Pemberontakan Mexico

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Revolusi Mexico (Sepanyol: Revolución mexicana) atau Perang Saudara Mexico (Sepanyol: guerra civil mexicana) yang berlangsung antara sekitar tahun 1910 sehingga 1920 disebabkan sebahagiannya oleh percanggahan pendapat yang amat serius di kalangan penduduk Mexico terhadap pemerintahan Presiden Porfirio Díaz. Díaz telah memerintah selama tiga puluh satu tahun, dan dalam tempoh itu, kuasa tertumpu dalam tangan hanya beberapa orang sahaja. Rakyat Mexico tidak berhak menyatakan pendapat mereka atau memilih pegawai kerajaan. Kekayaan juga tertumpu dalam tangan beberapa orang, dan ketidakadilan merebak secara meluas.

Pada awal abad ke-20, suatu generasi pemimpin muda yang baru termuncul dan mendesak untuk menyertai arena politik negara mereka. Bagaimanapun, hasrat mereka tidak dibenarkan oleh pegawai-pegawai kerajaan yang telah mengukuhkan kedudukan mereka dan tidak ingin melepaskan kuasa. Kumpulan pemimpin muda itu percaya bahawa mereka boleh memainkan peranan yang betul dalam politik Mexico sebaik sahaja Presiden Díaz mengumumkan bahawa Mexico bersedia untuk pengamalan demokrasi. Walaupun Perlembagaan Mexico menetapkan pilihan raya umum serta institusi-institusi demokrasi yang lain, Díaz dan penyokongnya menggunakan sumber politik dan ekonomi mereka untuk mengekalkan kuasa mereka bagi tempoh masa yang tidak terhad.

Konflik bersenjata yang berikutan menjadi suatu kejadian sosiopolitik paling penting di Mexico serta salah satu langkah pembaharuan terhebat pada abad ke-20;[1] ia membawa kepada suatu perancangan dan reformasi pergerakan sosial di negara tersebut.[2]

Pemerintahan Porfirio[sunting | sunting sumber]

Sewaktu pelantikan Porfirio Díaz sebagai Presiden Mexico pada abad ke-19, beliau dianggap sebagai seorang wira negara kerana usahanya melawan campur tangan Perancis di Mexico pada tahun 1860-an serta kepimpinannya dalam Pertempuran Puebla pada 5 Mei 1862 ("Cinco de Mayo").[3] Díaz entered politics following the expulsion of the French in 1867. Díaz menolak keputusan yang memenangkan Benito Juárez dalam pilihan raya presiden tahun 1871 yang dianggapnya dipengaruhi penipuan. Apabila Sebastián Lerdo de Tejada mengambil alih jawatan Juarez selepas kematiannya pada 1872, Díaz pula memberontak menentang Lerdo dalam rancangan La Noria tetapi tidak berjaya,[4] Díaz kemudiannya menerima pengampunan yang diberikan kepadanya. However, when Lerdo ran for the presidency in 1876, Díaz successfully rebelled under the Plan de Tuxtepec.[5][6]

Francisco I. Madero[sunting | sunting sumber]

Francisco I. Madero merupakan salah seorang yang amat mempercayai bahawa Presiden Díaz harus melepaskan kuasa dan tidak bertanding semula. Bersama-sama dengan reformis muda yang lain, Madero mengasaskan Parti Anti-reeleccionista dan bertanding dalam pilihan raya presiden. Antara masa pilihan raya, Madero membuat perjalanan ke seluruh negara untuk berkempen memperjuangkan gagasannya.

Madero yang merupakan penyokong demokrasi yang tegas, berhasrat mahu mewujudkan sebuah kerajaan yang mematuhi undang-undang, dan kejayaan gerakannya telah diperlihatkan oleh Presiden Díaz sebagai sebuah ancaman. Tidak lama sebelum pilihan raya umum 1910, Madero ditahan di Monterrey dan dipenjarakan di San Luis Potosi. Sewaktu menyedari bahawa Díaz ingin bertanding semula, Madero melarikan diri ke Amerika Syarikat pada Oktober 1910. Sewaktu dalam buangan, beliau mengeluarkan Rancangan San Luis, sebuah manifesto yang mengisytiharkan bahawa pilihanraya-pilihanraya Díaz merupakan penipuan dan beliau tidak mengakui Díaz sebagai Presiden Republik yang sah. Sebaliknya, Madera mengambil langkah yang amat berani dan mengisytiharkan diri sebagai Presiden Sementara sehingga pilihan raya yang baru diadakan. Madero berjanji untuk mengembalikan semua tanah yang dirampas daripada petani-petani, dan beliau membuat seruan untuk hak mengundi sejagat dan had satu penggal untuk presiden. Seruan Madero untuk pemberontakan pada 20 November 1910 menandakan permulaan Pemberontakan Mexico.

Kemenangan pemberontakan[sunting | sunting sumber]

Pada 14 November 1910, Toribio Ortega dan sekumpulan pengikut yang kecil bersenjata di Cuchillo Parado, negeri Chihuahua. Pada 18 November, pihak-pihak berkuasa Díaz mendedahkan persediaan untuk pemberontakan di dalam rumah adik beradik Maximo dan Aquiles Serdan di Puebla, dan mereka dihukum mati. Di Chihuahua, Madero dapat memujuk Pascual Orozco dan Francisco Villa untuk menyertai pemberontakan. Walaupun mereka tidak mempunyai pengalaman tentera, Orozco dan Villa terbukti mampu menjadi ahli strategi yang cemerlang. Mereka memperoleh kesetiaan penduduk Mexico Utara yang amat tidak puas hati dengan peladang ternak dan tuan tanah yang menguasai kawasan utara.

Pada bulan Mac 1911, Emiliano Zapata mengetuai pemberontakan petani Morelos untuk menuntut hak untuk tanah dan air tempatan. Pada waktu yang sama, pemberontakan bersenjata bermula di banyak bahagian yang lain di seluruh negara. Askar-askar "Maderista" dan kemarahan negara yang mengilhami mereka menewaskan angkatan tentera Díaz dalam jangka masa enam bulan. Kemenangan Pemberontakan Mexico yang muktamad ialah penangkapan Ciudad Juarez di seberang sungai dari El Paso oleh Orozco dan Villa. Díaz meletakkan jawatan sebagai Presiden dan melarikan diri ke Perancis di mana beliau meninggal dunia pada tahun 1915.

Dengan kejatuhan rejim Díaz, Kongres Mexico memilih Francisco Leon De La Barra sebagai Presiden Sementara dan mengadakan pilihan raya umum yang popular. Francisco I. Madero dipilih sebagai Presiden dan Jose Maria Pino Suarez sebagai Naib Presidennya.

Selepas kemenangan[sunting | sunting sumber]

Walaupun perlembagaan baru diisytiharkan pada tahun 1917, keganasan masih berterusan sehingga lewat 1920-an dan tamat cuma sewaktu Partido Nacional Revolucionario (yang kemudian menjadi Partido Revolucionario Institucional) mencapai monopoli dalam kuasa politik pada tahun 1928. Walaupun demikian, gagasan Pemberontakan masih "berlangsung" dan diperkukuhkan oleh doktrin parti dan pemikiran nasional dengan pembahagian pemberontakan kepada "fasa bersenjata" dan "fasa institusi". Retorik "fasa institusi" bermula hilang daripada perbincangan rasmi hanya di bawah Presiden Carlos Salinas de Gortari pada lewat 1980-an.

Pengaruh[sunting | sunting sumber]

Amerika Syarikat[sunting | sunting sumber]

Pemerintah Amerika Syarikat secara umumnya menyokong sesiapa sahaja yang memegang tampuk pemerintahan Mexico (baik secara sah mahupun tidak) atas kepentingan politik dan ekonomi.

Pihak tersebut sebelum zaman Woodrow Wilson lebih memberi amaran kepada pihak tentera Mexico bahawa tindakan akhir akan diambil ke atas mereka sekiranya konflik tersebut mengancam harta dan penduduk negara Amerika Syarikat di sana.[7] Presiden William Howard Taft menghantar beberapa barisan tenteranya ke sempadan Amerika Syarikat-Mexico untuk tujuan pengawalan, namun menghalang mereka campur tangan dalam konflik di negara jiran tersebut;[8][9] langkah ini tidak dipersetujui Kongres pada ketika itu.[9]

Gereja Katolik[sunting | sunting sumber]

Hubungan antara Gereja Katolik Rom dengan pihak pemerintah Mexico agak stabil antara tahun-tahun 1876 dan 1911 meskipun dengan adanya undang-undang Perlembagaan Mexico 1857 yang memihak kepada pihak pemerintah kerana tiadanya penguatkuasaan undang-undang tersebut.[10]

Konflik antara pihak-pihak pemerintah dan Gereja ditangani dengan aman sewaktu tempoh pemerintahan Madero (1911–1913),[11] di mana Parti Katolik Kebangsaan pimpinan para penganut mazhab gereja ini menjadi suatu kuasa bangkangan politik yang penting dan kuat sewaktu tempoh ini.[12]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Knight, Alan (1 May 1980). "The Mexican Revolution". History Today. 30 (5): 28. Dicapai pada 5 November 2011.
  2. ^ Cockcroft, James (1992). Mexico: Class Formation, Capital Accumulation, & the State. Monthly Review Press.
  3. ^ Garner, Porfirio Díaz, p. 242.
  4. ^ Garner, Porfirio Díaz, p. 245
  5. ^ Garner, Porfirio Díaz, p. 246.
  6. ^ William Weber Johnson, Heroic Mexico: The Violent Emergence of a Modern Nation, Doubleday, 1968, p. 69.
  7. ^ http://www.angelfire.com/rebellion2/projectmexico/2.html
  8. ^ http://www.presidentprofiles.com/Grant-Eisenhower/William-Howard-Taft-Foreign-affairs.html
  9. ^ a b "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-26. Dicapai pada 2018-09-16.
  10. ^ Alan Knight, Mexican Revolution, vol. 2. Counter-revolution and Reconstruction. Lincoln: University of Nebraska Press 1986, 503.
  11. ^ Knight, Mexican Revolution, vol. 2, p. 503
  12. ^ Alan Knight, The Mexican Revolution, vol. 1. Porfirians, Liberals, and Peasants. Lincoln: University of Nebraska Press 1986, p. 402.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]