Pelanggaran kereta api Wenzhou

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Pelanggaran kereta api Wenzhou

Dua kereta api laju China berlanggar pada 23 Julai 2011 jam 8.37 malam di daerah Lucheng, Wenzhou , Zhejiang , China . Beberapa gerabak tergelincir dan jatuh dari jambatan landasan kereta api . Kereta api berada di landasan antara Ningbo-Taizhou-Wenzhou.Seramai 40 orang mati dan 192 cedera termasuk 12 cedera parah. Kereta api itu dipercayai dipanah petir.[1]

Sistem kereta api laju China dilancarkan pada 2007. Kerajaan China melabur berbilion dolar bagi mengembangkan pengangkutan kereta api sehingga menjadi 13,000 km menjelang 2012 kepada 16,000 km menjelang 2020. Sistem isyarat kereta api dibangunkan bagi menghalang kereta api lain tidak menggunakan landasan secara serentak. Namun dalam kemalangan Wenzhou, Kereta Api D301 berlari pada kelajuan yang tinggi ke landasan yang diduduki oleh Keretapi D3115. Ini menunjukkan kegagalan isyarat yang dibangunkan oleh Institut Kereta api China.

Ketika kemalangan, kereta api itu membawa penumpang seramai 1072 orang dan dalam perjalanan dari Hangzhou ke Fuzhou. Kereta api CRH2 -139E membawa 558 orang dari Beijing ke Fuzhou merempuh belakang kereta api D3115. Empat gerabak kereta api jatuh dari jejambat. Tiga gerabak jatuh menegak di tanah dan satu bersandar terhadap jejambat.

Punca asal kemalangan itu dikatakan kereta api pertama yang berhenti secara tiba-tiba yang menyebabkan ia kehilangan kuasa dan berhenti pada trek landasan. Namun kemudian, Institut Penyelidikan Keret api Beijing mendakwa bahawa isyarat di atas landasan gagal bertukar menjadi warna merah dan kakitangan gagal memberi notis kesilapan.

Pasukan perubatan menghantar mangsa kemalangan ke Hospital Zhejiang, Hospital Zhejiang Provincial , dan Hospital Taizhou .Seramai 500 penduduk Wenzhou menderma darah sebagai reaksi rayuan radio tempatan untuk mengisi bank darah .

Antara yang mati ialah 2 rakyat Amerika Syarikat. Konsulat Itali di Shanghai menyatakan dua rakyat Itali maut iaitu Assunta Liguori, 22 tahun berusia pelajar dari Napoli, dan Giovanni Pan, yang berusia 23 tahun, berasal dari China .

Rujukan[sunting | sunting sumber]