Pelindung Dunia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pelindung Dunia adalah hasil karya pelukis komik Malaysia iaitu Zint.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Sekumpulan pahlawan yang digelar Pelindung Dunia terdiri daripada Sarai, Aima, Ena dan Kat ditubuhkan oleh Profesor Mason untuk mencari 5 buah buku sihir yang mewakili elemen air, api, angin, tanah dan langit. Tujuan mencari buku tersebut adalah untuk memusnahkan Raja Raksasa. Usaha mereka selalu dihalang oleh kuncu-kuncu Raja Raksasa yang mempunyai misi untuk menakluki dunia.

Dalam usaha mendapatkan buku sihir kedua, Sarai telah bertarung dengan Xas. Mereka berdua merupakan keturunan bangsa hantu. Dalam pertarungan tersebut, Sarai telah kalah dan dikurung didalam sebiji bola. Mereka cuba mendapatkan pertolongan Erik seorang ahli sihir untuk memulihkan keadaan Sarai. Tapi usahanya tidak berjaya.

Raja Raksasa telah menghantar kuncu-kuncunya untuk mendapatkan buku sihir dan memberkas Pelindung Dunia. Rupanya Raja Raksasa merupakan hasil ciptaan Profesor Mason. Raja Raksasa telah berjaya memperolehi 5 buah buku tersebut. 3 buah buku tersebut sudah ada dalam sedia ada dalam simpanan Raja Raksasa.

Ketika Raja Raksasa Raksasa melakukan hukuman bunuh terhadap Pelindung Dunia, Sarai yang telah berubah bentuk telah datang menyelamatkan mereka. Hasil kerjasama mereka semua, Raja Raksasa dapat dikalahkan.