Pemalar Avogadro

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Dalam kimia dan fizik, pemalar Avogadro (dinamakan sempena saintis Amedeo Avogadro) merujuk kepada bilangan zarah konstituen, selalunya atom atau molekul, yang terkandung dalam jumlah bahan yang diberikan dalam satu mol. Maka, ia merupakan faktor pengkadaran is yang mengaitkan jisim molar sesuatu bahan kepada jisim sampel. Pemalar ini —sering diwakilan dengan simbol NA atau L, mempunyai nilai 6.022140857(74)×1023[1] dalam Sistem Unit Antarabangsa (SI).[2][3]

Takrifan mengenai kuantiti kimia sebelum ini melibatkan penggunaan nombor Avogadro yang berkait rapat dengan pemalar ini namun mempunyai pentakrifan yang berbeza: nombor ini dahulunya ditakrifkan Jean Baptiste Perrin sebagai bilangan atom dalam satu molekul-gram atom hidrogen yakni one gram hidrogen. Pemalar ini kemudiannya ditakrifkan semula sebagai bilangan atom dalam 12 gram isotop karbon-12 (12C) yang kemudiannya mengaitkan secara umum jumlah sesebuah bahan itu kepada berat molekulnya.[4] Misalnya, 1 gram unsur hidrogen (H) yang mempunyai nombor atom (jisim) 1 dianggarkan mempunyai 6.022×1023 atom hidrogen, begitu juga dengan 12 gram 12C bernombor jisim 12 (nombor atom 6) yang mempunyai bilangan atom karbon sama iaitu 6.022×1023. Nombor Avogadro ini merupakan kuantiti tanpa dimensi dan mempunyai nilai yang sama dengan pemalar Avogadro dalam unit asas. Pemalar Avogadro sebaliknya mempunyai dimensi bilangan bahan yang bersilang balik (reciprocal). Pemalar ini juga boleh diungkapkan sebagai 0.602214... mL⋅mol−1⋅Å−3, yang boleh digunakan untuk menukar dari unit isipadu per molekul dalam ångström persegi kepada isipadu molar dalam milliliter per mol.

Pengemaskinian set asas SI membawa kepada pentakrifan semula konsep-ionsep kuantiti kimia. Nombor Avogadro serta pentakrifannya diturunkan nilainya berbanding pemalar Avogadro serta pentakrifan pemalar tersebut. Berdasarkan sukatan yang dibuat sepanjang pertengahan tahun 2017, nilai NA yang diberikan adalah 6.022140758(62)×1023, di mana unit-unit SI akan ditukar pada November 2018 untuk menetapkan nilai pemalar tersebut setepatnya pada 6.02214076×1023 mol−1.[5][6]

Nilai NA dalam pelbagai unit
6.022140857(74)×1023[1]
2.73159734(12)×1026 (lb-mol)−1
1.707248434(77)×1025 (oz-mol)−1

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "CODATA Value: Avogadro constant". The NIST Reference on Constants, Units, and Uncertainty. US National Institute of Standards and Technology. Jun 2015. Dicapai 25 September 2015. 
  2. ^ International Union of Pure and Applied Chemistry Commission on Atomic Weights and Isotopic Abundances (CIAAW), P.; Peiser, H. S. (1992). "Atomic Weight: The Name, Its History, Definition and Units". Pure and Applied Chemistry. 64 (10): 1535–43. doi:10.1351/pac199264101535. 
  3. ^ International Union of Pure and Applied Chemistry Commission on Quantities and Units in Clinical Chemistry, H. P.; International Federation of Clinical Chemistry Committee on Quantities and Units (1996). "Glossary of Terms in Quantities and Units in Clinical Chemistry (IUPAC-IFCC Recommendations 1996)". Pure and Applied Chemistry. 68 (4): 957–1000. doi:10.1351/pac199668040957. 
  4. ^ Templat:SIbrochure8th
  5. ^ Newell, David B.; Cabiati, F.; Fischer, J.; Fujii, K.; Karshenboim, S. G.; Margolis, H. S.; de Mirandés, E.; Mohr, P. J.; Nez, F.; Pachucki, K.; Quinn, T. J.; Taylor, B. N.; Wang, M.; Wood, B. M.; Zhang, Z.; dll. (Committee on Data for Science and Technology (CODATA) Task Group on Fundamental Constants (TGFC)) (20 Oktober 2017). "The CODATA 2017 Values of h, e, k, and NA for the Revision of the SI". Metrologia (in press). Institute of Physics. doi:10.1088/1681-7575/aa950aBoleh dicapai secara percuma. 
  6. ^ "Proceedings of the 106th meeting". International Committee for Weights and Measures. Sèvres. 16–17 and 20 Oktober 2017. m/s. 17–23. https://www.bipm.org/utils/en/pdf/CIPM/CIPM2017-EN.pdf?page=23.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]