Pergi ke kandungan

Pelandu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pelandu[1]
Seekor spesies Thylogale thetis
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Infrakelas: Marsupialia
Order: Diprotodontia
Keluarga: Macropodidae
Subkeluarga: Macropodinae
Genus: Thylogale
J. E. Gray, 1837
Spesies jenis
Halmaturus (Thylogale) eugenii
Gray, 1837
(=Halmaturus thetis Lesson, 1828)
Spesies

7, lihat teks

Pelandu[2] ialah sejenis marsupial kecil dalam genus Thylogale yang terdapat di Australia, Kepulauan Aru dan Kai, serta New Guinea. Binatang ini antara anggota terkecil keluarga Macropodidae. Ia hidup di hutan-hutan di belahan timur benua Australia dan pulau New Guinea.

Thylogale brunii dikenali sebagai pelandu dalam kalangan penduduk asli Kepulauan Aru[2] dan pelandok-aru ("pelanduk Aru") dalam kalangan penutur Melayu Ambon disebabkan kemiripan dengan pelanduk sebenar.[3] Nama pelandu turut dipakai pada spesies Dorcopsis hageni dan dikenali sebagai pelandu Papua.

Nama saintifik Thylogale menggunakan perkataan Yunani untuk "kantung" dan "jelu."[4]

Bersama-sama walabi batu dan walabi kelinci, pelandu adalah antara ahli terkecil keluarga makropoda. Pelandu jantan dewasa lebih besar daripada betina, dengan purata berat timbangan sekitar 7 kg dan tinggi 60 cm. Berat betina dewasa pula sekitar 3.8 kg.[5]

Terdapat tujuh spesies yang diakui dalam genus Thylogale:[6]

  1. Groves, Colin (16 November 2005). Wilson, D. E., dan Reeder, D. M. (ed.) (penyunting). Mammal Species of the World (ed. ke-3). Percetakan Universiti Johns Hopkins. m/s. 69–70. ISBN 0-801-88221-4.CS1 maint: multiple names: editors list (link) CS1 maint: extra text: editors list (link)
  2. 1 2 Ibnu Maryanto, Anang Setiawan Achamdi, Marfua hasiholan Sinaga (2007). Nama daerah mamalia Indonesia· m/s. 22. ISBN 979-979-000-1.
  3. van der Lith, P. A.; dll., penyunting (1899). "Buideldieren". Encyclopædie van Nederlandsch-Indië. The Hague-Leiden: Martinus Nijhoff-E.J. Brill. m/s. 296.
  4. Rose, R.W.; Rose, R.K. (2018). "Thylogale billardierii (Diprotodontia: Macropodidae)". Mammalian Species. 50 (965): 100–108. doi:10.1093/mspecies/sey012.
  5. "Warrawong Wildlife Sanctuary" (PDF).
  6. "ADW: Thylogale: CLASSIFICATION". Animal Diversity Web.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]