Pelangi (kumpulan muzik)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pelangi
Berasal dariKuala Lumpur, Malaysia
Genre
Tahun aktif1984–1989
Syarikat rakaman
LIFE Records
Bekas ahli

Pelangi ialah sebuah kumpulan pop Malaysia, dianggotai oleh A. Ali dan John Goh. Ali menubuhkan Pelangi selepas meninggalkan kumpulan Kembara.[1] Kumpulan ini meraih kejayaan pada 1980-an, terkenal menerusi lagu-lagu hits mereka seperti "Biarku Menjadi Lilin" dan "Aku Jambatan Buatmu".[2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pelangi ditubuhkan pada September 1984 oleh A. Ali selepas beliau keluar daripada kumpulan Kembara. John Goh menyertai beliau tidak lama kemudian, sekaligus melengkapkan kumpulan ini sebagai sebuah duo. Mereka kemudian menandatangani kontrak rakaman bersama LIFE Records sebaik sahaja tiba ke Kuala Lumpur setelah mendapat tawaran bekerja di kelab malam dan merakamkan album pertama mereka di bawah kelolaan oleh Razzi M. Sebelum berangkat ke KL, Ali dan John terlebih dahulu memperdengarkan beberapa lagu yang akan dimuatkan dalam album pertama mereka.[1]

Album sulung mereka, Kisah Baba dan Nyonya, dikeluarkan pada 1984, diikuti oleh album kedua, Ingat-Ingat Lupa (1985) dengan kebanyakan lagu yang dimuatkan dalam album ini, dicipta oleh Ali. Pada tahun berikutnya, album ketiga mereka pula menyusul dengan tajuk Kesempatan Yang Datang (1986).[3] Single pertama yang dikeluarkan untuk album ini ialah "Biarku Menjadi Lilin", ciptaan Ali manakala liriknya ditulis oleh Habsah Hassan. Lagu ini berjaya menjulang nama Pelangi sekaligus menjadi lagu tandatangan mereka. Pada tahun 1987, album keempat mereka, Dari Pancaran telah dikeluarkan.[4]

Dalam tahun yang sama, mereka diundang menjayakan persembahan di Konsert Seruan 88 anjuran Perbadanan Kemajuan Sentosa (SDC). Konsert itu turut dijayakan oleh beberapa artis termasuk, D'Episodes, Last Minute dan Noraniza Idris.[5] Pelangi melancarkan album kelima dan terakhir mereka, Jauh Perjalanan pada 1989.[6]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

  • Kisah Baba dan Nyonya (1984)
  • Ingat-Ingat Lupa (1985)
  • Kesempatan Yang Datang (1986)
  • Dari Pancaran (1987)
  • Jauh Perjalanan (1989)

Album kompilasi[sunting | sunting sumber]

  • Pelangi: 10 Best of the Best Vol. 1 (2003)
  • Pelangi: Best of the Best Vol. 2 (2003)
  • Kau Bintang Ku: Koleksi 30 Lagu-Lagu Abadi (2014)

Single[sunting | sunting sumber]

  • "Kisah Baba dan Nyonya" (1984)
  • "Lukisan Wajah Cinta" (1985)
  • "Ingat-Ingat Lilin" (1985)
  • "Kesempatan Yang Datang" (1986)
  • "Biarku Menjadi Lilin" (1986)
  • "Aku Jambatan Buatmu" (1987)
  • "Terluka" (1987)
  • "Jauh Perjalanan" (1989)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "A. Ali tubuhkan kumpulan Pelangi". Berita Minggu. 23 September 1984. m/s. 6. Dicapai pada 30 Ogos 2015.
  2. ^ Azman Siraj (28 Januari 1988). "Pelangi mahu hasilkan lagu yang segar selalu". Berita Harian Singapura. m/s. 5. Dicapai pada 1 September 2018.
  3. ^ Haron Abdul Majid (24 Ogos 1986). "Pelangi buat rakaman ketiga". Berita Harian Singapura. m/s. 8. Dicapai pada 1 September 2018.
  4. ^ Azman Siraj (31 Mei 1987). "Pelangi tidak berniat untuk menyaingi penyanyi lain". Berita Harian Singapura. m/s. 8. Dicapai pada 1 September 2018.
  5. ^ "Pelangi sinarkan konsert". Berita Minggu. 10 Januari 1988. m/s. 8. Dicapai pada 1 September 2018.
  6. ^ "John, Ali akan bergabung semula". Berita Harian. 29 Oktober 1989. m/s. 8. Dicapai pada 1 September 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]