Pembancuh Kopi Mr. Vampire

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pembancuh Kopi Mr. Vampire
Genre
Berdasarkan daripada
Novel asal oleh
Aii Fariza
Ditulis olehPanel Mangkin Prestij
PengarahEyra Rahman
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Bukan Aku" oleh Tasha Manshahar
Lagu penutup"Bukan Aku" oleh Tasha Manshahar
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod30
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Wan Rozita Aladad Khan
  • Haslinda Abd Rahman
  • Jane Lim
Penerbit
Penyunting
  • MIG Sound Factory
  • Che Siti Zaleha
  • Mohd Azham Rosli
SinematografiAbdul Malek Marwi
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran48 minit
Syarikat penerbitan
Mangkin Prestij
Penyiaran
Saluran asalHypp Sensasi
Format gambarHDTV 1080i
Siaran asal15 Mac 2017 – 22 Jun 2017

Pembancuh Kopi Mr. Vampire ialah siri drama televisyen Malaysia 2017 dibintangi oleh Nazeera Sardi dan Ungku Ismail Aziz. Diadaptasi dari novel 2015 bertajuk sama, ia disiarkan menerusi Hypp Sensasi saluran 116 di HyppTV dari 15 Mac hingga 22 Jun 2017.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Selaku CEO, Alif Irsyad tidak pernah mengimpikan jatuh cinta pada seorang waitress. Teori Irsyad mudah. Gadis biasa seperti Nuzul tidak layak digandingkan bersamanya. Alif Irsyad dengan yakin memberitahu rakannya Saiful bahawa dia tidak mudah jatuh cinta lebih-lebih lagi kepada perempuan yang tidak setaraf. Tetapi kata-kata tersebut memakan dirinya kerana dia mula jatuh cinta kepada Nuzul, pekerja kafe Saiful dan merupakan kawan baik isterinya, Laila. Pada mulanya Alif Irsyad menidakkan perasaannya pada Nuzul namun makin dielak makin menjadi-menjadi lalu diluahkan perasaannya itu kepada Nuzul. Bermulalah kisah suka duka antara mereka berdua.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Impak[sunting | sunting sumber]

Pembancuh Kopi Mr. Vampire memberikan kesan impak buat kesemua barisan pelakonnya, termasuk Nazeera Sardi. Menurut Nazeera, beliau menerima banyak mesej daripada peminat di laman sosial yang rata-rata mahu beliau mendedahkan mengenai jalan cerita seterusnya serta kesudahan drama itu.[2] Dalam temuramah dengan Malaysia Digest, beliau berkata: "Saya gembira kerana drama tersebut dapat sambutan dan saya difahamkan ia jadi drama yang mendapat rating paling tinggi di stesen HyppTV. Saya rasa sebab jalan cerita drama ini menarik, gandingan pun best. Impaknya, sekarang ni kalau saya terjumpa dengan peminat, mereka panggil saya nama watak, Nuzul Filzah. Ada antara mereka yang tak tahu pun nama sebenar saya tapi mengenali saya menerusi watak itu. Ramai juga yang DM (direct message) saya di laman sosial, mereka teruja dan hendak tahu sangat jalan cerita seterusnya dan kesudahannya drama tersebut,".[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Drama Pembancuh Kopi Mr. Vampire". MyInfotaip. 15 Mac 2017. Dicapai pada 26 Jun 2017.
  2. ^ a b c "Tuah 'Jadi' Pembancuh Kopi". Malaysian Digest. 15 Mei 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Mei 2018. Dicapai pada 23 Mei 2017.
  3. ^ Wawann Mohd (10 Ogos 2017). "Shima Anuar Cuti Berlakon Setahun". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Oktober 2017. Dicapai pada 29 Disember 2018.