Pembasmian kaum
![]() | Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Inggeris. (September 2017)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Pembasmian kaum (Jawi: ڤمبسمين قوم , juga genosid) ialah satu bentuk jenayah yang bertujuan untuk menghapuskan kewujudan sesuatu suku-kaum manusia. Pada lazimnya tema ini merujuk kepada tindakan pembasmian suku-kaum tertentu yang terancang dan berorganisasi.
Konsep jenayah ini pertama kali digambarkan secara jelas oleh seorang peguam dan cendekiawan perundangan Poland, Raphael Lemkin, pada tahun 1944 dalam bukunya Axis Rule in Occupied Europe yang diterbitkan di Amerika Syarikat - kata yang menggambarkan jenayah ini, genocide diambil hasil gabungan kata bahasa Yunani γένος genos ('ras', 'bangsa' atau 'rakyat') dan kata bahasa Latin caedere ('pembunuhan').[1][2][3][4][5]
Takrifan[sunting | sunting sumber]
Menurut Statut Roma dan Undang-Undang no. 26 tahun 2000 mengenai pengadilan hak asasi manusia, genosida atau pembasmian kaum ialah:
perbuatan yang dilakukan dengan maksud untuk menghancurkan atau memusnahkan seluruh atau sebahagian kelompok bangsa, kaum, kelompok etnik, kelompok agama dengan cara membunuh anggota kelompok; mengakibatkan penderitaan fizikal atau mental yang berat terhadap anggota kelompok; mewujudkan keadaan kehidupan kelompok yang menciptakan kemusnahan secara fizikal sebahagian atau seluruhnya; melakukan tindakan mencegah kelahiran dalam kelompok; memindahkan secara paksa anak-anak dalam kelompok ke kelompok lain.[6]
Tindakan seperti di bawah boleh dianggap sebagai jenayah pembasmian kaum:
- Membunuh anggota suku-kaum berkenaan.
- Mencederakan anggota suku-kaum berkenaan dari segi jasmaniah dan batiniah.
- Merosakkan ruang kehidupan suku-kaum yang berkenaan dengan tujuan memusnahkan sebahagian ataupun keseluruhan suku kaum berkenaan.
- Menghalang anggota suku-kaum yang berkenaan untuk menurunkan zuriat.
- Secara keras, memindahkan kanak-kanak kumpulan berkenaan kepada kumpulan yang asing.
Pembasmian Kaum ditakrifkan satu bentuk jenayah di bawah undang-undang antarabangsa yang berjudul Konvensyen mengenai Pencegahan dan Hukuman terhadap Jenayah Pembasmian Kaum
Istilah "genosida" ini juga boleh dilanjutkan ke dalam konteks budaya ("genosida budaya") yang merujuk kepada sesuatu tindakan menghapuskan sesuatu peradaban dengan melarang penggunaan bahasa daripada sesebuah kelompok atau suku, mengubah atau menghancurkan sejarahnya atau menghancurkan simbol-simbol peradabannya.
Peringkat pembentukan pembasmian kaum[sunting | sunting sumber]
Jenayah membasmi suku kaum tertentu merupakan satu bentuk jenayah besar-besaran yang dilakukan secara kolektif oleh golongan tertentu dalam sesuatu masyarakat. Jenayah ini adalah tidak mungkin dilakukan pada peringkat individu. Sehubungan itu, jenayah ini sebenarnya adalah satu fenomena sosial yang kompleks, yang hanya akan berlaku selepas masyarakat berkenaan melalui beberapa perkembangan dalam masyarakat.
Pada tahun 1996, Gregory Stanton - presiden pertubuhan pemerhatian dan pengkajian mengenai genosid iaitu Genocide Watch - memberi suatu taklimat mengenai "8 tahap pembasmian kaum" kepada Jabatan Negara Amerika Syarikat.[7] Dalam taklimat tersebut, beliau menghujah bahawa genosida itu terbentuk dalam lapan peringkat "yang boleh diramal tapi tidak dapat disekat":[7]
Peringkat perkembangan | Ciri-ciri | Pencegahan |
---|---|---|
1. Klasifikasi |
Anggota masyarakat dibeza-bezakan menurut kriteria tertentu sehingga wujudnya pengucapan "kita dan mereka" di dalam masyarakat berkenaan. | Masalah ini dapat diselesaikan dengan memupuk semangat kekitaan di dalam masyarakat. |
2. Simbolisasi |
Sesuatu golongan dalam masyarakat tertentu mula diberi lebel ataupun simbol tertentu, khususnya simbol yang membawa konotasi buruk. | Pemberian label terhadap golongan tertentu harus diharamkan. |
3. Nyah-Kemanusiaan |
Sekumpulan manusia mula dianggap dan dirasai sebagai entiti non-manusia oleh suatu kumpulan yang lain. | Propaganda kebencian terhadap kaum tertentu harus dihentikan secara serta merta. |
4. Organisasi |
Jenayah pembasmian kaum sentiasanya dilakukan secara berorganisasi,khususnya organisasi yang bersenjata. | Untuk melawan perkembangan ini, penubuhan dan penyertaan organisasi estrim ini harus diharamkan dengan serta merta. |
5. Polarisasi |
Masyarakat mula berpecah kepada golongan yang bermusuhan | Langkah kepolisan harus diambil. |
6. Identifikasi |
Sasaran serangan mula dikenal pasti berdasarkan identiti ras, budaya, agama dan lain-lain lagi. | Pembasmian hampir berlaku, dan amaran harus dibunyikan. |
7. Pembunuhan/Serangan |
Serangan dimulakan. Bagi pihak penyerang mereka tidak merasai tindakan mereka adalah berdosa kerana mereka menganggap mangsa sebagai entiti non-manusia, ataupun manusia yang tidak memiliki sifat kemanusiaan secara sempurna. | Pada peringkat ini, tindakan militer harus diambil dan satu kawasan terlindung harus disediakan untuk para pelarian. |
8. Penafian |
Penjenayah menafikan jenayah mereka. | Penjenaya diadili di atas mahkamah dan hukuman yang setimpal dilaksanakan. |
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Totally Unofficial: The Autobiography of Raphael Lemkin. New Haven and London: Yale University Press. 2013. m/s. 19–20. ISBN 9780300186963.The Armenian Genocide (1915–16): Overview, United States Holocaust Memorial Museum
- ^ Ishay 2008.
- ^ Jenkins 2008, m/s. 140.
- ^ Hyde, Jennifer (2008-12-02), Polish Jew gave his life defining, fighting genocide, CNN, dicapai pada 2008-12-02
- ^ "What is Genocide?". Holocaust Encyclopedia. United States Holocaust Memorial Museum. Dicapai pada 7 February 2017.
In 1944, Polish Jewish lawyer Raphael Lemkin coined the term "genocide" in a book documenting Nazi policies of systematically destroying national and ethnic groups, including the mass murder of European Jews
- ^ http://www.preventgenocide.org/ab/1998/
- ^ a b Gregory Stanton. The 8 Stages of Genocide, Genocide Watch, 1996