Pelayar suara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pelayar suara merupakan pelayar web yang menyediakan antara muka suara interaktif kepada penggunanya. Pelayar ini biasanya menyediakan antara muka ke PSTN atau sebuah PBX. Jika pelayar web visual bekerja dengan laman HTML, pelayar suar pula bekerja dengan laman yang menetapkan dialog suara. Selalunya laman-laman sebegini ditulis dalam VoiceXML, piawaian bahasa penanda dialog suara W3C, namun bahasa dialog suara berhak milik masih digunakan.

Sebuah pelayar suara mempersembahkan maklumat secara dengaran, dengan memainkan semula fail audio atau menggunakan perisian teks-kepada-audio untuk menukarkan maklumat teks kepada audio. Maklumat diterima oleh pelayar suara menggunakan pengecaman pertuturan dan masukan pad kekunci (contohnya pengesanan DTMF).

Sedang pengecaman pertuturan dan teknologi web semakin berkembang, ribuan aplikasi suara telah muncul secara komersial dan pelayar suara mengambil alih tempat sistem-sistem IVR. Banyak syarikat yang membekalkan pelayar suara dalam bentuk perisian; penyelesaian pakej perisian atau perkakasan; atau penyelesaian berhos.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • CCXML - Call Control eXtensible Markup Language
  • VoiceXML
  • SRGS - Speech Recognition Grammar Specification
  • SISR - Semantic Interpretation for Speech Recognition
  • SSML - Speech Synthesis Markup Language
  • PLS - Pronunciation Lexicon Specification
  • ECMAScript - Bahasa penskripan yang disokong oleh kebanyakan pelayar suara

Pautan luar[sunting | sunting sumber]