Pelapik gorjet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pelapik kolar Tentera Udara Soviet, 1950an

Pelapik gorjet (tanda kolar, pelapik kolar) adalah sejenis insignia yang dipasangkan bersama kepingan kain atau logam pada kolar (gorjet) pakaian seragam, yang digunakan dalam perkhidmatan tentera dan awam di sesetengah negara. Tanda kolar menunjukkan pangkat tentera (gred pangkat), pangkat perkhidmatan awam, unit tentera, pejabat (jabatan) atau cabang utama angkatan tentera dan pasukan tentera.

Negara-negara[sunting | sunting sumber]

Jerman[sunting | sunting sumber]

Pelapik kolar Arabesques bagi Jeneral Wehrmacht Jerman

Pelapik kolar / pelapik gorjet (de: "Kragenspiegel", atau "Kragenpatte)", adalah untuk dipakai pada gorjet (pada kedua-dua sudut kolar) uniform tentera dalam angkatan tentera yang bertutur bahasa Jerman.

Walau bagaimanapun, insignia pelapik kolar bagi Jeneral Heer (Tentera Darat) adalah lambang tradisi yang dipanggil pelapik kolar Arabesque, atau sulaman Larish, sulaman Prusia Lama, juga sulaman Arabesquen (de: "Arabesken-Kragenspiegel", atau "Larisch-Stickerei", "Altpreußische Stickerei" juga "Arabeskenstickerei").[1]

Dalam Empayar Jerman, para jeneral, sesetengah pegawai, pengawal dan kelasi memakai Kragenspiegel, tetapi ini bukan sebahagian daripada pakaian luas seragam.

Dalam Republik Weimar pelapik itu (atau Litzen) telah diperkenalkan di seluruh tentera darat pada tahun 1921, dimana ia menandakan pangkat dan pasukan tentera, tetapi tidak digunakan dalam tentera laut. Beberapa perkhidmatan awam era Nazi (contohnya polis dan keretapi) memakai pakaian seragam dengan tanda kolar, serupa dengan tanda kolar angkatan tentera. Tanda kolar baru juga telah diperkenalkan bagi pemimpin politik Parti Nazi, bagi organisasi baru Nazi (seperti Sturmabteilung dan Schutzstaffel).

Jerman Timur menggunakan tanda kolar yang sama seperti Wehrmacht untuk tentera darat dan tentera udara nya. Tanda kolar juga dipakai oleh sesetengah anggota tentera laut.

Angkatan tentera Jerman Barat juga mengekalkan penggunaan tanda kolar dalam tentera darat dan tentera udara, dimana mereka menandakan cabang mana (atau Truppengattung) askarnya secara individu berasal. Anggota-anggota Tentera Laut Jerman tidak memakai tanda kolar.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Dictionary to the German military history, 1st edition (Liz.5, P189/84, LSV:0547, B-Nr. 746 635 0), military publishing house of the GDR (VEB) – Berlin, 1985, Volume 1, page 396, definition: „Versions of collar patches“.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]