Peluru meriam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Beberapa keratan rentas peluru meriam dari Perang Dunia I. Dari kiri ke kanan: 90 mm peluru shrapnel, 120 mm peluru pig iron incendiary, 77/14 model – 75 mm peluru letupan tinggi, model 16–75 mm peluru shrapnel.
Saintis AS dengan keratan rentas model W48 155 millimeter peluru artileri nuklear, sejenis senjata nuklear taktikal paling kecil dengan hasil letupan bersamaan 72 tan TNT (0.072 kilotan). Ia boleh ditembak daripada sebarang standard howitzer 155 mm (6.1 inci) (contoh M114 atau M198).
Projektil M107 155mm. Semua dilengkapi fius.
Beberapa peluru dipamerkan di Taipei

Peluru meriam atau shell ialah satu projektil yang muatannya mengandungi bahan letupan, bahan pembakar, atau isian kimia lain, walaupun penggunaan moden kadangkala merangkumi pepejal besar projektil kinetik.[1] Tembakan pepejal mungkin mengandungi sebatian piroteknik jika amunisi penjejak atau caj pengesan digunakan. Pada asalnya ia dipanggil bombshell, tetapi "shell" telah menjadi jelas dalam konteks ketenteraan.

Semua projektil yang diisi bahan letupan dan bahan pembakar, terutamanya mortar, pada asalnya dipanggil grenad (bom tangan), berasal daripada perkataan Perancis untuk pomegranate (buah delima), dipanggil begitu kerana persamaan bentuk bulat buah itu dengan isinya yang berbiji-biji menyerupai bom yang dipenuhi fragmen mesiu. Perkataan serumpun dengan grenad masih digunakan untuk projektil artileri atau mortar dalam beberapa bahasa Eropah.[2]

Peluru meriam biasanya adalah projektil berkaliber besar yang ditembak oleh artileri, kenderaan tempur berperisai (contoh kereta kebal, meriam serbuan, dan pengangkut mortar), kapal perang, dan meriam auto. Peluru ini biasanya berbadan silinder yang bermuncung kon dihujungnya berbentuk ogif untuk memberikan prestasi aerodinamik yang baik, dan mungkin dengan ekor bot yang tirus; tetapi beberapa jenis khusus berbeza dengan luas.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "shells" – melalui The Free Dictionary.
  2. ^ "Etymology of grenade". Etymonline.com. 1972-01-08. Dicapai pada 2013-02-27.

Sumber[sunting | sunting sumber]

Pautan[sunting | sunting sumber]