Pembakar neraka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pembakar neraka di Antwerp oleh Famiani Strada.

Pembakar neraka ([[bahasa Belanda: hellebranders; brander adalah perkataan Belanda bagi "kapal api]]") adalah kapal api khusus yang digunakan dalam kepungan Antwerp (1584-1585) semasa Perang Lapan Puluh Tahun antara pemberontak Belanda dan Habsburgs. Ia adalah bom terapung, juga dikenali sebagai "Api Antwerp", dan mengakibatkan kerosakan teruk pada pengepong Sepanyol.[1] Pembakar neraka telah digambarkan sebagai bentuk awal senjata kemusnahan pukal. [2]

Pembakar neraka dibina oleh jurutera Itali Federigo Giambelli, yang telah digaji dan disubsidi oleh Elizabeth I dari England, secara tidak rasmi menyokong pihak pemberontak, bagi membantu bandar tersebut. Pada musim sejuk 1585 Antwerp dikepung oleh tentera Alessandro Farnese, Duke bagi Parma dan Piacenza, Komander bagi pasukan Habsburg di Spanish Netherlands, yang telah membina jambatan kapal sepanjang lapan ratus meter menyeberangi Sungai Scheldt berhampiran Kalloo antara Antwerp dan laut, bagi menyebabkan kebuluran pada penduduk yang dikepung; ia disiapkan pada 25 Februari. Bagi membekalkan bandar adalah penting bagi memusnahkan jambatan kapal tersebut.

Giambelli pada mulanya mencadangkan bagi mengguna tiga kapal dagang bersaiz serdahana, Oranje, Post dan Gulden Leeuw, tetapi ini ditolak, hanya dua kapal lebih kecil diberikan: Fortuyn ("Nasib Baik") dan Hoop ("Harapan") sekityar tujuh puluh tan. Bahagian inovasi projek tersebut adalah bagi Hoop menggunakan fius yang terdiri dari gabungan enjin jam dan mekanisma batu api yang diberikan oleh pembuat jam Antwerp, Bory; Fortuyn menggunakan mekanisma fius lewat.

Bagi memastikan kemusnahan, caj yang amat berkuasa digunakan. Bagi meningkatkan dan menghala letupan satu "kamar api" bujur dibina pada setiap kapal, semeter keratan rentas. Lantai dipasang bata, sekaki tebal dan lima meter lebar; dinding kamar lima kaki tebal; bumbung terdiri dari batu nisan lama, disusun menegak dan ditutup dengan timah hitam. Kebuk sepanjang dua belas meter setiap satu diisi dengan caj sekitar 7,000 paun ubat bedil berbiji ("corned") berkuali tinggi. Di bahagian atas kamar terdapat campuran batu dan serpihan besi dan objek lain, sekali lagi ditutup dengan kepingan batu; ruang bersebelahan kamar juga diisi sama. Keseluruhan ruang tersebut ditutup dengan dek kayu biasa.

Kedua kapal api digunakan dengan jayanya pada malam 4–5 April 1585.[3] Giambelli telah menyediakan 32 kapal api normal yang akan dilancarkan dalam beberapa gelombang sebelumnya bagi menipu pihak Sepanyol. Malh komandar yang menyelaras operasi, Vice-Admiral Jacob Jacobsen, menghalakan kesemua kapal pada arah mereka dengan cepat secara berturut, dari kubu Boerenschans, pembakar neraka terakhir. Arus dan pasang surut membawa kapal ke arah jambatan. Oleh kerana dek ditimbun dengan kayu dan caj kecil dengan fius perlahan kelihatan, semua memberi gambaran sebagai kapal api biasa, menyebabkan tentera Sepanyol cuba bagi memadamkan api.

Kapal Fortuyn terkandas di tebing barat sungai agak jauh dari jambatan dan, kemungkinannya sebahagian, letupannya menyebabkan sedikit kerosakan pada pasukan Sepanyol, tetapi Hoop hanyut sepanjang tebing yang sama antara tebing sungai dan barisan perlindungan kapal berlabuh yang membentuk rakit di hadapan jambatan utama dan bertembung dengannya berhampiran pertemuan struktur kayu di darat dan kapal yang terikat. Apabila bom jangka di atas kapal Hoop meledak, sekitar lapan ratus tentera terbunuh, the sconce Santa Maria binasa dan jambatan kapal terburai seluas enam puluh meter; ledakan tersebut didengari pada jarak lima puluh batu radius. Farnese sendiri tercedera. Bagaimanapun, kerosakan pada jambatan diperbaiki dengan cepat dan armada pemberontak gagal menggunakan peluang tersebut bagi memecah masuk, kerana ia silap anggar bahawa cubaan di jambatan tersebut telah gagal.

Pengaruh Pertempuran Gravelines[sunting | sunting sumber]

Peristiwa di Antwerp memberikan pembakar neraka ketakutan serta merta; konsep ini menghasilkan minat yang mendalam oleh pakar ketenteraan di seluruh Eropah. Kapal api yang di hantar menentang Armada Sepanyol pada 7 Ogos 1588 pada malam sebelum Pertempuran Gravelines dipercayai sebagai 'pembakar neraka', kerana Giambelli diketahui digaji oleh Elizabeth dari England pada tarikh tersebut dan lapan kapal perang biasa, lebih besar dari kapal api biasa pada masa itu, telah dikorbankan untuk serangan tersebut. Ia sebenarnya tidak bahaya seperti pembakar neraka, pihak Inggeris ketika itu malah kekurangan ubat bedil untuk membekalkan kapal mereka bagi kegunaan biasa, tetapi berjaya memecahkan formasi Armada Sepnyol. Kesilapan mengenak pasti mereka sebagai pembakar neraka menyumbang pada keadaan panik. Giambelli sebenarnya sedang berusaha membina tiang kapal periuk api dari tiang layar, bernilai ₤2000, bagi menyekat Sungai Thames dari pencerobohan.[4]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Swanger, Wm. Jherek, Military science in the 16th century (PDF), m/s. 37. Class handout.
  2. ^ Of Arms and Men : A History of War, Weapons, and Aggression: A History of War, Weapons, and Aggression, Robert L. O'Connell Senior Intelligence Analyst U.S. Army Foreign Science & Technology Center, Oxford University Press, USA, Mar 16, 1989 - History - 384 pages
  3. ^ Neil Hanson, The Confident Hope of a Miracle, p. 306, New York 2005
  4. ^ Folio society review of The Defeat of the Spanish Armada

Pautan luar[sunting | sunting sumber]