Pemain MP3

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
A Creative MuVo, a small solid-state MP3 player in a keydrive form-factor.

Pemain MP3 atau pemain audio digital ialah sebuah alat elektronik jenis pemain media mudah alih yang berkebolehan memainkan fail-fail audio digital; nama yang pertama ini datangnya daripada format fail MP3 yang digunakan secara meluasnya, namun format-format lain juga dapat dimainkan dalam alat sebegini.

Ada beberapa format audio digital yang berempunya seperti MP3, Audio Media Windows (Windows Media Audio, WMA) dan Pengekodan Audio Lanjutan (Advanced Audio Coding, AAC). Sesetengah format ini juga akan menerapkan pegurusan hak digital yang biasa didapati ketika memuat turun fail secara berbayar, tetapi ada juga format yang bebas paten ataupun terbuka seperti Vorbis, FLAC, dan Speex (kesemuanya sebahagian daripada projek multimedia terbuka Ogg).

Jenis[sunting | sunting sumber]

Pemain MP3 ada beberapa jenis yang biasa dipakai:

  • Alat yang memainkan kedua-dua cakera padat jenis biasa dan jenis data sendiri yang mengandungi MP3 atau fail audio digital yang lain.
  • Alat mudah alih - peranti berkeadaan pepejal yang boleh menyimpan fail audio digital files dalam media dalaman atau luaran, seperti kad memori. Alat-alat ini mempunyai julat kapasiti memori rendah antara 128MB-1GB yang boleh ditambahkan jika dikehendaki. Peranti sebegini tahan lasak kerana tiadanya bahagian yang mudah bergerak . Such players are generally integrated into USB keydrives.
  • Alat yang membaca fail audio digital daripada cakera keras - alat sebegini mempunyai julat kaapsiti yang lebih tinggi sekitar 1.5GB hingga 100GB bergantung kepada teknologi cakera keras yang dirumahkan dalam alat. Ini bermakna beribu-ribu fail muzik boleh disimpan dengan mudahnya dalam sebuah pemain MP3 dalam kadar pengekodan yang normal. Antara contoh terbaik alat ini seperti iPod keluaran syarikat Apple.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]