Pembekuan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Air menitis dari kepingan ais dan kemudian membeku dan membentuk ais.

Pembekuan (juga penyejukbekuan) atau pemejalan ialah proses perubahan cecair menjadi pepejal. Proses ini berlaku pada takat beku. Ia merupakan lawan peleburan.

Pembekuan adalah kaedah biasa pengawetan makanan yang memperlambat kerosakan makanan dan pertumbuhan mikroorganisma. Selain kesan suhu yang lebih rendah pada kadar tindak balas, pembekuan menjadikan air kurang tersedia untuk pertumbuhan bakteria.