Pemadaman data

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pemadaman data ialah penulisan semula data berasaskan perisian yang bertujuan memusnahkan sebarang data elektronik yang terkandung dalam cakera keras atau media digital lain dengan memasukkan input angka sifar dan satu dalam semua bahagian peranti; data yang "ditulis semula" ini tidak dapat dicapai dan dipulihkan semula. Ia menghilangkan maklumat yang terkandung dalam pemacu tanpa perlunya mengolah atau memusnahkan cakera secara fizikal sehingga tidak dapat berfungsi langsung.