Pembawa penyakit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Pembawa asymptomatik (pembawa penyakit), merujuk kepada orang yang dijangkiti dengan agen penyakit berjangkit, atau membawa gen tidak normal kecacatan gen ( recessive ). Walaupun mereka sendiri tidak terjejas, pembawa penyakit mampu menjangkiti orang lain.

Mary Mallon, juga dikenali sebagai "Mary Typhoid", merupakan pembawa asymptomatic kepada penyakit demam kepialu (typhoid fever). Dia bekerja sebagai tukang masak dengan beberapa keluarga di bandaraya New York beberapa abad dahulu. Beberapa kes typhoid fever di kalangan keluarga majikan dikesan berkait dengan Mary oleh Jabatan Kesihatan. Ternyata dia "membawa" agen jangkitan tanpa jatuh sakit. Tiada jalan untuk menghapuskan penyakit tersebut dan cubaan dilakukan untuk menghalang Mary dari meneruskan pekerjaannya sebagai tukang masak bagi mengelak dia menjangkiti orang lain.

Anak perempuan Ratu Victoria, puteri Alice dan Beatrix, merupakan pembawa asymptomatik bagi gen hemophilia (X-linked) (lebih tepat lagi, allele tidak normal bagi gen yang perlu untuk menghasilkan salah satu faktor pembekuan darah). Kedua-dua mereka mempunyai anak yang berterusan mewariskan gen kepada generasi berikutnya bagi kerabat diraja Sepanyol dan Russia, yang mereka kahwini. Lelaki yang membawa gen ini mengidap hemophilia, sementara perempuan hanya mewariskan gen ini kepada separuh daripada anak mereka. Istilah genetik bagi pembawa jenis ini adalah heterozygote.