Pembiak bermusim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pembiak bermusim adalah spesies haiwan yang berjaya mengawan hanya pada musim-musim tertentu. Musim-musim berkenaan membolehkan kelahiran pada masa yang paling sesuai untuk kelangsungan hidup anak dari segi faktor-faktor seperti suhu suasana, adanya makanan dan air, dan juga perubahan kelakuan kepemangsaan spesies lain.[1] Minat dan kelakuan seksual berkenaan diluahkan dan diterima hanya musim berkenaan. Pembiak bermusim betina mengalami kitaran estrus hanya apabila "sedang berahi" ataupun subur dan sedia untuk mengawan. Pada musim-musim yang lain haiwan berkenaan tidak berestrus. Tidak seperti keberkitaran pembiakan yang hanya untuk betina, kebermusiman ini diperikan untuk jantan dan betina sekali. Pembiak bermusim jantan mungkin memperlihatkan perubahan dalam takat testosteron, berat testis, dan kesuburan mengikut musim.

Pembiak bermusim adalah berlawanan dengan pembiak oportunis yang mengawan bila-bila masa keadaan persekitaran mengizinkan, dan pembiak berterusan seperti manusia yang boleh mengawan sepanjang tahun.

Musim pembiakan[sunting | sunting sumber]

Musim pembiakan adalah musim yang paling sesuai, iaitu dengan keadaan yang mengizinkan serta sumber makanan dan air yang cukup untuk membiak. Faktor-faktor abiotik seperti hujan dan angin bermusim juga memainkan peranan penting dalam menentukan permulaan dan kejayaan pembiakan.

Kebanyakan spesies membiak secara berkawanan atau berkoloni iaitu pembiakan komunal. Sering kelihatan spesies-spesies ini berkerumun di tempat-tempat sesuai yang tertentu pada musim pembiakannya. Kawanan yang membiak ini dan tempatnya sering dilindungi oleh undang-undang pemuliharaan hidupan liar agar tidak diancam kepupusan. Sesetengah spesies telah berevolusi untuk membiak secara berkerumum dan tidak lagi boleh membiak dalam kalangan kecil-kecilan atau berduaan sahaja. Spesies-spesies ini boleh diancam kepupusan jika diburu di tempat membiak ataupun jika tempat membiaknya musnah. Burung merpati melewati adalah satu contoh spesies burung daratan yang dahulunya paling banyak jumlahnya di benua Amerika, berevolusi untuk membiak secara berkerumun tetapi akhirnya pupus disebabkan pemburuan besar-besaran di tempat membiaknya ketika waktu membiak serta ketidakupayaan burung berkenaan untuk membiak secara kecil-kecilan.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Prendergast BJ (2005). "Internalization of seasonal time". Horm. Behav. 48 (5): 503–11. PMID 16026787. doi:10.1016/j.yhbeh.2005.05.013. 
  2. ^ Jerram L. Brown, 1978