Peluru

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Tiga jenis peluru.

Peluru (Jawi: ڤلورو) ialah projektil padat yang ditembakkan dari senapang atau pistol diperbuat daripada logam, biasanya dari timah. Projektil peluru merosakkan sasaran dengan menembusnya dengan tenaga kinetik yang dihasilkan oleh kelajuannya yang sangat tinggi. Dalam konteks moden, peluru peluru beserta cangkang, mesiu, pelek dan primer ialah sebahagian daripada peluru. Cara kerjanya ketika ditembak adalah dengan mendorong peluru dengan tenaga kinetik yang dihasilkan oleh letupan pendorong, yang biasanya adalah mesiu. Bahan ini dinyalakan oleh peledak (detonator) kecil yang disebut primer.

Perkataan peluru menyerap dari kata bahasa Portugis pelouro bermaksud butiran besi atau batu yang dibentuk membulat dan ditembakkan dari meriam digunakan para pelayar sana suatu ketika dahulu.[1][2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Dalgado, Sebastião Rodolfo (1936). pelouro. Portuguese Vocables in Asiatic Languages. Diterjemahkan oleh Xavier Soares, Anthony (ed. bahasa Inggeris). Baroda: Oriental Institute. m/s. 280.
  2. ^ Salgado, Augusto (2002). "Artilharia Naval". Navegações Portuguesas. Instituto Camões.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]