Pelukis portret di Pulau Pinang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Seniman jalanan ataupun pelukis portret di tepi jalan era 80-an di Pulau Pinang dipengaruhi oleh pembukaan Pasar Budaya (Central Market) di Kuala Lumpur sekitar tahun 1985 dan juga pelukis-pelukis yang banyak di Jalan Bunus dan Jalan Melayu di Kuala Lumpur,waktu permulaannya pelukis dari luar dan juga pelukis dari Pulau Pinang sendiri(seangkatan dengan pelukis Imuda) banyak bertumpu di depan panggung Odeon,Jalan Penang kerana waktu itu ianya adalah tumpuan ramai dan di anggap pusat bandar(terdapat bulatan untuk orang ramai berehat sebelum menonton wayang di panggung). Selepas pembukaan secara rasmi Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), seorang guru dari Sungai Rusa, Balik Pulau (Cikgu Zaki) telah membuka sebuah kedai cenderamata di tingkat empat Komtar yang di beri nama Perindu Alam, oleh sebab lokasinya yang berada berdekatan dinding dan talipon awam,atas inisiatif dia dan pelukis portret(Mikarot)-MSuhaimy, mereka mewujudkan satu sudut bagi para pelukis menggantung lukisan dan bebas berkarya serta menerima tempahan, maka bermulalah pemusatan pelukis-pelukis jalanan (portret) di gerainya dan tidak lagi di depan panggung Odeon, maka dari situ muncullah pelukis seperti Ismail Ariffin (Lepat), Joey, Abdul Rashid bin Ahmad, Mikarot (MSuhaimi), Razi dan banyak lagi berkarya di gerai cenderamata Melayu pertama di Komtar, setelah beberapa tahun beroperasi – Gerai Perindu Alam yang milik (MARA Majlis Amanah Rakyat) telah berpindah milik penyewanya kepada Abdul Rashid b Ahmad (pemenang pertandingan melukis wajah Mahsuri anjuran LADA) kebetulan Cikgu Zaki waktu itu mengalami masalah kewangan/pembahagian masa untuk mengajar dan ke gerai telah terpaksa menyerahkan gerai tersebut kepada Abdul Rashid yang menjadikan gerai tersebut sebagai gerai untuk dia melukis portret sambil isterinya pula mengambil upah menjahit. Sehubungan dengan tiada lagi tempat tertentu sebagai pusat untuk pelukis-pelukis jalanan berkarya di Pulau Pinang, maka Ismail Ariffin(Lepat)telah mendapat tempat baru di belakang hotel Golden Sands di Batu Ferringhi (waktu ini telah terjadi kes perebutan anak antara belau dan isterinya Aishah–warga British yang menggemparkan negara, yang berakhir isterinya melarikan anaknya dari tempat pertemuan di Balai Polis Campbell ke Britain sehingga hari ini), sementara Joey pula telah membuka gerai portret sendiri dengan menumpang Gerai Affendi(design T/shirt) di tingkat dua bangunan Komtar; bagi pelukis Mikarot(MSuhaimy);ruj. lukisan portret.wordpress.com/mikarot blogspot.com beliau telah berhijrah dan melukis di Plaza Putra di bawah Dataran Merdeka beberapa tahun sebelum pulang semula ke Pulau Pinang untuk melukis di Gurney Drive, Pasar Aneka Taman Selat dan bagi mengajar seni portret di Perpustakaan Seberang Jaya di Butterworth. Sementara Abdul Rashid pula terus melukis portret sebelum berpindah membuka Galleri di hadapan Masjid Kapitan Keling dan menubuhkan Persatuan Pelukis Melayu Pulau Pinang dan disamping melukis beliau menjadi guru kepada beberapa pelukis terkenal diMalaysia yang belajar dari dia.Bagi pelukis portret termuda Razi,beliau kini melukis di Pusat Peranginan di Phuket,Thailand selepas beberapa tahun dahulu memasuki pertandingan realiti tv. hingga sekarang ini beliau meneruskan karear hidupnya dengan rambut panjang punya nala serupa akar pokok rumbia. beliau juga bercadang mahu berkahwin lagi dengan seorang gadis berketurunan chinese..