Pembangunan semula Kampung Baru, Kuala Lumpur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pembangunan semula Kampung Baru, Kuala Lumpur sentiasa menjadi isu panas dari semasa ke semasa sehinggalah ia dikuasai oleh Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008.

Kampung Baru Kuala Lumpur dihuni oleh majoriti orang Melayu bandar raya. Sungguhpun Kampung Baru terletak di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur, tetapi keadaannya sangat daif - jalan raya sempit, rumah sesak bagai setinggan dan kemudahan infrastrukturnya kurang walaupun berhampiran dengan ibu pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Pelbagai usaha pembangunan di sini terbantut dan terbengkalan kerana penduduk kurang yakin . Biasanya pemaju sasta memberi nilaian tanah yang rendah dan tidak berbaloi.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kawasan Kampung Baru seluas 90.2 hektar .Usianya lebih 110 tahun iaitu sejak perlombongan bijih timah oleh Raja Sapar dan Raja Jumaat.Penduduknya seramai 35,000 orang meliputi 7 buah kampung. Pemilik tanah pula adalah lebih kurang 1,000 orang. Penduduk Kampung Baru menyambut ulang tahun ke-110 pada 12 Januari 2010.

Pada 2010, nilai tanah di Kampung Baru hanya di sekitar RM350 sekaki persegi (0.09 meter persegi) sahaja sedangkan kawasan seperti KLCC sudah melebihi RM2,000 kaki persegi. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menjangkakan nilai tanah di kawasan itu boleh melebihi RM20 bilion jika penduduk menerima konsep pembangunan sepenuhnya.


Era Najib Tun Razak[sunting | sunting sumber]

Pada 6 Februari 2010, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak 'menjelajah' sekitar Kampung Baru bagi memahami permasalahan penduduk setempat. Gaya penjelajahan ini sama dengan bapanya Tun Abdul Razak yang pernah 'meronda' lebih 200,000 km satu Malaysia. Najib meninjau dari Menara DBKL hingga ke pintu gerbang Kampung Baru di Jalan Raja Muda Musa. Sebelum ini beliau meninjau sekitar Jalan Petaling, Pantai Dalam, Brickfields, Bukit Sentosa dan Melaka.

Pembangunan semula akan dilaksanakan badan khas kerajaan tanpa penyertaan pihak swasta. Penduduk Kampung Baru akan terus kekal di situ. Penduduk dan pemilik tanah tidak perlu pindah ke tempat lain . [1]

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin akan menyediakan kertas pembangunan semula .Beliau sendiri akan berdailog dengan penduduk selepas Kabinet meluluskan kertas cadangan itu. Penduduk Kampung Baru ada hak untuk menentukan corak pembangunan dan kaedah pembangunan yang sesuai dengan kehendak mereka.

Tanah diserahkan kepada kerajaan dan akan dibangunkan. Najib mendengar taklimat daripada ahli Lembaga Pentadbiran Malay Agricultural Settlement Kampung Baru di Dewan Orang Ramai Kampung Paya, Kampung Baru.[2]

Ciri kebudayaan Melayu dan legasi unik kawasan ini akan dipertahankan. Ini termasuklah bangunan pencakar langit, kondominium, pusat beli belah, kediaman dan peluang perniagaan terutama untuk peniaga Bumiputera.

RM2 juta diperuntukkan untuk mengecat bangunan dan membaikpulih dua blok flet 17 tingkat PKNS Kampung Baru yang dilihat kotor dan daif.[3] Ia dilaksanakan oleh Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) .[4]

Perbadanan Pembangunan Kampung Baru telah ditubuhkan dan akan mula beroperasi pada 2011.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Kerajaan akan laksana pembangunan semula Kampung Baru: PM Kerajaan akan laksana pembangunan semula Kampung Baru: PM". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-02-09. Dicapai pada 2010-02-06.
  2. ^ "Kampung Baru terima 'tinjauan mesra' PM". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-02-10. Dicapai pada 2010-02-06.
  3. ^ "PM umum konsep baru pembangunan Kampung Baru". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-02-09. Dicapai pada 2010-02-06.
  4. ^ Pembangunan Kampung Baru tidak pinggir hak penduduk[pautan mati kekal]