Pelakon Wanita Terbaik (Drama) Anugerah Skrin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pelakon Wanita Terbaik (Drama) Anugerah Skrin
Dianugerahkan untuk "Persembahan pelakon wanita dalam watak utama sesebuah drama televisyen di Malaysia"
Diberikan  Sistem Televisyen Malaysia Berhad
Negara Malaysia
Diperkenalkan pada 1994 (untuk persembahan lakonan TV pada tahun edisi 1994)
Pemenang pertama Ida Nerina,
Anak Angkat (ASK1994)
Kini dipegang oleh Nabila Huda,
Dia Tidak Berdosa (ASK2019)

Pelakon Wanita Terbaik (Drama) merupakan salah satu anugerah yang dipertandingkan dalam Anugerah Skrin yang dianjurkan secara tahunan (pernah secara dwitahunan) oleh Sistem Televisyen Malaysia di bawah Media Prima Berhad yang mengiktiraf pelakon wanita yang telah memberikan persembahan yang terbaik dalam drama TV. Pencalonan pelakon wanita dalam kategori ini telah ditentukan oleh juri-juri yang berpengalaman. Dalam mencari pemenang, pemenang tersebut ditentukan oleh kesepakatan juri-juri tersebut. Penyertaan untuk kategori ini dinilai daripada drama-drama yang ditayangkan di saluran di bawah Media Prima (TV3, ntv7, 8TV dan TV9), saluran di bawah Radio Televisyen Malaysia (TV1, TV2), saluran di bawah ASTRO (Ria, Prima, Oasis, Citra dan Mustika), TV Al Hijrah serta HyppTV.

Aktres terkenal Umie Aida merupakan pemenang terbanyak untuk kategori ini iaitu sebanyak 4 kali, dan beliau satu-satunya pelakon yang memenangi anugerah lakonan terbaik di ASK dalam 3 dekad berbeza (90an, 00an dan 10an). Haliza Misbun merupakan pelakon yang gagal memenangi sebarang anugerah untuk kategori ini biarpun menerusi 4 pencalonan. Pelakon komedi Jasmin Hamid merupakan satu-satunya aktres yang memenangi kategori ini menerusi watak komedi, sementara Puteri Balqis Azizi merupakan pemenang termuda kategori ini menerusi kemenangan pada tahun 2014 ketika berusia 7 tahun. Rekod sebelum itu dipegang Jasmin bersama Zizie Ezette apabila menang pada usia 25 tahun masing-masing pada tahun 1997 dan 2003. Pemenang tertua kategori ini pula adalah Ruminah Sidek yang menang pada tahun 2012 ketika berusia 69 tahun.

Anugerah ini setara dengan anugerah Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) yang diberikan kepada pelakon lelaki.


Pemenang dan calon[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan senarai pemenang dan pencalonan bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik (Drama):

Azean Irdawaty
Umie Aida
Noorkhiriah
Puteri Balqis
Tahun Pelakon Drama Peranan
1994 Ida Nerina Anak Angkat '
Haliza Misbun Korban
Kuna Taktik
Lina Kamsan Inang Bersanggul Dua
Maria Farida Nita
1995 Aida Khalida Kerana Kau '
Azean Irdawaty Ratu Jamu
Erma Fatima Masih Ada Harapan
Ida Nerina Aku Anak Siapa
Nor Aliah Lee Lutsinar
1996 Azean Irdawaty Kembali '
Liza Abdullah ? (Tandatanya)
Sharifah Haslinda Alahai Manisnya Madu
Sofia Jane Penghujung Rindu
Tiara Jacquelina Aida Shada
1997 Jasmin Hamid Jutawan Segera '
Ida Nerina Amer Amera
Umie Aida Selamat Hari Jadi Su III
1998 Azean Irdawaty Najiha '
Fauziah Ahmad Daud Tumirah
Norish Karman Sebening Anugerah
Wan Maimunah Airmata Ibu
Wan Maimunah Semarai
1999 Umie Aida Surah Terakhir '
Aida Khalida Kau Isteriku
Lily Patra Di Sebalik Malam
2001 Umie Aida Ayuni '
Haliza Misbun Villa Murni
Jasmin Hamid Hangatnya Salju, Dinginnya Bara
Melissa Saila Orang Gaji Sementara
Vanida Imran Minah Meenachi
2003 Zizie Ezette Aduhai Esah '
Azean Irdawaty Hanya Untukmu
Ellie Suriaty Omar Tarantula
Fauziah Nawi Rumah Di Tengah Sawah
Zizie Ezette Good Morning Cikgu
2005 Lisdawati Nazaruddin Miftahul Jamilah '
Azizah Mahzan Ustaz Sufi
Fauziah Nawi Sekeras Kerikil
Azean Irdawaty Tarik Tali
Betty Banafe Aleeya Maisara
2006 Safura Yaacob Hari Hari Terakhir Seorang Perempuan '
Ellie Suriaty Omar Nur Di Pintu Syurga
Haliza Misbun Lebih Bisa Dari Jelatang
Sheila Rusly Episod Terakhir
Wan Maimunah Syurga Di Mana
2007 Sofia Jane Sebuah Ijtihad '
Ellie Suriaty Omar Takbir Suci
Fauziah Nawi Fitrah Di Ufuk Ramadan
Azean Irdawaty Tanah Kubur
Jasmin Hamid Ilham Suci
2008 Fauziah Ahmad Daud Suara Saleha '
Fasha Sandha Kehangatan Lantana
Haliza Misbun Kembalikan Amanda
Jasmin Hamid Relung Kasih
Sheila Rusly Tuhan Pun Tahu
2009 Rosnah Mat Aris Tersasar di Jalanmu '
Kartina Aziz Mama Nenek
Noorkhiriah Ahmad Shapie Terlerai Takbir Kasih
Norlia Ghani Al-Kiswah
Zarina Zainuddin Becha Usang
2010 Noorkhiriah Ahmad Shapie Antara Garisan '
Dira Abu Zahar Perempuan
Ellie Suriaty Omar Kaki
Lisdawati Nazaruddin Sebelum Akhirat
Sharifah Amani Dalil Cinta
2011 Umie Aida Airmata Nur Salina '
Amyza Aznan Midah Kuih Bangkit
Erra Fazira Sanggul Beracun
Norlia Ghani Janji Syurga
Rozita Che Wan Masihkah Ada Sinar
2012 Ruminah Sidek Parit Jawa '
Aida Aris Gincu Ayah
Lisdawati Nazaruddin Hilangnya Doa Seorang Ibu
Nabila Huda Maharku Untukmu
Umie Aida Sepatu Merah
2013 Umie Aida Aku Bukan Malaikat '
Nad Zainal Mawar Putih Tanda Perpisahan
Nora Danish Di Bawah Langit Mu
Sharifah Amani Fatihah Untuk Abah
Sherie Merlis Perempuan Itu Ibuku
2014 Puteri Balqis Balqis '
Nursyafiqa Mohd Haris Matahari Terbit Lagi
Melly Amalin Olong
Normah Damanhuri Rumah Buat Ibuku
Nad Zainal Walau Siapapun Aku
2015 Sara Ali Hak '
Diana Danielle Talak
Fauziah Ahmad Daud Seligar
Sheila Rusly Dari Pintu Neraka
Siti Saleha Ada Sejadah Panjang Terbentang
2016 Tiz Zaqyah Cermin Kasih '
Norlia Ghani Calon Syurga
Sharifah Amani Fatin
Syatilla Melvin Khilaf Seorang Isteri
Vanidah Imran Rekah
2017 Fasha Sandha Terima Kasih Ramadan '
Haliza Misbun Kembali Kepada Fitrah
Vanidah Imran Mak Tak Bagi Balik
Nad Zainal Mengharap Sebuah Keredhaan
Ellie Suriaty Pesan Dari Tuhan
2018 Nad Zainal Fatonah Azali '
Putri Sasya Mashitah Luyak
Ayda Jebat Aku Nazmi
Sherie Merlis Pendosa Ingin Ke Syurga
Siti Elizad Tulus Cinta
2019 Nabila Huda Dia Tidak Berdosa '
Eyka Farhana Batik Zakiah
Mimi Lana Neraka Kasih Maisarah
Sherie Merlis Terima Kasih Ibu
Sweet Qismina Wakaf Dosa

Lihat juga[sunting | sunting sumber]