Pemberontakan Eureka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pemberontakan Eureka yang berlaku dalam tahun 1854 ialah sebuah pemberontakan yang penting dari segi sejarah Australia. Ia merupakan pemberontakan pelombong emas di Ballarat, Victoria yang menentang pihak berkuasa kolonial United Kingdom. Pertempuran Kubu Eureka (gelaran popular buat pemberontakan ini) berlangsung antara pelombong dan Angkatan Kolonial Australia (Colonial forces of Australia) pada 3 Disember 1854 di Eureka Lead. Nama pertempuran diambil sempena nama kubu yang dibina para pelombong semasa konflik tersebut.[1] Pertempuran berakhir dengan kematian sekurang-kurangnya 27 orang, majoritinya pelombong, dan kejadian ini ialah konflik yang paling signifikan dalam sejarah kolonial Victoria.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Wendy Lewis, Simon Balderstone and John Bowan (2006). Events That Shaped Australia. New Holand. ISBN 978-1-74110-492-9.