Pembedahan plastik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian

Pembedahan plastik merupakan pembedahan dengan tujuan untuk perubatan dan pemulihan yang dibenarkan. Contoh, pembedahan untuk mulut yang sumbing atau pembedahan untuk menampal kulit yang melecur. Pemakaian gigi palsu, rambut palsu, mata palsu dan sebagainya dibenarkan untuk tujuan menutup kecacatan. Pembedahan ini juga bertujuan yang kecantikan seperti memancungkan hidung, membesarkan mata dan sebagainya.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Pembedahan plastik di negara[sunting | sunting sumber]

Pembedahan plastik boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu rekonstruktif, kosmetik dan estetik.Pembedahan plastik rekonstruktif bertujuan untuk mengubah bentuk anggota badan yang rosak akibat kemalangan, kebakaran atau kecacatan sejak lahir.

Pembedahan kosmetik pula dilakukan untuk memperbaiki bentuk struktur badan agar kelihatan anggun dan menarik seperti mancungkan hidung dan runcingkan dagu.

Manakala estetik pula perubahan bentuk tubuh badan atau wajah tanpa melakukan pembedahan tetapi menggunakan jarum suntikan seperti filler, botoks, laser dan tanam benang. Ini yang membezakan kosmetik dan estetik. Kosmetik pembedahan manakala estetik maksudnya kecantikan.



Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pembedahan plastik