Peletakan senjata

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Pengesahan Perjanjian Damai Münster, 1648

Perletakan senjata adalah perjanjian rasmi pihak-pihak yang bermusuhan untuk berhenti berperang. Ia tidak semestinya berakhir dengan peperangan, kerana ia mungkin hanya merupakan pemberhentian permusuhan sambil satu usaha dibuat untuk merundingkan kedamaian berkekalan. Ia berasal dari bahasa Latin arma, bermaksud "arms" (senjata) dan -stitium, bermaksud "penghentian".[1]

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sering mengenakan, atau cuba mengenakan, resolusi gencatan senjata terhadap pihak-pihak dalam konflik moden. Perletakan senjata selalu dirundingkan antara pihak-pihaknya sendiri dan oleh itu secara umumnya dilihat sebagai lebih terikat daripada resolusi gencatan senjata PBB yang tidak wajib dalam undang-undang antarabangsa moden.

Perletakan senjata ialah modus vivendi dan tidak sama dengan perjanjian damai, yang mungkin mengambil masa beberapa bulan atau bertahun-tahun untuk disepakati. Perjanjian Perletakan Senjata Korea 1953 adalah contoh utama perletakan senjata yang tidak dikuti oleh perjanjian dame. Perletakan senjata juga berbeza daripada gencatan senjata, yang merujuk kepada pemberhentian permusuhan sementara untuk waktu yang disepakati atau dalam kawasan yang terhad. Gencatan senjata mungkin diperlukan untuk merundingkan perletakan senjata.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Armistice". Dictionary.com.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]