Peluru berpandu Skybolt ALBM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Skybolt ALBM

Peluru berpandu Douglas GAM-87A Skybolt merupakan peluru berpandu balistik lancar di udara (ALBM) yang dimajukan pada penghujung tahun 1950an. Ia bertujuan untuk memberikan penempatan "lebih selamat"untuk pasukan peluru berpandu USAF, pada pasukan pengebomnya dan bukannya pada simpanan peluru berpandu kekal. Beberapa siri ujian yang berakhir dengan kegagalan mengakibatkan pembatalannya, memuskilkan pihak British yang baru sahaja menyertai program ini.

Pada tahun 1958 beberapa kontraktor Amerika Syarikat membuktikan bahawa peluru berpandu balistik yang besar boleh dilancarkan daripada pesawat pengebom strategik pada atitude tinggi. Dengan menggunakan sistem pandu arah angkasa untuk pembetulan dalam penerbangan pada pelantar [[kendalian pemanduan inert "inertial guidance", serupa dengan sistem SLBM kepunyaan angkatan laut Amerika Syarikat, mencapai ketepatan yang setanding dengan sistem peluru berpandu darat sedia ada.

USAF berminat, dan mengeluarkan tawaran untuk memajukan sistem tersebut pada tahun 1959. Douglas Aircraft mendapat kontrak utama pada May, dan kemudiannya subkontrak kepada (sistem panduan)Northrop, (tujahan) Aerojet General, dan pesawat kemasukan semula) General Electric. Pada awalnya dikenali sebagai WS-138A, pada tahun 1960 projek tersebut diberi nama GAM-87 Skybolt.

Pada masa yang sama, Royal Air Force berhadapan dengan masalah berkaitan projek peluru berpandu mereka, ICBM Blue Streak. Bukan sahaja peluru berpandu tersebut siap terlalu lewat dan melebihi budget yang ditetapkan, tetapi kakangan kawasan tanah yang terdapat di kepulauan United Kingdom bereeti ia agak mudah bagi pihak USSR untuk mencari, dan dengan itu menyerang, tempat simpanan tersebut. Mereka merasakan bahawa Skybolt akan memberikan sistem penempatan yang lebih selamat, sementara pada masa yang sama membenarkan armada pengebom V agar terus menjadi ancaman bermakna, dengan jarak bersedia yang jauh mengekalkan mereka dari sistem pertahanan PVO Strany yang semakin meningkat. Ini bererti peluru berpandu bersedia Blue Steel II boleh diganti pada masa yang sama. Perdana Menteri MacMillan berjumpa dengan Presiden Eisenhower dan bersetuju untuk membeli 144 Skybolts untuk RAF, dan kedua-dua projek peluru berpandu Blue Streak dan Blue Steel dibatalkan.

Peluru berpandu GAM-87 merupakan peluru berpandu balistik berenjin motor roket bahan api pepejal dua tahap. Setiap B-52H mampu membawa empat peluru berpandu, dua di bawah setiap sayap pada pylon seiring, sementara Avro Vulcan membawa satu pada pylon yang lebih kecil. Peluru berpandu tersebut dilengkapi dengan kon ekor untuk mengurangkan geseran ketika berada pada pylon, yang akan dibuang seketika selepas digugurkan dari kapal terbang. Selepas habis bakar tahap pertama, Skybolt meluncur untuk seketika sebelum tahap kedua menyala. Kawalan tahap pertama melalui pergerakan ridip ekor, sementara tahap kedua dilengkapi dengan muncung "gimballed nozzle".

Pada tahun 1961 beberapa siri ujian sedia untuk diuji menggunakan USAF B-52 dengan ujian pengguguran bermula pada Januari. Di England ujian keserasian "compatibility" dengan mockup bermula pada Vulcan. Ujian berkuasa "powered tests" bermula pada April 1962, tetapi siri ujian tersebut merupakan malapetaka, dengan lima ujian pertama berakhir dengan kegagalan.

Ujian penerbangan pertama berlaku pada 19 Disember 1962, tetapi pada hari yang sama keseluruhan program telah dibatalkan dan pengeluaran GAM-87A yang beroperasi dihentikan. Amerika Syarikat tidak lagi memerlukan peluru berpandu tersebut disebabkan dengan tempat simpan peluru berpandu yang diperkukuhkan dan SLBMs menjadikan pasukan pertahanan "counterforce" mereka sudah cukup perkasa.

Ini meninggalkan pihak British tanpa deterrant nuklear yang boleh digunakan. Program tersebut ditawarkan kepada pihak British untuk terus membiayai, tetapi sebaliknya pihak British membeli Polaris SLBM, dengan itu memindahkan deterrant nuklear daripada RAF kebanyakannya kepada Royal Navy. Pihak RAF mengekalkan keupayaan nuklear taktikal dengan WE177 yang dipasang pada Pengebom V dan kemudiannya pasukan Panavia Tornado.

Ujian penerbangan terhad dengan baki peluru berpandu XGAM-87A berterusan selepas pembatalan program dan pada June 1963, XGAM-87A diberi nama sebagai XAGM-48A.

Spesifikasi[sunting | sunting sumber]

Panjang 11.66 meter (38 ft 3 in)
Lebar sayap 1.68 meter (5 ft 6 in)
Diameter 89 cm (35 in)
Berat 5000 kg (11000 lb)
Hadlaju 15300 km/h (9500 mph)
Siling 480+ km (300+ miles)
Jarak 1850 km (1150 miles)
Tujahan Roket Aerojet General bahan api pepejal dua tahap
Kepala peletup W-59 1.2 MT thermonuclear

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Skybolt
XH537 Skybolt Diarkibkan 2004-07-03 di Wayback Machine