Johor) Sdn. Bhd. merupakan pemegang saham yang terbesar dengan pegangan saham sebanyak 51.74%.

Kemudahan dan perkhidmatan[sunting | sunting sumber]

Dengan 5,500 slot yang boleh menampung sejumlah 1,000,000 TEU setahun, kelengkapan-kelengkapan dan kemudahan-kemudahan Pelabuhan Johor termasuk:

  • 7 buah kren gantri, salah lima daripadanya merupakan kren Post-Panamax;
  • 19 buah kren pemindahan yang beroda getah;
  • 4 buah mesin staker jangkauan (reach stacker) untuk mengendalikan bahan-bahan pukal;
  • 46 buah penggerak utama (prime movers);
  • Gudang keretapi yang berdedikasi dan yang dikaitkan dengan rangkaian landasan nasional, Singapura dan Thailand;
  • Dermaga yang berpanjangan hampir 2.4 km pada keseluruhannya; dan
  • Kedalaman semula jadi dermaganya yang berukuran 13.8 meter boleh melayankan kapal-kapal pukal kering sehingga 60,000 dwt dengan senang.

Sejak permulaannya, Pelabuhan Johor telah mengendalikan kargo pukal cecair, dan menyediakan dua batang jeti empat-dermaga khas untuk:

  • Kargo Pukal Bahaya Cecair: Kargo bahaya terdiri daripada bahan kimia, produk petroleum dan gas cecair (LPG). Tempat simpanannya sejumlah 487,000 tan dilengkapi dengan talian paip terus ketempat simpanan. Produktiviti saluran paip maksimum adalah dalam kadar 1,500 tan sejam.
  • Kargo pukal cerai: Terminal Pukal Cerai mempunyai tiga dermaga sepanjang 536 meter dan dibantu oleh kren bergerak yang berkeupayaan memuat dan memunggah kargo am sehingga 300 tan. Kargo am yang dikendalikan termasuk kargo dalam tong dram, kargo berpelet, kayu gergaji dan lain-lain. Terminal Pukal Cerai Pelabuhan Johor juga telah mendapat kelulusan daripada Bursa Logam London (LME) untuk pengendalian kargo jenis besi bukan logam.
  • Kargo pukal kering: Terminal Pukal Kering dikhaskan untuk mengendalikan kargo seperti bijirin, gandum, simen dan lain-lain.
  • Minyak makan, terutamanya minyak sawit dan minyak kacang soya: Rangkaian paip pelabuhan membolehkan kargo pukal cecair dikendalikan ke ladang-ladang secara langsung, dan menambahkan dengan cukup besar efisiensi operasi memuat dan memunggah muatan.

Terminal Pelabuhan Johor mempunyai 72,000 tan tempat simpanan berbumbung untuk kargo makanan, dan 87,000 tan pula untuk barangan yang tidak boleh makan. Keluasannya ialah 10,600 meter persegi tempat simpanan tertutup dan 485,623 meter persegi tempat simpanan terbuka. Sistem penghantarnya dilengkapi dengan tiga buah kren dermaga yang dipasang ke atas landasan untuk membolehkan kapal-kapal menyalurkan kargonya terus ke tempat simpanan tuan punya kargo. Produktiviti pengendaliannya ialah 1,000 tan sejam.

Pada tahun 1995, eksport Malaysia ke Brunei berjumlah B$210 juta, akan tetapi hanya B$38 juta dihantar secara langsung ke sana. Bagi memperoleh perniagaan itu, Pelabuhan Johor telah memperbesarkan kemudahan-kemudahannya untuk memperbaiki perkhidmatannya ke Pelabuhan Muara di Brunei. Langkah-langkah ini telah mengurangkan masa pengangkut-pengangkut Brunei kerana Pelabuhan Kuching di Sarawak dan Pelabuhan Singapura boleh dilangkau.

Pada tahun 2004, kebahagian kegiatan-kegiatan Pelabuhan Johor adalah seperti berikut:

  • Kargo pukal cecair:      45%
  • Kargo pukal kering:     16%
  • Kargo am:                     6%
  • Kargo kontena:           33%

Selain itu, Lembaga Pelabuhan Johor juga bertanggungjawab dalam menguruskan terminal feri di Tanjung Belungkor dan Changi, Singapura. Perkhidmatan feri yang pertama dijalankan oleh syarikat Ferrylink yang telah bermula operasinya pada 8 September 1993 sehingga 8 April 2002. Selepas itu, Star Cruises telah mengambil alih perkhidmatan feri tersebut hingga sekarang.

Anak syarikat logistik[sunting | sunting sumber]

Menyedari kepentingan memberi pakej logistik keseluruhan yang berintegrasi kepada pelanggannya, Pelabuhan Johor Berhad telah menubuhkan dua buah anak syarikat logistik sebagai tambahan perkhidmatannya.

JP Logistics Sdn Bhd[sunting | sunting sumber]

JP Logistics (JPL) ditubuh pada tahun 1996 sebagai sebuah anak syarikat milik sepenuhnya untuk mengendalikan bukan sahaja keperluan pengendalian dan penyimpanan dalaman tetapi juga untuk memberi perkhidmatan logistik kepada pelanggan diseluruh negara, Singapura dan pelabuhan di kawasan sekitar. Ia juga beroperasi di Pelabuhan Tanjung Pelepas dan mengaitkan logistik kedua-dua pelabuhan.

JPL juga memperbesarkan operasi logistik luaran untuk merangkumi seluruh negara. Selain daripada muatan kontena penuh (FCL), JP Logistics juga mengendalikan muatan yang bukan kontena penuh (LCL) ke destinasi di luar negeri.

Bernas Logistics Sdn Bhd[sunting | sunting sumber]

Bernas Logistics (BLSB) merupakan sebuah syarikat logistik Bernas, sebuah pengedar beras nasional. Pelabuhan Johor Berhad ialah pemegang saham yang terbesar dalam syarikat ini dan menggunakan kemahiran dan sumber-sumber BLSB untuk menambahkan kegiatan-kegiatan JP Logistics Sdn. Bhd.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]