Pergi ke kandungan

Pemanjangan konsonan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dalam bidang fonetik dan fonologi, pemanjangan konsonan atau geminasi (dipinjam daripada perkataan bahasa Inggeris gemination, daripada perkataan bahasa Latin geminatio 'penggandaan' yang berasal daripada perkataan gemini 'kembar'[1]), merupakan satu kaedah penyebutan (artikulasi) suatu konsonan dalam jangka masa yang lebih lama atau lebih panjang berbanding konsonan tunggal itu sendiri.[2] Pemanjangan konsonan adalah berbeza dengan penekanan konsonan. Ia ditulis dalam pelbagai sistem tulisan sebagai huruf berganda dan sering dianggap sebagai penggandaan konsonan.[3] Sesetengah teori fonologi menggunakan istilah 'penggandaan konsonan' sebagai sinonim untuk geminasi, manakala sesetengah teori lain pula menerangkan bahawa 'penggandaan konsonan' dan geminasi adalah fenomena yang berbeza.[3]

Kepanjangan bunyi konsonan merupakan ciri distingtif dalam sesetengah bahasa tertentu seperti bahasa Jepun. Beberapa bahasa lain seperti bahasa Yunani pula tidak mempunyai pemanjangan konsonan fonemik dalaman sesuatu perkataan.

Pemanjangan konsonan dan kepanjangan vokal berdiri dengan sendiri sebagai ciri fonemik dalam beberapa jenis bahasa seperti bahasa Arab, bahasa Jepun, bahasa Magyar, bahasa Malayalam dan bahasa Finland. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa bahasa seperti bahasa Itali, bahasa Norway dan bahasa Sweden pula menunjukkan bahawa kepanjangan bunyi vokal dan kepanjangan bunyi konsonan saling bergantung. Misalnya, dalam bahasa Norway dan bahasa Sweden, suatu bunyi konsonan yang dipanjangkan sentiasa didahului oleh satu bunyi vokal pendek, manakala suatu bunyi konsonan yang tidak dipanjangkan pula didahului oleh satu bunyi vokal panjang.

Konsonan-konsonan geseran, sengauan, sisian, malaran tak geser dan getaran yang dipanjangkan hanyalah dilanjutkan semata. Dalam konsonan hentian yang dipanjangkan, halangan saluran pernafasan berpanjangan yang melambatkan hembusan serta penutupan dipanjangkan, yakni /tʰː/ disebut [tːʰ], bukan *[tʰ𐞁]. Dalam konsonan letusan pula, penutupan juga yang dipanjangkan, bukan pelepasan geseran, yakni /t͜sː/ disebut [tːs], bukan *[tsː].[4][5]

Dari segi durasi konsonan, bahasa Berber dan Finland dilaporkan mempunyai nisbah 3:1,[6] berbanding dalam sekitar 2:1 (atau lebih rendah) dalam bahasa Jepun,[7] Itali, dan Turki.[6]

Pemanjangan konsonan merupakan distingtif dalam sesetengah bahasa, kemudian tertakluk kepada pelbagai kekangan fonologi yang bergantung pada bahasa tersebut.

Dalam sesetengah bahasa seperti Itali, Sweden, Faroe, Iceland dan Luganda, kepanjangan suatu konsonan dan vokal bergantung antara satu sama lain. Vokal pendek dalam suku kata yang ditekankan hampir selalu mendahului konsonan panjang atau gugusan konsonan, begitu pula vokal panjang mesti diikuti oleh konsonan pendek. Dalam bahasa Arab Klasik, vokal panjang dipanjangkan lebih lama lagi sebelum konsonan yang dipanjangkan secara kekal.

Dalam bahasa lain, seperti bahasa Finland, kepanjangan suatu konsonan dan vokal bebas daripada satu sama lain. Dalam bahasa Finland, kedua-duanya merupakan fonemik; taka /taka/ 'balik', takka /takːa/ 'perapian' dan taakka /taːkːa/ 'beban' adalah perkataan yang berbeza dan tidak berkaitan. Panjang konsonan Finland juga dipengaruhi oleh pemeringkatan konsonan. Satu lagi fenomena penting ialah sandhi, yang menghasilkan konsonan panjang pada sempadan perkataan apabila terdapat hentian glotis arkifonemik |otaʔ se| > otas se 'ambillah (imperatif)!'.

Di samping itu, dalam beberapa kata majmuk bahasa Finland, jika perkataan awal berakhir dengan e, konsonan awal perkataan berikut dipanjangkan, yakni: jätesäkki 'beg sampah' [jætesːækːi], tervetuloa 'selamat datang' [terʋetːuloa]. Dalam kes tertentu, v selepas u adalah dipanjangkan oleh kebanyakan orang: ruuvi 'skru' /ruːʋːi/, vauva 'bayi' [ʋauʋːa]. Dalam dialek Tampere, jika perkataan menerima konsonan v yang dipanjangkan selepas u, u sering dipadamkan (ruuvi [ruʋːi], vauva [ʋaʋːa]). Contohnya, lauantai 'Sabtu' menerima v tengah [lauʋantai], yang seterusnya boleh menyebabkan pemadaman u ([laʋːantai]).

Panjang konsonan yang distingtif biasanya terhad kepada konsonan dan persekitaran yang tertentu. Terdapat sedikit bahasa yang mempunyai ciri pemanjangan konsonan; antaranya ialah Melayu Kelantan-Patani, Chuukese, Arab Maghribi, beberapa bahasa Romantik seperti Sisilia dan Napoli, serta kebanyakan dialek Alemannik Jerman Tinggi, seperti Thurgovia. Beberapa bahasa Afrika, seperti Setswana dan Luganda, juga mempunyai kepanjangan konsonan awal, bahkan sangat umum serta menunjukkan ciri tatabahasa tertentu. Dalam bahasa basahan Finland dan Itali, konsonan panjang berlaku dalam keadaan tertentu sebagai fenomena sandhi.

Perbezaan antara konsonan tunggal dan geminat berbeza-beza daripada pelbagai bahasa. Konsonan sonoran menunjukkan nisbah yang dipanjangkan kepada tunggal yang lebih berbeza, manakala konsonan desis mempunyai nisbah yang kurang berbeza. Pemanjangan konsonan dwibibir dan konsonan gusi biasanya lebih panjang daripada konsonan velar.[6]

Pembalikan geminasi, iaitu degeminasi, mengurangkan konsonan yang panjang menjadi lebih mendek. Ia merupakan salah satu corak dalam penggredan konsonan bahasa Baltik-Finnik bahawa bentuk gred yang kuat (selalunya nominatif) suatu perkataan itu direndahkan menjadi gred lemah (selalunya semua kes lain) bentuk perkataan: taakka > taakan (beban, dikaitkan dengan beban). Sebagai penstrukturan semula sejarah pada peringkat fonemik, konsonan panjang dalaman suatu perkataan berlaku degeminasi dalam bahasa Romawi Barat, misalnya bahasa Sepanyol /ˈboka/ 'mulut' lwn. Itali /ˈbokka/, kedua-duanya berevolusi daripada Latin /ˈbukka/.[8]

Bahasa Afroasiatik

[sunting | sunting sumber]

Bahasa Arab

[sunting | sunting sumber]

Dalam penulisan bahasa Arab, pemanjangan konsonan ditandakan dengan tanda tasydid iaitu ⟨◌ّ⟩ di atas konsonan yang hendak digandakan. Tanda tasydid sering digunakan untuk menyahkaburkan perkataan yang membezakan konsonan yang digandakan dengan perkataan sebaliknya, agar perkataan yang dimaksudkan jelas dari segi konteksnya. Sebagai contoh, dalam bahasa Arab, kata kerja Bentuk I dan kata kerja Bentuk II berbeza hanya dari segi penggandaan huruf konsonan tengah daripada kata dasar tiga huruf dalam Bentuk II. Misalnya, درس darasa (dengan baris: دَرَسَ) ialah kata kerja Bentuk I yang bermaksud mengkaji, manakala درّس darrasa (dengan baris: دَرَّسَ) ialah kata kerja Bentuk II, yang mana konsonan r digandakan, bermaksud mengajar.

Bahasa-bahasa Austronesia

[sunting | sunting sumber]

Dialek-dialek Melayu

[sunting | sunting sumber]

Pemanjangan konsonan awal perkataan berlaku dalam pelbagai dialek Melayu, khususnya yang terdapat di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu seperti Melayu Kelantan-Patani dan Melayu Terengganu.[9][10] Permanjangan dalam dialek Melayu ini berlaku dalam pelbagai tujuan seperti:

  • Membentuk varian bebas yang dipendekkan bagi suatu perkataan atau frasa, misalnya:
    • buwi /buwi/ > /wːi/ 'beri'
    • ke darat /kə darat/ > /dːarat/ 'ke/di/dari darat'
  • Menggantikan penggandaan yang digunakan dalam pelbagai kegunaan (cth untuk menunjukkan jamak, untuk membentuk perkataan yang berbeza, dsb.) dalam Bahasa Melayu Piawai, misalnya:
    • budak-budak /budak budak/ > /bːudak/
    • layang-layang /lajaŋ lajaŋ/ > /lːajaŋ/

Bahasa Indo-Eropah

[sunting | sunting sumber]

Dalam fonologi bahasa Inggeris, panjang konsonan tidak menjadi distingtif dalam kata dasar. Contohnya, baggage disebut /ˈbæɡɪ/, bukan */bæɡːɪdʒ/. Walau bagaimanapun, pemanjangan fonetik berlaku juga sedikit.

Pemanjangan konsonan ditemui merentasi perkataan dan merentasi morfem apabila konsonan terakhir dalam perkataan tertentu dan konsonan pertama dalam perkataan berikut merupakan konsonan geseran, sengauan atau hentian yang sama.[11]

Contohnya:

  • b: subbasement [ˈsʌb.beɪs.mənt]
  • d: midday [ˈmɪdˌdeɪ]
  • f: life force [ˈlaɪfˌfɔ(ɹ)s]
  • g: egg girl [ˈɛɡ.ɡɝl]
  • k: bookkeeper [ˈbʊk̚ˌkɪi.pə(ɹ)]
  • l: wholly [ˈhoʊl.li] (compare holy)
  • m: calm man [ˌkɑːmˈmæn] atau roommate [ˈrʊum.meɪt] (in some dialects) atau prime minister [ˌpɹaɪmˈmɪnɪstə(ɹ)]
  • n: evenness [ˈɪi.vən.nəs]
  • p: lamppost [ˈlæmp̚ˌpoʊst] (compare lamb post, compost)
  • r: interregnum [ˌɪn.tə(ɹ)ˈɹɛɡ.nəm] atau fire road [ˈfaɪəɹˌɹoʊd]
  • s: misspell [ˌmɪsˈspɛl] atau this saddle [ðɪsˈsædəl]
  • sh: fish shop [ˈfɪʃ.ʃɒp]
  • t: cat tail [ˈkæt̚ˌteɪl]
  • th: both thighs [ˈboʊθ'θaɪz]
  • v: live voter [ˈlaɪv.voʊtə(ɹ)]
  • z: pays zero [ˈpeɪzˈziˌɹoʊ]

Walaupun begitu, ia tidak berlaku terhadap konsonan letusan. Contohnya:

  • orange juice [ˈɒɹɪndʒ.dʒʊus]

Dalam kebanyakan keadaan, ketiadaan penggandaan ini tidak menjejaskan makna, walaupun ia mungkin mengelirukan pendengar seketika. Pasangan minimal berikut mewakili contoh yang penggandaan mempengaruhi makna dalam kebanyakan pelat:

  • ten nails berbanding ten ales
  • this sin berbanding this inn
  • five valleys berbanding five alleys
  • his zone berbanding his own
  • mead day berbanding me-day
  • unnamed [ˌʌnˈneɪmd] berbanding unaimed [ʌnˈeɪmd]
  • forerunner [ˈfɔ(ɹ)ˌɹənə(ɹ)] berbanding foreigner [ˈfɔɹənəɹ]

Perlu diperhatikan bahawa apabila [(ɹ)] muncul (dalam kurungan), dialek bukan rhotik bahasa Inggeris tidak berlaku pemanjangan konsonan, tetapi memanjangkan vokal sebelumnya.

Dalam sesetengah dialek, pemanjangan konsonan juga ditemui dalam beberapa perkataan apabila akhiran -ly mengikuti kata dasar yang berakhir dengan -l atau -ll, seperti dalam:

  • solely [ˈsoʊl.li]

tetapi tidak

  • usually [ˈjʊuˌʒ(ʊ)ə.li]

Bahasa Itali

[sunting | sunting sumber]

Bahasa Itali terkenal di antara bahasa-bahasa Romawi disebabkan berlaku pemanjangan konsonan secara meluas. Dalam Bahasa Itali Piawai, pemanjangan konsonan dalam suatu perkataan biasanya ditulis dengan dua konsonan, dan pemanjangan ini merupakan distingtif.[12] Sebagai contoh, bevve, bermaksud 'dia minum', secara fonemiknya /ˈbevve/ dan disebut [ˈbevːe], manakala beve ('dia minum/sedang minum') ialah /ˈbeve/, disebut [ˈbeːve]. Suku kata tonus merupakan bimoraik, maka ianya terdiri daripada sama ada vokal panjang dalam suku kata terbuka (seperti dalam beve) atau vokal pendek dalam suku kata tertutup (seperti dalam bevve). Dalam jenis dengan pelemahan pasca vokal beberapa konsonan (cth /raˈdʒone/[raˈʒoːne] 'sebab'), pemanjangan konsonan tidak terjejas (/ˈmaddʒo/[ˈmad͡ʒːo] 'Mei').

Bahasa Latin

[sunting | sunting sumber]

Dalam bahasa Latin, panjang konsonan merupakan distingtif, seperti dalam anus 'wanita tua' vs. annus 'tahun'. Panjang vokal juga telah menjadi distingtif dalam bahasa Latin sehingga kira-kira abad keempat, serta secara ortografinya ditulis dengan tanda aksen tirus yang lebih panjang (apex). Pemanjangan konsonan yang diwarisi daripada bahasa Latin masih wujud dalam bahasa Itali, di mana [ˈanno] anno dan [ˈaːno] ano berbeza dengan /nn/ dan /n/ seperti dalam bahasa Latin. Ianya hampir hilang sepenuhnya dalam bahasa Perancis dan sepenuhnya dalam bahasa Romania. Dalam bahasa Iberia Barat, pemanjangan konsonan yang berlaku dalam bahasa Latin selalunya berubah kepada fonem baharu, termasuk beberapa contoh vokal sengau dalam bahasa Portugis dan Galicia Lama serta kebanyakan kes /ɲ/ dan /ʎ/ dalam bahasa Sepanyol, tetapi panjang fonetik kedua-dua konsonan dan vokal tidak lagi distingtif.

Bahasa Jepun

[sunting | sunting sumber]

Dalam bahasa Jepun, kepanjangan suatu konsonan merupakan pembeza atau distingtif (seperti juga panjang vokal). Geminasi dalam suku kata diwakili dengan sokuon, tsu kecil:[13] untuk hiragana dalam perkataan asal danuntuk katakana dalam perkataan pinjaman. Contohnya,来た(きた, kita) bermaksud 'datang; tiba', manakalan 切った(きった, kitta) bermaksud 'potong; dihiris'. Dengan kemasukan gairaigo ('perkataan asing') ke dalam bahasa Jepun Moden, konsonan bersuara telah boleh jadi dipanjangkan juga: バグ(bagu) bermaksud 'pepijat (komputer)', dan バッグ(baggu) bermaksud 'beg'. Perbezaan antara pemanjangan konsonan tanpa suara dan konsonan bersuara dapat dilihat dalam pasangan perkataan sepertiキット(kitto, bermaksud 'kit') danキッド(kiddo, bermaksud 'kanak-kanak'). Di samping itu, dalam beberapa varian bahasa kolokial Jepun Moden, pemanjangan konsonan boleh berlaku pada beberapa kata sifat dan kata keterangan (tanpa mengira bersuara atau tidak) sebagai penegasan: すごい (sugoi, 'menakjubkan') berbeza dengan すっごい (suggoi, 'sangat menakjubkan'); 思い切り (おもいきり, omoikiri, 'dengan semua kekuatan seseorang') berbeza dengan 思いっ切り (おもいっきり, omoikkiri, 'benar-benar dengan semua kekuatan seseorang').

Bahasa-bahasa Turkik

[sunting | sunting sumber]

Bahasa Turki

[sunting | sunting sumber]

Dalam bahasa Turki, pemanjangan konsonan diwakili oleh dua huruf yang sama seperti dalam kebanyakan bahasa yang juga memanjangkan konsonan.

  • anne [annɛ] "ibu"
  • hürriyet [çyɹ̝ːije̝t] "kebebasan"[14]

Kata pinjaman yang asalnya berakhir dengan konsonan yang dipanjangkan sentiasa ditulis dan dilafazkan tanpa dipanjangkan sebutannya seperti mana dalam bahasa Arab.

  • hac [hadʒ] (haji) (daripada Arab حج /ħadʒː/ disebut [ħadʒ])
  • hat [hat] (khat) (daripada Arab خط /xatˤː/ disebut [xatˤ])

Walaupun begitu, ia dipanjangkan semula apabila perkataan itu ditambah akhiran.

  • hac menjadi hacca [haˈdʒːa] ('untuk melakukan haji') apabila ditambah akhiran "-a" ('untuk', menunjukkan destinasi)
  • hat menjadi hattın [haˈtːɯn] ('kaligrafi') apabila ditambah akhiran "-ın" ('dari', menyatakan pemilikan)

Pemanjangan konsonan juga berlaku apabila akhiran yang bermula dengan suatu konsonan bertemu dengan perkataan yang berakhir dengan konsonan yang sama.

  • el [el] ('tangan') + -ler [læɾ̥] ("-s", menunjukkan jamak) = eller [eˈlːæɾ̥] ('tangan-tangan'). (berbeza daripada eler, 'dia menghapuskan')
  • at [at] ('membaling') + -tık [tɯk] ("-ed", menunjukkan kala lampau, jamak diri pertama) = attık [aˈtːɯk] ('kami telah membaling [sesuatu]'). (berbeza daripada atık, 'pembaziran')

Penulisan

[sunting | sunting sumber]

Dalam menulis suatu bahasa, panjang konsonan sering ditunjukkan dengan menulis konsonan dua kali (ss, kk, pp, dan sebagainya), tetapi boleh juga ditunjukkan dengan simbol khas, seperti tasydid dalam bahasa Arab, dagesh dalam bahasa Ibrani Klasik, atau sokuon dalam bahasa Jepun.

Dalam Abjad Fonetik Antarabangsa, konsonan panjang biasanya ditulis menggunakan titik bertindih tiga segi [ː], misalnya penne [penːe] ('bulu', 'pen', juga sejenis pasta). Kadang-kadang huruf konsonan yang dipanjangkan juga digandakan, terutamanya dalam bentuk fonemik asas, atau dalam bahasa yang bernada untuk memudahkan penandaan diakritik.

  • Ortografi bahasa Catalan menggunakan titik tengah (dipanggil interpunct) untuk membezakan pemanjangan konsonan l dari konsonan lelangit ll. Misalnya, paral·lel ('selari') dan Llull (Bahasa Catalan Piawai: [pəɾəlˈlɛl], [ʎuʎ]).
  • Estonia menggunakan b, d, g untuk konsonan pendek, manakala p, t, k serta pp, tt, kk digunakan untuk konsonan panjang.
  • Dwihuruf dan trihuruf bahasa Hungary yang dipanjangkan konsonannya diwakili dengan menggandakan huruf pertama sahaja. Misalnya, bentuk pemanjangan sz /s/ ialah ssz /sː/ (bukan *szsz), dan pemanjangan dzs /d͡ʒ/ ialah ddzs /d͡ʒː/.
  • Satu-satunya dwihuruf dalam Ganda, ny /ɲ/ digandakan dengan cara yang sama: nny /ɲː/.
  • Dalam bahasa Itali, contoh geminasi kluster bunyi [kw] (diwakili oleh dwihuruf qu) sentiasa ditunjukkan dengan menulis cq, kecuali dalam perkataan soqquadro dan beqquadro, di mana huruf q digandakan.[15] Geminasi bunyi [ɲ], [ʃ] dan [ʎ], (masing-masing dieja gn, sc(i), dan gl(i)) tidak ditunjukkan kerana konsonan ini selalu dipanjangkan apabila terletak di antara vokal. Begitu juga bunyi [ts], [dz] (kedua-duanya dieja z) sentiasa dipanjangkan apabila berlaku di antara vokal, namun geminasi mereka kadang-kadang ditunjukkan (secara berlebihan) dengan menggandakan z, contohnya dalam perkataan pizza [ˈpittsa].
  • Dalam bahasa Jepun, geminasi konsonan bukan sengauan (sokuon) ditunjukkan dengan meletakkan varian "kecil" suku kata Tsu ( atau ) di antara dua suku kata, yang mana suku kata akhir mesti bermula dengan konsonan. Untuk geminasi konsonan sengauan, suku kata didahului dengan huruf atau untuk mora N. Skrip simbol-simbol ini mesti sepadan dengan suku kata sekeliling.
  • Dalam Bahasa Sweden dan Norway, menjadi peraturan umum bahawa konsonan yang dipanjangkan ditulis dua kali ganda, kecuali diikuti oleh konsonan lain. Misalnya, hall 'dewan', tetapi halt 'Berhenti!'. Dalam bahasa Sweden, ianya tidak terpakai kepada perubahan morfologi (misalnya kall, 'dingin' dan kallt, 'secara dingin') atau kata majmuk (misalnya tunnbröd 'roti rata'). Pengecualian berlaku pada beberapa perkataan yang berakhir dengan -m, misalnya stam 'batang' serta hem 'rumah' (tetapi hemma 'di rumah'). Manakala lamm 'kambing', dengan panjang /a/, digandakan untuk membezakan perkataan lam 'tempang', begitu juga kata sifat berakhir dengan -nn, jadi tunn, 'nipis' tetapi tunt, 'tipis' (sementara Bahasa Norway mempunyai peraturan yang selalu melarang dua "m" di akhir perkataan (dengan pengecualian hanya segelintir nama khas, serta apabila ditambah akhiran, maka menjadi peraturan untuk memasukkan "m" kedua semula, dan peraturannya adalah bahawa "m" akhir kata ini akan selalu menyebabkan bunyi vokal sebelumnya pendek (walaupun ejaannya sedemikian)).
  1. ^ de Vaan, Michiel (2008). Etymological Dictionary of Latin and the other Italic Languages. Brill. m/s. 256.
  2. ^ Mitterer, Holger (2018-04-27). "The singleton-geminate distinction can be rate dependent: Evidence from Maltese". Laboratory Phonology (dalam bahasa Inggeris). Association for Laboratory Phonology. 9 (1): 6. doi:10.5334/labphon.66.
  3. ^ a b William Ham, Phonetic and Phonological Aspects of Geminate Timing, m/s. 1–18
  4. ^ Ladefoged, Peter; Maddieson, Ian (1996). The Sounds of the World's Languages. Oxford: Blackwell. m/s. 92. ISBN 0-631-19815-6.
  5. ^ Joshua Wilbur (2014) A Grammar of Pite Saami, m/s. 47
  6. ^ a b c Khattab, Ghada; Al-Tamimi, Jalal (2014). "Geminate timing in Lebanese Arabic: The relationship between phonetic timing and phonological structure". Laboratory Phonology (dalam bahasa Inggeris). 5 (2): 231–269. doi:10.1515/lp-2014-0009.
  7. ^ Aoyama, Katsura (2002). "Quantity contrasts in Japanese and Finnish: Differences in adult production and acquisition" (PDF). Studies in Language Sciences (2): Papers from the Second Annual Conference of the Japanese Society for Language Sciences (dalam bahasa Inggeris). Tokyo: Kuroshio: 4. (URL is author's "near final version" draft)
  8. ^ "Romanisches etymologisches Wörterbuch". 1911.
  9. ^ Yupho, Nawanit (6 February 1989). "Consonant Clusters and Stress Rules in Pattani Malay". Mon-Khmer Studies: 129–133 – melalui SEAlang.
  10. ^ Nawawi, Nazarina (14 January 2013). "Kajian Dialek Trengganu". slideshare. Dicapai pada 7 June 2021.
  11. ^ Ben Hedia S (2019). Gemination and degemination in English affixation: Investigating the interplay between morphology, phonology and phonetics (pdf). Berlin: Language Science Press. doi:10.5281/zenodo.3232849. ISBN 978-3-96110-188-7.
  12. ^ "Raddoppiamenti di vocali e di consonanti". Dizionario italiano d'ortografia e pronunzia (DOP). RAI. 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada June 30, 2018. Dicapai pada November 11, 2009.
  13. ^ Asano, Yoshiteru (1994). "Mora-Based Temporal Adjustments in Japanese" (en). Colorado Research in Linguistics (dalam bahasa Inggeris). University of Colorado Boulder. 13. p2 line 29. doi:10.25810/2ddh-9161.
  14. ^ Perkataan tersebut agak kuno, sinonimnya özgürlük lebih meluas digunakan.
  15. ^ "Soqquadro: ma perché? | Accademia della Crusca". www.accademiadellacrusca.it (dalam bahasa Itali). Dicapai pada 2019-09-01.